Sunday, June 2, 2024
Sandiwara Politik Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjemput mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merasmikan buku Jalan Tegak baru-baru ini.
Sebelum ini, Syed Saddiq seolah-olah bergaduh dengan Mahathir ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri tahun lalu kerana mendakwa bekas Perdana Menteri itu memecah belah negara.
Dia juga mengatakan Mahathir adalah punca orang Melayu menjadi lemah.
Syed Saddiq turut mengatakan kononnya penubuhan MUDA adalah untuk meraikan kepelbagaian kaum dan mahu membuktikan Mahathir silap.
Namun, secara tiba-tiba, Syed Saddiq dengan bangga menjemput individu yang sama untuk merasmikan bukunya.
Adakah kritikan pada tahun lalu itu hanya sandiwara yang cuba dimainkan oleh mereka berdua?
SUMBER: https://x.com/501Awani/status/1797149648748270005
Kalau betul MUDA memperjuangkan kepelbagaian kaum, mengapa Syed Saddiq menjemput Mahathir yang terang-terangannya sering memainkan isu perkauman di negara ini?
Adakah Syed Saddiq hanya omong kosong atas dasar mahu meraih sokongan ketika PRN tahun lalu?
Jemputan Syed Saddiq kepada Mahathir menunjukkan seolah-olah semua kritikan terhadap bekas Perdana Menteri itu hanyalah sekadar sandiwara politik.
Jika benar Syed Saddiq mempercayai bahawa Mahathir adalah seorang yang suka memainkan isu perkauman, mengapa dia sanggup menjemput 'atuk' untuk merasmikan bukunya?
Syed Saddiq jangan lupa bahawa dia masih lagi bergelar ahli MUDA dan tindakannya itu hanya mencemarkan imej parti berkenaan.
SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/cukupcukup-lah-kami-akan-pastikan-kamu-salah-mahathir-muda-426684
Sewajarnya MUDA ambil langkah tegas terhadap Syed Saddiq.
Sepatutnya dia berpendirian teguh dengan prinsip penubuhan MUDA.
Namun seeloknya, ahli MUDA perlu keluar dari parti itu kerana Syed Saddiq memperalatkan parti itu sesuka hatinya walaupun tidak bergelar Presiden lagi.
Sebelum ini, dia umum mahu menyertai jelajah rakyat bersama Perikatan Nasional (PN) dengan menggunakan nama MUDA.
MUDA bagaimanapun terus menafikan mereka berminat menyertai jelajah itu.
Kalau mahu membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan majlis tertinggi parti, lebih baik Syed Saddiq tubuh parti sendiri dan keluar dari MUDA.
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1120200/syed-saddiq-minta-tun-dr-m-henti-main-politik-lapuk-pecah-belah
Drama Syed Saddiq dan Mahathir ini memang diketahui ramai, malah tidak boleh disorok lagi.
Apa Mahathir buat, Syed Saddiq ikut sahaja. Mahathir mahu memperjuangkan liberalisasi, Syed Saddiq pun ikut sama.
Mahathir keluar Bersatu, Syed Saddiq pun ikut undur diri sama-sama.
Pendek kata, bagai aur dengan tebing. Tidak boleh berpisah. Syed Saddiq menubuhkan MUDA pun atas cadangan Mahathir.
Tak percaya? Cuba tengok siapa ahli-ahli MUDA. Kroni-kroni Mahathir ada dalam parti berkenaan.
Pendek kata, MUDA ini 'dinaungi' oleh Mahathir secara senyap-senyap. Disebabkan itu, Syed Saddiq suka hati melakukan apa sahaja dalam parti itu meskipun tidak bergelar Presiden lagi.
Faktor itu menyebabkan ramai ahli MUDA meletakkan jawatan. Mereka tidak lagi yakin dengan hala tuju dan struktur MUDA.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/696664
Tindakan Syed Saddiq menjemput Mahathir untuk merasmikan bukunya telah membuka topeng sandiwara politik yang dimainkan oleh kedua-dua individu ini.
Syed Saddiq hipokrit dalam perjuangannya. Bukan sekali dia hipokrit tapi sudah berkali-kali.
Dulu kata mahu menentang rasuah, tapi akhirnya terbabit dalam kes rasuah.
Mahu memperjuangkan kepelbagaian kaum, tapi menjemput pemimpin yang sering kali memainkan isu perkauman.
Syed Saddiq tak boleh dipercayai. Hari ini kata lain, esok kata lain.
Ahli dan penyokong MUDA kena mula sedar, Syed Saddiq hanya memperalatkan dan menggunakan nama parti untuk tujuan peribadi. Segeralah berambus dari parti itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mahathir Perlu Terima Hukuman Hilang Pulau Batu Puteh
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan berdepan siasatan berhubung isu kehilangan Pulau Batu Puteh pada 2018. Isu ini...
-
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin terus menerus menyerang Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim. Mahathir menggunakan be...
-
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil Mirzan Mahathir bagi membantu siasatan berhubung isu aktiviti perniagaan...
-
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Ra...
No comments:
Post a Comment