Friday, September 13, 2024

Mahathir Punca Parti-Parti Politik Berpecah


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti UMNO kini sudah menjadi pengikut Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Mahathir mengatakan UMNO tidak seperti dahulu yang mendominasi arena politik tanah air.

Namun, Mahathir lupa faktor atau punca UMNO menjadi seperti sekarang.

Faktor utamanya adalah Mahathir sendiri. Kalau bukan kerana Mahathir, UMNO tidak akan berada dalam keadaan sekarang.

Sedarkah Mahathir tentang kesilapannya kepada UMNO?
Mahathir punca parti UMNO berpecah. Mahathir menyebarkan hasutan kepada ahli-ahli UMNO untuk membenci pemimpin yang menggantikan dirinya.

Mahathir bertelagah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Pertelagahan itu menyebabkan perpecahan serta melemahkan orang Melayu.

Disebabkan pertelagahan berkenaan, wujudlah parti-parti seperti PKR, Bersatu dan sebagainya.

Mahathir sendiri tubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) kerana kecewa dengan Bersatu.

Salah siapa? Tentulah salah Mahathir. Perbuatan dia sendiri telah melemahkan UMNO atau golongan Melayu sehingga ke hari ini.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/630819


Kalau disingkap semula, Mahathir hanya menyatakan 'taat setianya' kepada sesuatu parti sekiranya tujuannya tercapai serta demi kepentingannya sendiri.

Sebagai contoh, Mahathir hanya menggunakan UMNO untuk menjalankan agendanya sahaja seperti mendapatkan 'kekayaan' untuk keluarganya.

Mahathir juga sanggup memecahbelahkan UMNO untuk mendapatkan kedudukannya. Apabila UMNO tidak lagi mengikut telunjuknya, Mahathir menubuhkan Bersatu.

Selepas 'menggunakan' Anwar dan Pakatan Harapan (PH) untuk mendapatkan semula pengaruh serta kuasanya, Mahathir mengkhianati mereka.

Janji Mahathir untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar tidak pernah ditunaikan kerana itu hanya mainan politiknya semata-mata.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/06/27/dr-m-punca-perpecahan-orang-melayu-kata-penganalisis/


Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mengapa Mahathir sanggup ludah ke muka sendiri apabila mengumumkan kerjasama dengan DAP ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)?

Rakyat percaya bahawa Mahathir hanya menggunakan pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk terus mempromosikan 'agenda Melayu serta Islamnya' selepas ditolak oleh UMNO.

Kit Siang malahan percaya Mahathir sudah berubah namun selepas peristiwa Langkah Sheraton, pemimpin DAP itu nyata kecewa dengan Mahathir.

Kit Siang mula sedar Mahathir hanya mempergunakan beliau dan DAP untuk mempromosikan agendanya sahaja.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/390813


Mahathir punca perpecahan orang Melayu dan UMNO. Itu adalah fakta yang tidak boleh dinafikan.

Mahathir sendiri pernah bekerjasama dengan DAP atau PKR untuk mendapatkan semula kuasa sebagai Perdana Menteri.

Kesilapan Mahathir telah meranapkan sebuah parti Melayu yang dahulunya gah.

Kalau bukan kerana Mahathir, UMNO mungkin boleh mendominasi lagi.

Namun gara-gara Mahathir, UMNO hanya boleh dikenang sebagai parti yang dahulunya gah tapi kini tidak lagi.

Mahathir perlu tuding jari ke arah diri sendiri. Jangan nafikan perkara yang terang-terangan adalah fakta.

No comments:

Post a Comment

Mahathir Perlu Terima Hukuman Hilang Pulau Batu Puteh

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan berdepan siasatan berhubung isu kehilangan Pulau Batu Puteh pada 2018. Isu ini...