Monday, May 25, 2026

Na'imah Sorok Banyak Aset Di Luar Negara

Balu kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid sebelum ini mendakwa tidak pernah menyembunyikan sebarang aset di luar dan dalam negara.

Namun, pendedahan Kertas Pandora mendedahkan segala-galanya.

Na'imah sendiri gagal mengisytiharkan asetnya bersama anak-anak di luar negara meskipun pernah diarahkan berbuat demikian oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kalau benar tidak menyembunyikan sebarang aset, mengapa Na'imah enggan mengisytiharkannya?

Adakah aset-asetnya itu diperoleh menerusi kegiatan 'haram'?

SUMBER: https://thecorporatesecret.com/blog/2024/01/23/naimah-isteri-daim-didakwa-tidak-isytihar-aset-sprm/

Na'imah dikatakan memiliki syarikat pemegang amanah yang dinamakan sebagai ZA Star Trust, berpangkalan di Kepulauan Cayman.

Ditubuhkan pada 2010 oleh Na'imah dan setakat 2020, syarikat tersebut memegang asetnya kira-kira AS$52.5 juta.

Selain Na'imah, dua anak lelakinya iaitu Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin memiliki kepentingan dalam syarikat tersebut.

Syarikat itu membuat pelaburan dalam bidang hartanah di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) menerusi tiga syarikat British Virgin Islands (BVI).

SPRM sebelum ini telah bertindak membekukan aset Na'imah di UK bernilai kira-kira 132 juta pound, yang melibatkan dua bangunan komersial, lima rumah mewah dan beberapa akaun bank.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/731968/berita/semasa/rm758-juta-aset-naimah-keluarga-daim-di-london-dibeku

Na'imah turut dikatakan menyimpan asetnya di sebuah wilayah yang dikenali sebagai Jersey, berdekatan dengan Perancis.

Empat syarikat berdaftar di Jersey dikaitkan dengan keluarga Na'imah dengan aset dianggarkan sekitar RM1.1 bilion.

Menurut siasatan SPRM, terdapat empat akaun bank dan pelaburan milik Na'imah di wilayah terbabit.

SPRM memaklumkan aset-aset itu diperoleh di Malaysia oleh Na'imah namun gagal diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan SPRM.

Selain Kepulauan Cayman dan Jersey, Na'imah dikatakan menyembunyikan aset-asetnya di negara seperti Switzerland, Singapura, Itali, Jepun dan Indonesia.

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1127320/naimah-mohon-batal-cukai-pendapatan-lebih-rm300-juta-babitkan-aset-luar

Naimah juga bukan calang-calang individu apabila dikatakan memperoleh beberapa kontrak secara terus daripada kerajaan.

Dia sebelum ini adalah pemegang saham majoriti Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd (SPK).

SPK memperoleh kontrak secara terus berjumlah berbilion ringgit selama pada 1990-an daripada kerajaan.

Naimah juga memiliki orang kanan mereka yang bersekongkol dengan kegiatannya mengaut kekayaan di negara ini.

Individu tersebut adalah Josephine Premla Suvaretnam yang berperanan menjadi pengarah di beberapa buah syarikat milik Naimah.

Josephine juga menguruskan urusan pelaburan luar negara bagi pihak keluarga Naimah seperti di Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Kemboja.

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/23/daims-wife-naimah-charged-with-failure-to-declare-assets-to-macc/113995

Kalau benar Na'imah tidak menyembunyikan sebarang aset, mengapa gagal mengisytiharkan aset-aset tersebut?

Mengapa Na'imah menyimpan semua aset-aset di beberapa buah negara?

Apa yang cuba disembunyikan oleh Na'imah?

Adakah kesemua aset-aset itu hasil daripada aktiviti yang tidak sah di sisi undang-undang?

Kesemua butiran aset itu perlu diperjelaskan oleh Na'imah kalau benar dia merasakan tidak bersalah.

No comments:

Post a Comment

Na'imah Sorok Banyak Aset Di Luar Negara

Balu kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid sebelum ini mendakwa tidak pernah menyembunyikan sebarang aset di ...