Friday, April 11, 2025

Mahathir Diktator Sebenar Negara


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri ketika ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan kecenderungan sebagai diktator.

Dia mendakwa parti-parti politik di negara ini terutamanya pembangkang perlu 'mendengar cakap' Perdana Menteri.

Ada sahaja yang tidak kena di mata Mahathir. Daripada hal sekecil-kecil kuman sehinggalah sebesar saiz gajah, semuanya salah.

Kalau hendak sebut siapakah pemimpin paling diktator dalam sejarah Malaysia, ramai sudah tahu siapakah orangnya.
Tiada pemimpin yang lebih diktator daripada Mahathir di Malaysia ini.

Siapa boleh lupa peristiwa Ops Lalang yang dijalankan oleh Mahathir pada 1987?

Gara-gara tidak berpuas hati dengan pihak yang cuba mencabar kepimpinannya dalam UMNO pada masa itu, Mahathir mengarahkan Ops Lalang dilaksanakan.

Lebih 100 orang aktivis, wartawan dan ahli politik ditahan ketika itu, tanpa dibicarakan di mahkamah.

Susulan Ops Lalang, Mahathir memperkenalkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk menyekat media daripada mengkritik kerajaan.

Setiap media perlu memperbaharui lesen setiap tahun dan jika dibatalkan, pembatalan itu tidak boleh dicabar di mahkamah.

Penerbit berita boleh dipenjara sehingga tiga tahun sekiranya menyebarkan berita palsu.

Akta itu hanya digunakan sebagai alasan Mahathir untuk mengetatkan lagi kebebasan berpolitik serta bersuara.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/columns/155852


Gara-gara tidak berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir melakukan pindaan ke atas perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988.

Mahathir berbuat demikian bagi menyekat kuasa badan kehakiman serta menyusun semula kedudukan mahkamah dalam sistem pentadbiran negara.

Pada masa yang sama, Mahathir bersama sekutunya menyerang dan memburukkan hakim mahkamah secara terbuka menerusi media.

Dalam pada itu, pihak mahkamah yang diketuai oleh Tun Salleh Abas memohon Yang Di-Pertuan Agong supaya bertitah agar campur tangan kerajaan dalam badan kehakiman dihentikan.

Namun, Mahathir lebih licik dan memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong agar Tun Salleh Abas digantikan atas faktor kesihatan serta tidak mampu lagi membuat sebarang keputusan mahkamah dengan baik.

SUMBER: https://iluminasi.com/bm/krisis-perlembagaan-1988-pertembungan-dr-mahathir-melawan-tun-salleh-abas.html


Allahyarham mantan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Noor yang memimpin PAS dari 1989 hingga akhir hayatnya pada 2002 pernah menceritakan betapa zalimnya Mahathir.

Mahathir menjadi dalang kepada tragedi Memali pada 1985 yang menyebabkan 14 orang terkorban.

Peristiwa itu berlaku selepas Mahathir mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menyerang kampung tersebut kerana dia mendakwa penduduk di situ menyokong PAS.

Mahathir juga dikatakan berada di Malaysia ketika peristiwa terbabit, bukannya di China seperti disebarkan kepada orang awam sebelum ini.

Allahyarham mengatakan orang zalim seperti Mahathir tidak akan mendapat rahmat Allah.

SUMBER: https://harakahdaily.net/index.php/2018/05/07/kisah-ustaz-fadzil-ahmad-awang-tentang-mahathir

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/373618/rci-memali-tiada-maaf-untuk-mahathir

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/08/312781/tun-m-dihantui-tragedi-memali


Zaman pemerintahan Mahathir lebih bersifat diktator daripada kerajaan sekarang.

Semua orang dikunci mulut dan tidak dibenarkan menentang Mahathir.

Sesiapa yang menentang, bakal menerima hukuman yang berat daripada Mahathir.

Jika ada perkara yang tidak memihak kepada dirinya, Mahathir akan campur tangan dan merombak struktur kerajaan.

Mahathir sebenarnya adalah diktator paling dahsyat di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Mahathir Diktator Sebenar Negara

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri ketika ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan kecenderungan sebag...