Friday, October 7, 2022

Sanusi Gagal, Tiada Sumbangan Di Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bercakap seolah-olah dia paling hebat dan banyak memberi sumbangan kepada Kedah dan Malaysia.

Walhal, Muhammad Sanusi hanyalah omong kosong dan tidak langsung pandai menjalankan tugas.

Kalau bagus, tidaklah semua yang dia pegang mengalami kegagalan.

Muhammad Sanusi hanya tahu menjadi pak lawak di media sosial, menghiburkan rakyat dengan karenahnya yang kebudak-budakan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/978767/tukar-sanusi-sekadar-hangatkan-sembang-sembang-di-kedai-kopi

Muhammad Sanusi sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) perlu memberi penjelasan tentang kemerosotan skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang gagal mempamerkan prestasi terbaik pada saingan Liga Super musim ini.

KDA FC juga gagal di saingan Piala AFC. Bukan itu sahaja, banyak kontroversi lain yang terpalit sepanjang Muhammad Sanusi menjadi Presiden persatuan itu.

Kedah FA sebelum ini dilaporkan tidak menyelesaikan tunggakan cukai sebanyak RM10.4 juta sejak tahun 2015 lagi.

Bagaimana kelab itu dibenarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Super? Cukai pun culas untuk diselesaikan. Sepatutnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gantung sahaja Kedah FA daripada saingan bola sepak tempatan.

Memalukan bagi kelab sebesar Kedah. Belum lagi ungkit mengenai tunggakan gaji melibatkan kelab itu.

Masalah kewangan kelab itu sudah kedengaran lama terutamanya selepas dua pemain legenda kelab itu angkat kaki ke kelab lain musim ini. Dua pemain itu dikatakan terpaksa berhijrah bagi menampung kos perbelanjaan kelab itu.

Pembelian pemain import sasaran juga terpaksa dilupakan kerana masalah sama. Apabila dibongkar tentang masalah tunggakan gaji, pihak pengurusan Kedah cepat-cepat menafikan perkara itu. Masakan pokok bergoyang, kalau tiada angin.

Apa Muhammad Sanusi buat selama pegang jawatan Presiden? Kalau rasa tidak mampu menjana keuntungan untuk kelab berkenaan, dipersilakan letak jawatan. Berikan kepada mereka yang tahu selok-belok pengurusan bola sepak.

Sumber: https://football-tribe.com/malaysia/2021/09/24/kedah-fa-masih-belum-selesai-bayar-cukai-rm10-4-juta-sejak-2015/

https://majoriti.com.my/netzkorner/2022/05/10/penyokong-bongkar-kemelut-sebenar-dakwa-sudah-empat-bulan-gaji-pemain-kedah-tertunggak

Pencapaian kontinjen Kedah dalam Sukan Malaysia 2022 (Sukma 2022) nyata menunjukkan kegagalan Muhammad Sanusi.

Sasaran 25 pingat emas yang disasarkan sebelum kejohanan tidak menjadi kenyataan apabila hanya mampu memungut enam pingat emas sahaja.

Edisi terdahulu menyaksikan Kedah membawa pulang 19 pingat emas namun pencapaian cuma enam pingat emas kali ini menunjukkan kemerosotan kontinjen negeri itu.

Malahan, pasukan bola sepak Sukma Kedah juga gagal melepasi peringkat kumpulan, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Muhammad Sanusi sebagai Presiden KFA.

Kegagalan kontinjen Kedah dalam Sukma sekali lagi dijadikan bahan sindiran warganet yang membandingkan Kedah dan Johor yang menjadi juara keseluruhan temasya tahun ini.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2022/09/21/rakyat-kedah-hampa-pencapaian-di-sukma/

Ramai sudah tahu perangai Muhammad Sanusi yang buruk sangka terutamanya ketika gerakan bendera putih dijalankan untuk bantu rakyat yang tersepit akibat Covid-19.

Tergamak Muhammad Sanusi melabelkan gerakan itu sebagai gerakan berunsur politik, di kala rakyat semakin memerlukan bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Adakah Muhammad Sanusi tidak tahu berapa lama kehilangan punca pendapatan sewaktu Covid-19 melanda Malaysia?

Sepatutnya Muhammad Sanusi tolak semua prasangka buruk dan bantu rakyat Kedah. Sebagai seorang Menteri Besar, itulah tanggungjawab yang sepatutnya dipikul ketika diberi mandat, bukannya terlalu sibuk memikirkan tentang politik.

Sumber: https://malaysiadateline.com/sanusi-dikecam-selepas-anggap-pacak-bendera-putih-sebagai-propaganda-politik/

Perbalahan Muhammad Sanusi dengan kerabat diraja juga menjejaskan imej Menteri Besar Kedah yang disandangnya, malahan menggalakkan rasa kurang hormat rakyat kepada Raja-Raja Melayu.

Muhammad Sanusi menunjukkan contoh yang buruk kepada rakyat terutamanya generasi muda selain memalukan Kedah.

Dia patut menyedari bahawa tindakannya itu seolah-olah memupuk budaya negatif dan bukanlah satu amalan matang sebagai pemimpin sesebuah negeri.

Selain itu, tindakan tidak matang Muhammad Sanusi itu hanya akan menjatuhkan air muka Sultan Kedah yang melantiknya sebagai Menteri Besar Kedah.

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2021/11/16/mb-kedah-sanusi-adalah-badut-politik/

Muhammad Sanusi tidak perlu mencipta publisiti murahan dengan taktik mencetuskan kontroversi dan bergaduh di media sosial.

Adalah lebih baik Muhammad Sanusi memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam negeri sejak mentadbir.

Tempohnya sebagai Menteri Besar hanya berbaki beberapa bulan sahaja selepas dijangka PAS tidak akan melantiknya lagi selepas ini berikutan Muhammad Sanusi kerap kali memalukan parti itu.

Banyak lagi kerja penting yang harus dilaksanakan, namun Muhammad Sanusi lebih memilih untuk membuang masa di media sosial.

No comments:

Post a Comment

Mahathir Perlu Terima Hukuman Hilang Pulau Batu Puteh

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan berdepan siasatan berhubung isu kehilangan Pulau Batu Puteh pada 2018. Isu ini...