Thursday, July 2, 2026

Mewahnya Hidup Sebagai Cucu Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa keluarganya tidak pernah memiliki kekayaan bernilai berbilion ringgit.

Mahathir mendakwa tiada sebab untuk dia dan keluarganya perlu mengaku sesuatu yang kurang benar.

Kalau benar dakwaan Mahathir, cuba jawab mana datangnya nilai kekayaan berbilion ringgit milik anak-anaknya?

Bagaimana pula dengan isu barangan kemas peribadi yang hilang pada Julai 2025 bernilai jutaan ringgit milik cucunya?

Daripada mana semua kekayaan itu datang? Cuba Mahathir jawab.

Pada Julai 2025, rumah yang diduduki oleh cucu Mahathir, dipecah masuk dan barang kemas lama bernilai RM1.8 juta dilarikan.

Bayangkan barang kemas bernilai RM1.8 juta berada di rumah cucu Mahathir.

Itu baru melibatkan barangan kemas. Belum lagi selongkar aset-aset lain milik cucunya.

Daripada mana cucu Mahathir memiliki barangan kemas bernilai RM1.8 juta?

Sudah tentu daripada kekayaan yang diperoleh secara langkah kronisme oleh Mahathir sejak dari dulu lagi ketika menjadi Perdana Menteri keempat dan ketujuh.

Ketika zaman pandemik Covid-19 bermula 2020 hingga 2021, ada satu kes yang 'menggemparkan' negara selain peningkatan jumlah kes harian wabak tersebut.

Cucu Mahathir iaitu Meera Alyanna bte Mukhriz atau dikenali sebagai Ally Mukhriz telah ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Paling mengejutkan bagaimana cucu kepada seorang pemimpin yang kerap kali memperjuangkan orang Melayu, ditahan dalam keadaan mabuk?

Sebenarnya Ally Mukhriz ini kerap menghabiskan masa di luar negara dan terdedah dengan parti-parti liar serta minuman keras.

Ally Mukhriz ini daripada dulu sudah terdedah dengan unsur-unsur Barat sehingga tidak kisah dipegang erat dan berpelukan dengan lelaki 'mat saleh' di sana sini.

Dia seolah-olah tidak malu untuk berpelakuan sumbang meskipun datuknya adalah seorang figura politik berpengaruh di negara ini.

Ketika Mahathir mengatakan dia bukanlah seorang jutawan sewaktu menjadi Perdana Menteri, bagaimana cucunya itu mampu diberikan hadiah sebuah kapal layar semasa hari jadinya?

Harga sebuah kapal layar bukanlah murah. Rakyat golongan B40 mahu pun M40 hanya mampu menelan air liur melihat harga kapal layar tersebut.

Tidak mustahil boleh mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit kerana kapal layar itu dibuat khas dan tertera nama Ally Mukhriz.

Ally Mukhriz juga kerap bergaya dan mempamerkan barangan mewah di media sosialnya.

Persoalannya, kalau Mahathir bukan jutawan seperti didakwa, bagaimana pula dengan kemewahan anak-anak serta cucu-cucunya?

Daripada mana sumber kekayaan anak-anak dan cucunya? Mustahil Mahathir lebih 'miskin' berbanding anak-anak dan cucu-cucunya.

Mahathir masih tidak mahu mengaku keluarganya memiliki harta berbilion ringgit?

Cucunya sahaja memiliki barangan kemas peribadi bernilai RM1.8 juta ringgit.

Sewaktu rakyat bergelut untuk meneruskan hidup ketika era Covid, cucu Mahathir sibuk berparti, menghabiskan duit di kelab malam tanpa mengendahkan arahan pihak berkuasa.

Apa lagi penipuan Mahathir terhadap rakyat? Cukup-cukuplah Mahathir.

No comments:

Post a Comment

Mewahnya Hidup Sebagai Cucu Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa keluarganya tidak pernah memiliki kekayaan bernilai berbilion ringgit. Mahathir me...