Showing posts with label Mokhzani Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Mokhzani Mahathir. Show all posts

Friday, February 27, 2026

Kekayaan Keluarga Mahathir Hasil Kronisme

Keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki portfolio kekayaan yang sangat dahsyat.

Bayangkan jumlah kekayaan seluruh keluarga mereka boleh mencecah berbilion ringgit atau mungkin trilion ringgit.

Bagaimana satu keluarga boleh mencapai kekayaan sebegitu rupa? Bahkan setiap daripada mereka mampu mengutip kekayaan sendiri berjuta atau berbilion ringgit.

Malah, ada antara mereka tersenarai sebagai manusia terkaya di negara ini.

Dahulu Mahathir kata semua itu adalah hasil usaha kerja keras anak-anaknya.

Namun, kita semua tahu kata-kata itu hanya penipuan yang berselindung di sebalik amalan kronisme Mahathir sendiri.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/07/1426695/anak-anak-dr-mahathir-perlu-penjelas-sumber-kekayaan-pm

Pada 1990-an, Asiaweek menilai pegangan Mirzan dalam syarikat awam sahaja melebihi AS$880 juta.

Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992.

Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB).

Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira AS$230 juta kerana membeli syarikat Hong Kong, Pacific Basin Bulk Shipping pada 1996.

Mirzan hampir muflis dan Mahathir mengarahkan Petronas membeli syarikat KPB sebanyak RM900 juta.

Mahathir juga sanggup merancang untuk melaksanakan satu skema khas dengan mengambil dana kira-kira RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah untuk membantu KPB.

KPB ketika itu memiliki hutang sebanyak RM1.6 bilion.

Namun, Mahathir dikatakan mengarahkan pembelian KPB dibuat menerusi pintu belakang tanpa saluran rasmi.

Mahathir diminta membentangkan bajet tambahan untuk 'bail-out' KPB di Parlimen tapi dia tidak mahu kerana ingin menjaga air mukanya.

Mahathir sebaliknya mengarahkan Petronas membeli KPB menggunakan dana kerajaan tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/699565

Majalah Forbes pernah menyenaraikan salah seorang anak Mahathir iaitu Mokhzani sebagai antara orang terkaya Malaysia beberapa kali sejak 2007.

Forbes meletakkannya sebagai manusia kesembilan terkaya di Malaysia pada 2013 dengan kekayaan lebih RM4.22 bilion daripada perolehan industri minyak dan gas.

Dia mengasaskan fabrikasi peralatan minyak Kencana Petrolium Berhad.

Kencana Petrolium Berhad memenangi lesen untuk mereka bentuk struktur luar pesisir daripada Petronas pada 2002.

Kencana Petrolium Berhad merupakan salah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen berkenaan di Malaysia pada masa itu.

Pada 2012, Kencana Petrolium Berhad dianugerahkan kontrak sebanyak RM700 juta oleh Petronas.

Mahathir yang ketika memegang jawatan sebagai penasihat Petronas dikatakan mempengaruhi keputusan Petronas menganugerahkan kontrak itu.

SUMBER: https://www.scoop.my/news/162944/man-with-many-titles-a-look-into-mokhzani-mahathirs-expansive-resume/

Ketika Datuk Seri Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah, kerajaan negeri itu menawarkan pajakan tanah pantai di Langkawi sebesar 34 ekar dengan kadar sewaan tahunan yang sangat murah iaitu harga RM3,200 setahun kepada Mahathir.

Tanah itu dipajak selama 60 tahun dari Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Ironinya lagi, Mahathir ketika itu adalah Penasihat LADA dan anaknya pula Menteri Besar merangkap exco bertanggungjawab ke atas tanah itu.

Akta kerajaan mana yang membolehkan seorang bekas Perdana Menteri merangkap penasihat badan berkanun negeri menerima tawaran pajakan tanah pantai premium sebegitu daripada pentadbiran dipimpin oleh anak kandungnya sendiri?

Bukankah tanah seluas itu, terletak di lokasi strategik pantai Langkawi, sepatutnya diutamakan untuk pembangunan rakyat setempat, sama ada projek pelancongan komuniti, kemudahan awam atau peluang ekonomi bagi penduduk pulau?

Mengapa tanah berpotensi tinggi itu 'diberikan' kepada Mahathir dengan kadar sewa yang begitu rendah, seolah-olah itu adalah hadiah peribadi, bukannya aset negeri yang perlu diurus secara telus dan kompetitif?

Secara logiknya, jika tujuannya adalah untuk pembangunan, kenapa tidak dibuka tender terbuka atau ditawarkan kepada pelabur yang boleh beri pulangan ekonomi lebih besar kepada negeri dan rakyat?

Sumber: https://www.malaysianow.com/my/news/2021/11/24/kedah-bawah-mukhriz-tawar-dr-m-34-ekar-tanah-langkawi-kata-najib

Taikun-taikun di dunia pun memerlukan tiga hingga empat generasi untuk mencapai status keluarga yang kaya-raya.

Namun, keluarga Mahathir hanya memerlukan tempoh satu hingga dua generasi sahaja untuk mengaut kekayaan sehingga berbilion dan mungkin trilion ringgit.

Kontrak-kontrak besar semua habis disapu oleh keluarga Mahathir.

Mungkin ini adalah sebabnya Mahathir begitu terdesak ingin berkuasa semula, supaya keluarga dapat mengaut lagi banyak kekayaan.

Di saat rakyat sedang bergelut dengan masalah kos sara hidup dan tekanan ekonomi, anak-anak Mahathir tidak pernah merasa kesusahan itu kerana amalan kronisme bapa mereka.

Tuesday, September 9, 2025

Mahathir Licik Alih Kontroversi Dirinya


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini mengumumkan siasatan pengisytiharan harta terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih berjalan.

SPRM mendedahkan tumpuan siasatan kini diberikan kepada aset yang dipercayai milik Mahathir di United Kingdom (UK).

Menurut SPRM lagi, mereka sedang dalam proses mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa UK berhubung perkara berkenaan.

Sebelum itu, kedua-dua anak Mahathir iaitu Mokhzani dan Mirzan diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Mokhzani dilaporkan memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion manakala Mirzan pula sebanyak RM246.2 juta.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2025/09/09/siasatan-aset-tun-mahathir-masih-berjalan-sprm/


Apabila berita seperti ini diterbitkan oleh pihak media, Mahathir tidak akan duduk diam.

Kita tahu Mahathir akan cuba untuk menutup mulut rakyat dan media menerusi taktik liciknya.

Bukan sekali Mahathir berbuat sedemikian bagi mengalihkan perhatian orang ramai daripada dirinya.

Drama baharu menjatuhkan kerajaan akan bermula dan naratif kejatuhan orang Melayu pastinya akan dimainkan seperti sebelum ini.

Mahathir tidak mahu jatuh seorang diri. Dia akan mengheret musuh politiknya untuk jatuh sekali.

SUMBER: https://therakyatinsight.com/dah-24-tahun-perintah-duduk-diam-diamlah/


Mahathir akan mula memainkan naratif untuk menjatuhkan kerajaan.

Dia akan membangkitkan pelbagai isu berhubung kerajaan dan menuduh kerajaan tidak pandai buat kerja.

Mahathir juga akan menabur pelbagai fitnah terhadap musuh politiknya seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia akan memastikan watak sebagai 'hero' kekal menjadi miliknya dan watak 'penjahat' diberikan kepada musuh politiknya.

SUMBER: https://suara.tv/31/07/2025/masa-tun-sudah-berlalu-syahredzan-bidas-cabaran-mahathir-bubar-parlimen/


Naratif tentang orang Melayu turut akan dimainkan oleh Mahathir bagi menutup kontroversinya.

Isu perpecahan orang Melayu, kuasa orang Melayu tergugat dan sebagainya, banyak dimainkan oleh Mahathir selama ini.

Walhal orang Melayu tidak memerlukan bantuan ahli politik yang penuh kontroversi seperti Mahathir.

Orang Melayu tahu Mahathir tidak ikhlas memperjuangkan suara mereka.

Mahathir sendiri pernah mengutuk orang Melayu dan dia hanya mementingkan golongan elit Melayu.

Orang Melayu juga tahu perpecahan berlaku bukan disebabkan mereka tetapi kerana Mahathir.

Mahathir memecahbelahkan parti orang Melayu sehingga menyebabkan fahaman politik orang Melayu tidak sehaluan.

SUMBER: https://suara.tv/05/06/2025/tun-m-berulang-kali-gagal-satukan-orang-melayu-ini-khemah-longgar-tanpa-asas-perjuangan-jelas-umno-kedah/


Jangan mudah terpedaya dengan naratif yang dibawa oleh Mahathir selepas ini.

Dia hanya mahu mengalihkan perhatian orang ramai berhubung kesnya kepada isu lain.

Rakyat harus membuka mata dengan kelicikan Mahathir.

Ahli politik yang penuh tipu muslihat seperti Mahathir tidak patut dipercayai. 

Tuesday, July 4, 2023

'Beruntung' Menjadi Anak-Anak Mahathir


Dinasti anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad bukan asing di negara ini, malahan dipenuhi dengan pelbagai kontroversi.

Kekayaan setiap anak-anak Mahathir kerap kali dibicarakan dan dipertikai.

Mahathir acap kali menafikan apa jua bentuk serangan berhubung sumber kekayaan anak-anaknya.

Walhal, ramai sedia maklum sumber kekayaan anak-anak Mahathir merupakan hasil amalan nepotisme yang diamalkan oleh Mahathir ketika mentadbir negara selama lebih dua dekad.

Rakyat tidak perlu melihat terlalu jauh untuk mengesahkan kekayaan anak-anak Mahathir.

Marina pula pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Majlis Aids Malaysia dan menjadi ahli lembaga pertubuhan bukan kerajaan, Sister In Islam.

Marina turut memegang jawatan tertinggi dalam Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan Malaysian Philharmonic Orchestra.

Bukan itu sahaja, Marina juga menjadi pemegang amanah Maybank Foundation, sebuah platform utama untuk menjalankan tanggungjawab korporat dalam Maybank Group.

Portfolio Marina bukan calang-calang ya. Selain memegang pelbagai jawatan, dia juga memiliki syarikat-syarikat di bawahnya seperti Boost Juice Sdn Bhd dan Wild Horizon Sdn Bhd.

Hanya selepas empat hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua pada 2018, Opcom Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan kabel gentian optik serta produk berkaitan kabel di Malaysia, telah dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.

Mokhzani merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Opcom Holdings Berhad pada masa itu manakala abangnya, Mukhriz adalah pemegang saham terbesar sehinggalah dia menyerahkan sahamnya kepada isterinya sebelum menceburi politik.

Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen dalam tempoh sehari ketika itu.

Situasi tersebut dilihat sangat aneh memandangkan kerajaan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/436827


Mirzan yang dikatakan memiliki aset bernilai RM17 bilion pernah terpalit kontroversi apabila Mahathir pernah 'bail out' Konsortium Perkapalan milik Mirzan pada 1990-an menerusi Petronas bernilai AS$220 juta (RM972.7 juta).

Mirzan juga dikatakan menerima pemilikan saham bernilai RM108.5 juta daripada Diperdana Corp yang merupakan milik adik kepada kroni rapat Mahathir iaitu Danny Tan.

Selain itu, Mirzan juga merupakan pemegang saham serta pengarah syarikat M Ocean Capital Sdn Bhd (MOCSB).

Dia juga pernah menjadi pengerusi dan pengarah bukan eksekutif AHB Holdings Berhad sebelum menjual semua sahamnya dalam syarikat berkenaan pada 2013.

Mirzan juga terpalit dengan isu bahawa dia mempunyai pegangan saham syarikat pegangan Petron Malaysia di Filipina, San Miguel Corporation.

Mirzan merupakan ahli lembaga syarikat induknya, Petron Corporation Filipina dan dipilih sebagai pengarah syarikat berkenaan pada 2010 serta memegang 1,000 ekuiti.

Sumber: https://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500?fbclid=IwAR2JevyAnX4NAECC13BA02c4eQ-UGaqBHrwsNlwi9TVZIkSGvmrh7TqJk2Q


Taikun-taikun perniagaan besar di negara ini memerlukan tempoh masa sehingga dua hingga tiga generasi untuk memperoleh kekayaan.

Namun, Mahathir hanya memerlukan tempoh masa satu atau dua dekad sahaja untuk memastikan anak-anaknya kaya-raya.

Bayangkan berapa banyak kontrak atau projek yang diberikan oleh Mahathir kepada setiap anak-anaknya?

Anak-anak Mahathir tidak perlu bersusah payah untuk turun naik pejabat kerajaan semata-mata untuk mendapatkan tender kerajaan.

Betapa 'beruntungnya' memiliki seorang 'daddy kasi' seperti Mahathir. Mahathir akan terus menafikan, tapi ramai tahu dari mana sumber kekayaan anak-anaknya.

Monday, January 2, 2023

Mahathir's Sordid Legacy

With the ‘elder’ of Malaysian politics appearing to finally taking his leave from politics, confirmed by the announcement that he has resigned from PEJUANG - there was little attention given the ‘old man’ of politics this time around.

There is no exuberance as seen in GE14. The people are tired, both online and offline, with many calling for Mahathir to finally let go of the steering wheel.

Despite political differences, it seems that most Malaysians have had enough of Mahathir and his ilk. They after all need no reminder that Dr. Mahathir and his children, are all multi-millionaires and billionaires themselves. When asked on this matter, Dr. Mahathir had often hit back at critics by saying that his children’s success “is due to their own hard work and nothing to do with him helming the government for two decades”. The two-time Prime Minister had also explained that his children were not rich when he was in power.

If that’s the case, Dr. Mahathir’s family must have been “extra hardworking” as the net worth of Marina, Mirzan, Mukhriz and Mokhzani easily surpasses the GDP of at least 120 countries. By all means, it does seem like Mokhzani was referring to his own family as “champions”, by the virtue of their immense and unnatural wealth.

Mahathir had always claimed that it has never been his intention to create a “legacy” in the local scene. He had numerously touched on the subject of his children’s massive wealth, for example, as one that is as a result of hard work than the affiliation with the family name itself. But the reality is hard to ignore when the accumulated wealth of Mirzan, Mokhzani and Marina totals up to more the Gross Domestic Product (GDP) of over a hundred countries.

If that’s the case, Dr. Mahathir’s family must have been “extra hardworking” as the net worth of Marina, Mirzan, Mukhriz and Mokhzani easily surpasses the GDP of at least 120 countries. By all means, it does seem like Mokhzani was referring to his own family as “champions”, by the virtue of their immense and unnatural wealth.

To be more specific: Mokhzani owns 255 companies, with estimated total assets worth USD21 billion;
Mirzan owns 156 companies, with estimated total assets worth USD17 billion;
Mukhriz owns 128 companies, with estimated total assets worth USD13 billion; and
Marina owns 52 companies, with estimated total assets worth USD9 billion.

It is no wonder that Mahathir is always defensive about his children’s work ethics. After all, Mahathir’s children have not only “worked hard” to deserve their billions, but they have also cemented themselves as among the richest Malays on Earth.
It is suitable the that he should move on with his stated goal to move on and focus on recording history - after all, he will need every second he can get to rewrite his legacy, at least in his eyes.

Na'imah Dan Aset Tersembunyi

Nama Toh Puan Na’imah Abdul Khalid kini sinonim dengan satu persoalan besar. Dari mana datangnya kekayaannya? Pada Januari 2024, Na'...