
Ahli
Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini sekali lagi menjadi
tumpuan selepas cuba mendedahkan isu pelaburan syarikat Al-Rawda Real Estates
oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
Pelaburan
itu didakwa mencatatkan kerugian terbesar sebanyak RM1.864 bilion.
Syed
Saddiq mendakwa apabila dia membaca laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
berkenaan, ahli Parlimen Muar tersebut 'naik darah' kerana pengurusan TH yang
begitu teruk.
Sudah tentu,
angka kerugian sebesar itu memang mengejutkan dan wajar dipersoalkan.
Namun,
persoalan yang lebih penting, adakah Syed Saddiq sendiri benar-benar faham
konteks penuh isu yang sedang dilontarkannya atau sekadar melenting di hadapan
kamera tanpa memahami butiran sebenar?
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/781868

Perkara
pertama yang wajar disoal adalah bilakah sebenarnya pengurusan pelaburan
Al-Rawda mula menjadi bermasalah?
Menurut kenyataan
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Al-Rawda mula gagal membuat
bayaran sewa kepada TH sejak suku pertama 2019.
Sebelum
tempoh tersebut, bekalan bilik hotel dan aliran bayaran sewa dilaporkan
berjalan seperti biasa mengikut jadual asal.
Masalah
sebenar hanya timbul apabila Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana
Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi kerajaan.
SUMBER: https://www.malaysiadateline.com/fahami-isu-al-rawda-pelaburan-tabung-haji-dengan-kerugian-terbesar-rm1-86-bilion/

Apabila
masalah Al-Rawda mula tercetus pada Mac 2019, Syed Saddiq sibuk dengan kempen
Riben Kuning dan mengumumkan pengambilan bekas banduan untuk berkhidmat di
Kementerian Belia dan Sukan.
Syed
Saddiq sendiri yang merupakan ahli Kabinet gagal memberi tumpuan kepada krisis
pengurusan TH milik kerajaan ketika itu.
Dia
sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada program kementerian berbanding
menumpukan kepada krisis tadbir urus kewangan yang sedang membarah ketika itu
dalam TH.
Syed
Saddiq perlu menjawab sendiri persoalan yang ditimbulkannya.
Apakah
tindakan konkrit yang diambil kerajaan pada masa itu? Adakah Mahathir selaku
Perdana Menteri pernah terus menghubungi kerajaan Arab Saudi untuk mencari
penyelesaian dua hala?
Isu itu
melibatkan lebih RM1 bilion wang milik institusi pengurusan haji Malaysia,
serta bekalan bilik hotel untuk jemaah haji yang akan berangkat beberapa bulan
kemudiannya.
Satu isu
sebesar dan sesensitif itu sepatutnya mendapat perhatian kerajaan sepenuhnya,
bukan dibiarkan berlarutan sehingga kerajaan selepas itu terpaksa
mendedahkannya bertahun-tahun kemudian menerusi laporan RCI.
SUMBER: https://malaysiagazette.com/2019/03/14/kbs-rekrut-2-lagi-bekas-banduan-syed-saddiq/

Di sinilah
terletaknya kejanggalan retorik dicetuskan oleh Syed Saddiq.
Masalah
melibatkan Al-Rawda bukan bermula ketika zaman Barisan Nasional (BN) menjadi
kerajaan, sebaliknya berlaku selepas PH mengambil alih tampuk pemerintahan
negara.
Justeru,
mengapa pula naratif yang dibawa kini oleh Syed Saddiq seolah-olah cuba
menjadikan kerajaan terdahulu sebelum PH pada 2018 sebagai kambing hitam
sepenuhnya?
Walhal
tempoh permulaan kegagalan pembayaran sehingga tempoh awal pengabaian isu
berkenaan berlaku tepat semasa Syed Saddiq dan 'rakan-rakan' Kabinetnya sendiri
memegang tampuk pemerintahan?
Jika benar
Syed Saddiq prihatin terhadap tadbir urus TH, mengapa dia sendiri tak menggesa
kerajaan ketika itu bertindak menyelesaikan isu tersebut melalui saluran
diplomatik rasmi sebaik sahaja kegagalan bayaran pertama dikesan pada 2019?
Mengapa
perlu menunggu enam tahun kemudian untuk melenting di hadapan kamera selepas
laporan RCI didedahkan oleh kerajaan lain?
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/780945

Syed
Saddiq juga gagal memahami persoalan tentang angka kerugian itu sendiri.
Kirakan TH
membayar sekitar RM1.5 bilion kepada Al-Rawda, kemudian menerima sebahagian
bayaran sewa selama beberapa tahun pertama perjanjian dan turut menggunakan
kemudahan bilik hotel tersebut setiap tahun untuk menempatkan jemaah haji
Malaysia.
Bagaimana
pula angka 'kerugian' akhirnya boleh menjadi RM1.86 bilion, lebih tinggi
daripada jumlah pelaburan asal?
Adakah
logik 'lagi lama terima bayaran, lagi besar kerugian' ini benar-benar difahami
oleh Syed Saddiq sebelum dia melenting di hadapan media atau ahli Parlimen Muar
hanya sekadar membaca angka akhir tanpa memahami formula pengiraannya?
Sebagai
seseorang yang mendakwa dirinya adalah celik kewangan, sepatutnya Syed Saddiq
memahami perbezaan asas antara tiga konsep berlainan yang sering mengelirukan
orang awam.
Konsep
pertama adalah kerugian tunai sebenar iaitu wang yang benar-benar hilang dan
tidak akan dikembalikan.
Konsep
kedua adalah rosot nilai perakaunan iaitu pelarasan nilai buku aset mengikut
piawaian perakaunan walaupun wang tunai sudah diterima sepenuhnya.
Konsep
terakhir adalah baki sewa belum diterima iaitu jumlah yang masih dijangka
diterima tetapi belum dibayar oleh kontraktor.
Angka
RM1.86 bilion yang didedahkan RCI sebenarnya adalah angka rosot nilai perakauan
penuh bagi keseluruhan nilai kontrak sewa bernilai 2.49 bilion riyal Arab Saudi
yang dijangka diterima TH sepanjang tempoh perjanjian.
Angka
berkenaan bukan semata-mata wang tunai sebenar yang hilang daripada pembayaran
awal RM1.5 bilion.
Itu adalah
perbezaan teknikal penting yang sepatutnya dijelaskan sebelum seseorang seperti
Syed Saddiq 'naik darah' dan mengeluarkan kenyataan mengelirukan orang awam.
SUMBER: https://the-corporatessecret.com/blog/2026/08/11/era-menteri-agama-ph-mujahid-yusof-rawa-pegangan-tabung-haji-dalam-abraj-sdn-bhd-melibatkan-pelaburan-rm45-juta-diluluskan-untuk-dijual-pada-harga-rm100000/

Syed
Saddiq sepatutnya membuat 'kajian' terlebih dahulu sebelum melontarkan kritikan
terhadap tadbir urus kewangan awam.
Naratif
yang dilontarkan memerlukan ketelitian, bukannya mencari peluang untuk mencipta
detik tular di media sosial.
Jika Syed
Saddiq benar-benar prihatin terhadap kerugian besar TH, dia sepatutnya lebih
bertanggungjawab mendedahkan kronologi penuh isu berkenaan termasuk peranan
kerajaan PH ketika permulaan krisis pada 2019.
Sebaliknya
dia hanya berminat untuk memetik angka 'kerugian' yang mencipta berita sensasi
sambil menyembunyikan 'pekungnya' sendiri.