Friday, September 25, 2026

Na'imah Dan Aset Tersembunyi

Nama Toh Puan Na’imah Abdul Khalid kini sinonim dengan satu persoalan besar.

Dari mana datangnya kekayaannya?

Pada Januari 2024, Na'imah didakwa kerana gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan harta, termasuk Menara Ilham, dua syarikat, kereta mewah dan beberapa hartanah di Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.

SPRM kemudian mengesan aset lebih RM3 bilion berkaitan keluarga Daim di 11 negara, dari United Kingdom (UK) hingga Kepulauan Cayman.

SUMBER: https://www.scoop.my/news/263925/macc-traces-rm3-billion-in-assets-linked-to-daim-across-11-countries/

Na'imah dikatakan memiliki syarikat pemegang amanah yang dinamakan sebagai ZA Star Trust, berpangkalan di Kepulauan Cayman.

Ditubuhkan pada 2010 oleh Na'imah dan setakat 2020, syarikat tersebut memegang asetnya kira-kira AS$52.5 juta.

Selain Na'imah, dua anak lelakinya iaitu Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin memiliki kepentingan dalam syarikat tersebut.

Syarikat itu membuat pelaburan dalam bidang hartanah di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) menerusi tiga syarikat British Virgin Islands (BVI).

SPRM sebelum ini telah bertindak membekukan aset Na'imah di UK bernilai kira-kira 132 juta pound, yang melibatkan dua bangunan komersial, lima rumah mewah dan beberapa akaun bank.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/731968/berita/semasa/rm758-juta-aset-naimah-keluarga-daim-di-london-dibeku

Na'imah turut dikatakan menyimpan asetnya di sebuah wilayah yang dikenali sebagai Jersey, berdekatan dengan Perancis.

Empat syarikat berdaftar di Jersey dikaitkan dengan keluarga Na'imah dengan aset dianggarkan sekitar RM1.1 bilion.

Menurut siasatan SPRM, terdapat empat akaun bank dan pelaburan milik Na'imah di wilayah terbabit.

SPRM memaklumkan aset-aset itu diperoleh di Malaysia oleh Na'imah namun gagal diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan SPRM.

Selain Kepulauan Cayman dan Jersey, Na'imah dikatakan menyembunyikan aset-asetnya di negara seperti Switzerland, Singapura, Itali, Jepun dan Indonesia.

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1127320/naimah-mohon-batal-cukai-pendapatan-lebih-rm300-juta-babitkan-aset-luar

Na'imah juga bukan calang-calang individu apabila dikatakan memperoleh beberapa kontrak secara terus daripada kerajaan.

Dia sebelum ini adalah pemegang saham majoriti Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd (SPK).

SPK memperoleh kontrak secara terus berjumlah berbilion ringgit selama pada 1990-an daripada kerajaan.

Na'imah juga memiliki orang kanan mereka yang bersekongkol dengan kegiatannya mengaut kekayaan di negara ini.

Individu tersebut adalah Josephine Premla Suvaretnam yang berperanan menjadi pengarah di beberapa buah syarikat milik Naimah.

Josephine juga menguruskan urusan pelaburan luar negara bagi pihak keluarga Naimah seperti di Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Kemboja.

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/23/daims-wife-naimah-charged-with-failure-to-declare-assets-to-macc/113995 

Na'imah perlu menjelaskan semua dakwaan terhadapnya.

Kekayaan Na'imah adalah bukti bahawa kuasa politik pada masa lalu tidak pernah diaudit dengan telus dan kini dibangkitkan semula.

Na'imah tidak pernah menunjukkan bukti bahawa dia tidak bersalah langsung.

Buat masa ini, apa sahaja yang diperkatakan oleh Na'imah hanyalah naratif kosong yang dibawa untuk mengalihkan perhatian orang ramai.

Malahan, Kertas Pandora turut membongkarkan segala-galanya tentang Na'imah dan keluarganya.

No comments:

Post a Comment

Na'imah Dan Aset Tersembunyi

Nama Toh Puan Na’imah Abdul Khalid kini sinonim dengan satu persoalan besar. Dari mana datangnya kekayaannya? Pada Januari 2024, Na'...