Sunday, January 29, 2023

Syed Saddiq Lari Fokus, Sibuk Bermain Media Sosial

Semenjak akhir-akhir ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nampaknya lebih berminat menunjukkan bakat bermain badmintonnya berbanding menguruskan hal rakyat.

Baru-baru ini, Syed Saddiq sekali lagi menunjukkan 'bakatnya' bermain badminton bersama artis wanita terkemuka, Amelia Henderson.

Bukan sekali Syed Saddiq memaparkan hobinya itu, tapi berkali-kali di media sosial miliknya.

Tidak salah hendak memaparkan bakatnya itu, namun lebih elok sekiranya Syed Saddiq kekal fokus terhadap isu rakyat.

Bukankah ketika ini Johor dilanda banjir? Mana semangat sukarelawan anggota MUDA yang ditunjukkan sebelum ini?

Namun pada kali ini, tiada pula usaha-usaha dilakukan oleh MUDA untuk membantu mangsa banjir di Johor.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2023/01/18/syed-saddiq-tak-bagi-peluang-netizen-kasihan-amelia/

Kaum Cina sambut Tahun Baharu Cina baru-baru ini tapi yang peliknya kenapa Syed Saddiq pula beria sambut perayaan berkenaan?

Tidak salah bersama-sama menyambutnya kerana Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Namun, beria betul Syed Saddiq menyambutnya, sampai berhari-hari memuat naik hantaran mengenai sambutan Tahun Baharu Cina di media sosialnya.

Sampaikan memuat naik video berlagak seperti seorang pengacara bertanyakan soalan tentang sambutan Tahun Baharu Cina kepada seorang personaliti media sosial.

Tahun lalu, dia pernah membuat penampilan khas dalam muzik video bertajuk Katak.

Banyak betul masa Syed Saddiq melakukan hal-hal seperti itu. Agaknya tugas sebagai Ahli Parlimen tidak sesibuk seperti disangkakan oleh rakyat.

Sumber: https://fb.watch/igRlLd_bTe/

https://www.malaysiakini.com/news/632197

Antara manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Syed Saddiq adalah memastikan sistem perparitan di Muar dibersihkan secara kerap dan memastikan tidak berlaku banjir di daerah berkenaan.

Namun, isu itu bagaimanapun belum diselesaikan dengan segera oleh Syed Saddiq apabila Muar terbabit banjir baru-baru ini.

Syed Saddiq menjadi Ahli Parlimen Muar selama dua penggal berturut-turut, sepatutnya isu seperti masalah sistem perparitan sudah diselesaikan.

Masakan Syed Saddiq tidak mengambil maklum isu berkenaan sejak menjadi Ahli Parlimen Muar buat kali pertama.

Jangan terlalu menabur janji, tapi tidak menunaikannya. Jangan terlalu sibuk bermain badminton dan menyambut Tahun Baharu Cina sahaja.

Masalah rakyat juga perlu diselesaikan secara holistik, tambahan pula peluang kedua sudah diberikan oleh penduduk Muar untuk Syed Saddiq.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/11/14/syed-saddiq-unveils-five-point-manifesto-among-focus-is-green-muar-and-focus-on-tourism-digitalisation/39626

Ketidakmatangan Syed Saddiq sebagai seorang wakil rakyat terbukti sebelum ini.

Walaupun menjawat tugas itu selama dua penggal selain pernah menjawat portfolio Menteri, Syed Saddiq seharusnya sedia maklum tentang tatacara dan perlakuan di Dewan Rakyat.

Syed Saddiq tidak sewajarnya menunjukkan kelakuan yang kurang matang ketika Ahli Parlimen lain sedang berucap.

Dewan Rakyat mempunyai kod etika yang perlu dipatuhi dan memiliki Speaker yang perlu dihormati sepanjang keberadaan di dalam Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat bukanlah majlis perhimpunan mingguan di sekolah. Dewan Rakyat mempunyai fungsi tertinggi dalam pentadbiran negara dalam sebarang urusan penggubalan dasar-dasar negara untuk kepentingan rakyat.

Menjadi seorang wakil rakyat yang menjadi tatapan setiap rakyat Malaysia, Syed Saddiq perlu menunjukkan tahap profesionalisme tertinggi.

Figura awam seperti Syed Saddiq perlu menjadi contoh kepada mereka yang melihatnya atau pemimpin-pemimpin muda lain yang kurang berpengalaman.

Kelakuan seperti berborak atau bergelak ketawa ketika Ahli Parlimen lain sedang berucap, bukan satu sikap terpuji yang patut dicontohi.

Sumber: https://www.agendadaily.com/politik/syed-saddiq-dikecam-tak-hormat-rakan-baharu-angkat-sumpah/

Sebagai wakil rakyat, fokus utama Syed Saddiq adalah untuk memperincikan segala perancangan untuk penduduk Muar.

Musim banjir merupakan satu tempoh kritikal bagi wakil rakyat seperti Syed Saddiq.

Tahap kemampuan Syed Saddiq sebagai wakil rakyat akan dinilai dalam menghulurkan bantuan secepat mungkin khususnya ketika bencana berlaku.

Usaha-usaha seumpama itu menjadi penilaian oleh rakyat terhadap Syed Saddiq.

Sebaliknya, Syed Saddiq lebih berminat untuk 'bergurau senda' dengan golongan warganet berhubung videonya bermain badminton dan menyambut Tahun Baharu Cina.

Kurang-kurangkanlah bermain media sosial, Syed Saddiq. Tak perlu terlalu menunjukkan diri anda 'mesra rakyat'.

Fokus sahaja kepada tugas menyelesaikan masalah rakyat.

No comments:

Post a Comment

Mahathir Perlu Terima Hukuman Hilang Pulau Batu Puteh

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan berdepan siasatan berhubung isu kehilangan Pulau Batu Puteh pada 2018. Isu ini...