Muafakat Anak Malaysia
Tuesday, September 9, 2025
Mahathir Licik Alih Kontroversi Dirinya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini mengumumkan siasatan pengisytiharan harta terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih berjalan.
SPRM mendedahkan tumpuan siasatan kini diberikan kepada aset yang dipercayai milik Mahathir di United Kingdom (UK).
Menurut SPRM lagi, mereka sedang dalam proses mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa UK berhubung perkara berkenaan.
Sebelum itu, kedua-dua anak Mahathir iaitu Mokhzani dan Mirzan diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.
Mokhzani dilaporkan memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion manakala Mirzan pula sebanyak RM246.2 juta.
SUMBER: https://malaysiagazette.com/2025/09/09/siasatan-aset-tun-mahathir-masih-berjalan-sprm/
Apabila berita seperti ini diterbitkan oleh pihak media, Mahathir tidak akan duduk diam.
Kita tahu Mahathir akan cuba untuk menutup mulut rakyat dan media menerusi taktik liciknya.
Bukan sekali Mahathir berbuat sedemikian bagi mengalihkan perhatian orang ramai daripada dirinya.
Drama baharu menjatuhkan kerajaan akan bermula dan naratif kejatuhan orang Melayu pastinya akan dimainkan seperti sebelum ini.
Mahathir tidak mahu jatuh seorang diri. Dia akan mengheret musuh politiknya untuk jatuh sekali.
SUMBER: https://therakyatinsight.com/dah-24-tahun-perintah-duduk-diam-diamlah/
Mahathir akan mula memainkan naratif untuk menjatuhkan kerajaan.
Dia akan membangkitkan pelbagai isu berhubung kerajaan dan menuduh kerajaan tidak pandai buat kerja.
Mahathir juga akan menabur pelbagai fitnah terhadap musuh politiknya seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dia akan memastikan watak sebagai 'hero' kekal menjadi miliknya dan watak 'penjahat' diberikan kepada musuh politiknya.
SUMBER: https://suara.tv/31/07/2025/masa-tun-sudah-berlalu-syahredzan-bidas-cabaran-mahathir-bubar-parlimen/
Naratif tentang orang Melayu turut akan dimainkan oleh Mahathir bagi menutup kontroversinya.
Isu perpecahan orang Melayu, kuasa orang Melayu tergugat dan sebagainya, banyak dimainkan oleh Mahathir selama ini.
Walhal orang Melayu tidak memerlukan bantuan ahli politik yang penuh kontroversi seperti Mahathir.
Orang Melayu tahu Mahathir tidak ikhlas memperjuangkan suara mereka.
Mahathir sendiri pernah mengutuk orang Melayu dan dia hanya mementingkan golongan elit Melayu.
Orang Melayu juga tahu perpecahan berlaku bukan disebabkan mereka tetapi kerana Mahathir.
Mahathir memecahbelahkan parti orang Melayu sehingga menyebabkan fahaman politik orang Melayu tidak sehaluan.
SUMBER: https://suara.tv/05/06/2025/tun-m-berulang-kali-gagal-satukan-orang-melayu-ini-khemah-longgar-tanpa-asas-perjuangan-jelas-umno-kedah/
Jangan mudah terpedaya dengan naratif yang dibawa oleh Mahathir selepas ini.
Dia hanya mahu mengalihkan perhatian orang ramai berhubung kesnya kepada isu lain.
Rakyat harus membuka mata dengan kelicikan Mahathir.
Ahli politik yang penuh tipu muslihat seperti Mahathir tidak patut dipercayai.
Monday, July 21, 2025
Mahathir Membazir Duit Petronas, Rakyat Ditipu Dan Hidup Dalam Kemiskinan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadikan Petronas sebagai 'sumber utamanya' untuk 'bail-out' projek-projek kroninya.
Perkara itu bukan satu rahsia lagi.
Ramai ahli politik telah mendedahkan betapa rakusnya Mahathir menggunakan kantung kewangan Petronas sesuka hatinya.
Jumlah dana Petronas yang digunakan bukan sedikit iaitu RM529 bilion.
Selama berdekad lamanya wang Petronas dibawa keluar untuk kepentingan Mahathir sepanjang dia menjadi Perdana Menteri. Wang Petronas digunakan dengan pelbagai tujuan yang berbeza. Salah satunya adalah menutup skandal kewangan yang dicetuskan oleh Mahathir.
Pada tahun 1985, Petronas menyelamatkan Bank Bumiputra dengan suntikan dana RM2.5 bilion.
Pada tahun 1991, Petronas sekali lagi menyelamatkan bank berkenaan dengan menyalurkan dana tambahan sebanyak RM1 bilion.
Skandal Bank Bumiputra melibatkan nilai pinjaman yang besar, berjumlah RM2.5 bilion, diberikan kepada Kumpulan Carrian untuk pelaburan hartanah di Hong Kong.
Dana-dana itu sebenarnya adalah untuk menampung kerugian yang semakin meningkat apabila urus niaga tersebut mengalami kegagalan.
Dana Petronas juga digunakan untuk menampung kerugian RM31.5 bilion akibat skandal Forex negara pada awal 1990-an.
Pertaruhan yang dibuat oleh Mahathir ketika itu untuk membeli mata wang Pound Britain telah memakan diri dan menyebabkan negara mengalami kerugian besar.
Mahathir mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) supaya memaklumkan kerugian yang ditanggung hanyalah RM9.3 bilion.
Namun sebaliknya, pakar-pakar ekonomi mendedahkan kerugian sebenar mencecah lebih RM30 bilion.
SUMBER: https://mfm.news/kisah-skandal-forex-yang-hampir-mufliskan-bank-negara/
Wang Petronas juga digunakan untuk menyelamatkan firma-firma kroni Mahathir.
Pada 1992, Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992.
Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB).
Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira AS$230 juta kerana membeli syarikat Hong Kong, Pacific Basin Bulk Shipping pada 1996.
Mirzan hampir muflis dan Mahathir mengarahkan Petronas membeli syarikat KPB sebanyak RM900 juta.
Mahathir juga sanggup merancang untuk melaksanakan satu skema khas dengan mengambil dana kira-kira RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah untuk membantu KPB.
KPB ketika itu memiliki hutang sebanyak RM1.6 bilion.
Namun, Mahathir dikatakan mengarahkan pembelian KPB dibuat menerusi pintu belakang tanpa saluran rasmi.
Mahathir diminta membentangkan bajet tambahan untuk 'bail-out' KPB di Parlimen tapi dia tidak mahu kerana ingin menjaga air mukanya.
Mahathir sebaliknya mengarahkan Petronas membeli KPB menggunakan dana kerajaan tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan.
SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/expkr-youth-chief-alleges-dr-mahathir-bailed-his-sons-kpb-1998-59960
Pada November 2012, Petronas menganugerahkan kontrak bernilai RM700 juta kepada Sapura Kencana Petroleum Berhad milik Mokhzani Mahathir.
Ketika itu, Mokhzani merupakan antara individu terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai AS$685 juta.
Malah Mahathir yang ketika memegang jawatan sebagai penasihat Petronas turut mempengaruhi keputusan Petronas menganugerahkan kontrak itu.
Selain itu, Petronas turut dikerah untuk menanggung kos pembinaan Menara Berkembar KLCC sebanyak RM6 bilion dan pembinaan Putrajaya yang menelan kos RM22 bilion.
Lembaga Pengarah KLCC dipaksa membayar harga tanah tapak pembinaan KLCC tanpa dibenarkan berunding.
Mengapa? Kerana tapak pembinaan KLCC itu adalah milik kroni Mahathir dan individu itu untung atas angin berlipat kali ganda.
SUMBER: https://www.malaysia-today.net/2020/01/28/petronas-dipaksa-beli-tanah-klcc-kroni-mahathir-untung-rm600-juta/
Nilai wang yang disakau oleh Mahathir nampak sedikit untuk Mahathir tapi memberi kesan besar untuk jangka masa panjang.
Mahathir secara sembrono menggunakan wang itu demi kepentingan peribadinya.
Apa yang penting kroni-kroninya dapat diselamatkan tanpa memikirkan akibatnya.
Wang tersebut kalau digunakan untuk tujuan pembangunan rakyat, sudah tentu Malaysia lebih maju berbanding sekarang.
Friday, June 6, 2025
Sampai Bila Mahathir Nak Tipu Melayu?
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengumumkan satu lagi gerakan yang kononnya memperjuangkan kaum Melayu.
Bukankah dulu Mahathir pernah menubuhkan gagasan Gerakan Tanah Air pada 2022?
Kononnya untuk memperjuangkan kaum Melayu ketika itu, namun apa jadi dengan gagasan berkenaan?
Mahathir mendakwa terlalu banyak kumpulan yang mahu menyatukan orang Melayu namun hanya membawa kepada perpecahan dan menggagalkan matlamat perjuangan.
Adakah Mahathir bercakap tentang dirinya sendiri? Bukankah dia sendiri yang mencetuskan perpecahan dalam kalangan orang Melayu? Mahathir lupa perpecahan orang Melayu telah bermula sejak dia mengedarkan surat layang kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa rusuhan kaum 1969.
Mahathir mendakwa Tunku Abdul Rahman adalah punca kepada berlakunya peristiwa itu dan memintanya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Dia turut mendakwa orang-orang kerajaan serta ahli-ahli UMNO serta PAS telah hilang kepercayaan kepada Tunku Abdul Rahman.
Namun, tindakan Mahathir itu disifatkan sebagai kurang ajar dan dia dipulau oleh ahli-ahli UMNO.
Tunku Abdul Rahman merasa sedih dengan tindakan Mahathir dan mengatakan surat layang tersebut telah memusnahkan jasa serta sumbangannya selama 17 tahun.
Surat layang itu menjadi salah satu punca Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri setahun kemudian.
SUMBER: https://thepatriots.asia/surat-terbuka-tun-dr-mahathir-kepada-tunku-abdul-rahman/
Mahathir punca parti-parti Melayu berpecah. Paling ketara adalah tindakan Mahathir terhadap UMNO.
Mahathir menyebarkan hasutan kepada ahli-ahli UMNO untuk membenci pemimpin yang menggantikan dirinya.
Mahathir bertelagah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
Pertelagahan itu menyebabkan perpecahan serta melemahkan orang Melayu.
Disebabkan pertelagahan berkenaan, wujudlah parti-parti seperti PKR, Bersatu dan sebagainya.
Mahathir sendiri tubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) kerana kecewa dengan Bersatu.
Salah siapa? Tentulah salah Mahathir. Perbuatan dia sendiri telah melemahkan UMNO atau golongan Melayu sehingga ke hari ini.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/630819
Perjuangan Mahathir untuk orang Melayu hanya retorik semata-mata sehingga kini.
Bermacam dakwaan dia keluarkan berkenaan orang Melayu. Melayu malas, Melayu hilang segala-galanya.
Walhal, ketika dia memerintah negara selama 22 tahun, apa sahaja yang dibuat oleh Mahathir untuk orang Melayu?
Mahathir sendiri mengatakan dia gagal membantu orang Melayu. Bagaimana tidak gagal kalau asyik memberi 'kelebihan' kepada kroninya sahaja?
Orang Melayu yang dibantunya hanya kenalan rapatnya sahaja termasuk keluarganya sendiri.
Mahathir sebenarnya sangat hipokrit terhadap orang Melayu!
SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/proklamasi-melayu-tanda-tun-m-pernah-pinggir-melayu/
https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/
Sudah-sudahlah bermain dengan naratif 'perjuangan Melayu'.
Melayu sendiri sudah mampu berusaha untuk memajukan diri mereka di negara ini.
Kaum Melayu tidak memerlukan pemimpin lapuk seperti Mahathir.
Mahathir hanya merosakkan dan memecahbelahkan kaum Melayu.
Dia sebenarnya hanya berjuang untuk dirinya sendiri, bukan untuk orang Melayu.
Friday, April 11, 2025
Mahathir Diktator Sebenar Negara
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri ketika ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan kecenderungan sebagai diktator.
Dia mendakwa parti-parti politik di negara ini terutamanya pembangkang perlu 'mendengar cakap' Perdana Menteri.
Ada sahaja yang tidak kena di mata Mahathir. Daripada hal sekecil-kecil kuman sehinggalah sebesar saiz gajah, semuanya salah.
Kalau hendak sebut siapakah pemimpin paling diktator dalam sejarah Malaysia, ramai sudah tahu siapakah orangnya. Tiada pemimpin yang lebih diktator daripada Mahathir di Malaysia ini.
Siapa boleh lupa peristiwa Ops Lalang yang dijalankan oleh Mahathir pada 1987?
Gara-gara tidak berpuas hati dengan pihak yang cuba mencabar kepimpinannya dalam UMNO pada masa itu, Mahathir mengarahkan Ops Lalang dilaksanakan.
Lebih 100 orang aktivis, wartawan dan ahli politik ditahan ketika itu, tanpa dibicarakan di mahkamah.
Susulan Ops Lalang, Mahathir memperkenalkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk menyekat media daripada mengkritik kerajaan.
Setiap media perlu memperbaharui lesen setiap tahun dan jika dibatalkan, pembatalan itu tidak boleh dicabar di mahkamah.
Penerbit berita boleh dipenjara sehingga tiga tahun sekiranya menyebarkan berita palsu.
Akta itu hanya digunakan sebagai alasan Mahathir untuk mengetatkan lagi kebebasan berpolitik serta bersuara.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/columns/155852
Gara-gara tidak berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir melakukan pindaan ke atas perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988.
Mahathir berbuat demikian bagi menyekat kuasa badan kehakiman serta menyusun semula kedudukan mahkamah dalam sistem pentadbiran negara.
Pada masa yang sama, Mahathir bersama sekutunya menyerang dan memburukkan hakim mahkamah secara terbuka menerusi media.
Dalam pada itu, pihak mahkamah yang diketuai oleh Tun Salleh Abas memohon Yang Di-Pertuan Agong supaya bertitah agar campur tangan kerajaan dalam badan kehakiman dihentikan.
Namun, Mahathir lebih licik dan memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong agar Tun Salleh Abas digantikan atas faktor kesihatan serta tidak mampu lagi membuat sebarang keputusan mahkamah dengan baik.
SUMBER: https://iluminasi.com/bm/krisis-perlembagaan-1988-pertembungan-dr-mahathir-melawan-tun-salleh-abas.html
Allahyarham mantan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Noor yang memimpin PAS dari 1989 hingga akhir hayatnya pada 2002 pernah menceritakan betapa zalimnya Mahathir.
Mahathir menjadi dalang kepada tragedi Memali pada 1985 yang menyebabkan 14 orang terkorban.
Peristiwa itu berlaku selepas Mahathir mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menyerang kampung tersebut kerana dia mendakwa penduduk di situ menyokong PAS.
Mahathir juga dikatakan berada di Malaysia ketika peristiwa terbabit, bukannya di China seperti disebarkan kepada orang awam sebelum ini.
Allahyarham mengatakan orang zalim seperti Mahathir tidak akan mendapat rahmat Allah.
SUMBER: https://harakahdaily.net/index.php/2018/05/07/kisah-ustaz-fadzil-ahmad-awang-tentang-mahathir
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/373618/rci-memali-tiada-maaf-untuk-mahathir
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/08/312781/tun-m-dihantui-tragedi-memali
Zaman pemerintahan Mahathir lebih bersifat diktator daripada kerajaan sekarang.
Semua orang dikunci mulut dan tidak dibenarkan menentang Mahathir.
Sesiapa yang menentang, bakal menerima hukuman yang berat daripada Mahathir.
Jika ada perkara yang tidak memihak kepada dirinya, Mahathir akan campur tangan dan merombak struktur kerajaan.
Mahathir sebenarnya adalah diktator paling dahsyat di Malaysia.
Monday, March 3, 2025
Mahathir Yang Cuai, Tak Perlu Tuding Jari
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi meratib tentang isu Perjanjian Air Malaysia-Singapura.
Apa yang dia tidak berpuas hati dengan perjanjian berkenaan?
Mengapa ketika dia menjadi Perdana Menteri, Mahathir tidak mempercepatkan usaha rundingan semula perjanjian tersebut sekiranya benar sudah bertemu dengan Presiden negara berkenaan?
Kalau hendak bercakap tentang kerugian, sudah dijelaskan bahawa negara tidak berdepan sebarang kerugian berkaitan perjanjian berkenaan.
Apa sebenarnya yang Mahathir tidak berpuas hati tentang perjanjian tersebut? Punca kegagalan perjanjian air itu adalah daripada Mahathir sendiri.
Mengapa Mahathir tidak membuat rundingan terhadap perjanjian terbabit pada 1987?
Kalau Mahathir hendak bercakap tentang kerugian sebanyak RM3 bilion kepada negara, bagaimana pula dengan kerugian yang terpaksa ditanggung akibat kegagalan rundingan itu?
Negara terpaksa menanggung kerugian hampir RM100 bilion kerana tidak mengkaji semula perjanjian berkenaan.Perjanjian yang ditandatangani pada 1962 itu menetapkan harga penjualan air mentah dari Malaysia kepada Singapura boleh dikaji semula selepas 25 tahun, iaitu pada 1987.
Namun, Mahathir yang menjadi Perdana Menteri bermula Julai 1981 hingga Oktober 2003, tidak melakukan sebarang kajian semula.
Tidak ada cadangan dibuat pada Singapura oleh Mahathir untuk kaji semula harga itu.
Sepatutnya, ketika inflasi pada 1987, negara sudah boleh jual air mentah pada harga RM1 untuk 1,000 gelen kepada Singapura jika perjanjian itu dikaji semula.
Tetapi kecuaian Mahathir menyebabkan negara kerugian mencecah RM100 bilion sepanjang tempoh 75 tahun.
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/372175/dr-mahathir-punca-negara-rugi-hampir-rm100-bilion
Mengapa kerajaan sedia ada tidak mengadakan rundingan semula mengenai perjanjian itu?
Hal ini kerana, kos untuk Malaysia merawat sendiri air mentah adalah lebih tinggi berbanding sekiranya dibeli terus daripada Singapura.
Secara puratanya, kerajaan perlu membelanjakan sekitar 1.80 sen bagi setiap meter padu.
Justeru, ada timbal balik positif dalam perjanjian berkenaan, bukan negatif seperti didakwa oleh Mahathir.
Secara matematiknya, harga ditetapkan bagi membeli air terawat daripada Singapura adalah 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.
Dahulu Malaysia berjanji untuk membeli lima juta gelen sehari (MGD), tetapi negara beli sehingga 16 juta MGD ketika ini.
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331563/kos-rawat-air-mentah-lebih-tinggi-berbanding-beli-dari-singapura
Sebenarnya, wujud dakwaan bahawa Mahathir menandatangani perjanjian untuk membenarkan Singapura mengambil-alih tanah Johor seluas 54,000 ekar atau 216 kilometer persegi untuk membina empangan di Sungai Linggiu.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Mahathir pada 1990.
Singapura hanya perlu membayar RM320 juta ganti-rugi, premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi.
Di bawah perjanjian tersebut, Singapura juga dibenarkan untuk mengambil air tanpa had dari Malaysia.
Mahathir juga mahu membina jambatan menghubungkan Malaysia dan Singapura namun ditolak oleh Singapura.
Timbul dakwaan bahawa syarikat milik kroni Mahathir yang terbabit dalam projek berkenaan.
Maka, tidak hairan mengapa Mahathir marah sangat dengan Singapura.
SUMBER: https://theunspinners.blogspot.com/2017/12/tun-daim-tahu-madey-keling-jual-negara.html
Mahathir sepatutnya memberi jawapan kepada persoalan mengapa dia tidak mengkaji semula harga air dijual Malaysia kepada Singapura ketika itu.
Wujud banyak spekulasi pasaran mengenai perjanjian pintu belakang tentang mengapa perjanjian air itu tidak dikaji semula pada 1987, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Gara-gara kecuaian Mahathir, negara terpaksa menunggu sehingga 2062 untuk mengkaji semula harga air tersebut.
Mengapa Mahathir mahu menuding jari kepada orang lain disebabkan kegagalannya sendiri?
Mahathir patut ingat kembali salah siapa dalam soal rundingan harga air tersebut.
Tuesday, January 28, 2025
Apa Motif Razak Baginda?
Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda sekian lama didakwa mempunyai kaitan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibbuu pada 2006.
Penglibatannya dalam kes berkenaan menjadi perdebatan hangat dalam kalangan rakyat negara ini.
Malah kes tersebut terus menjadi topik popular di dalam dan luar negara khususnya apabila melibatkan pembelian aset pertahanan Malaysia.
Kontroversi kes terbabit bukan hanya memberi imej yang kurang baik kepada negara, tetapi sistem keadilan Malaysia turut menerima impak buruk.
Ada pengkritik yang mendakwa berlakunya layanan 'double standard' berhubung hukuman terhadap Abdul Razak. Abdul Razak merupakan pengarah syarikat yang dinamakan sebagai Terasasi (Hong Kong) Ltd.
Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.
Syarikat itu pada mulanya diperbadankan sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd pada Jun 2002.
Sejumlah AS$1.2 bilion jualan kapal selam Scorpene yang diperoleh daripada Kementerian Pertahanan Malaysia disalurkan kepada Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.
Abdul Razak pula mengakui menerima kira-kira 30 juta euro bagi khidmat konsultasi dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.
Namun, sebanyak 114 juta euro telah dibayar sebagai 'yuran' oleh syarikat Perancis dikenali sebagai DCNS kepada syarikat perunding Perimekar Sdn. Bhd.
Syarikat perunding tersebut sangat meragukan kerana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/194290
Abdul Razak dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya.
Model itu dikatakan tidak pernah menjadi jurubahasa untuk perjanjian pembelian kapal selam berkenaan atau terlibat dalam sebarang rundingan kontrak.
Abdul Razak sebenarnya memiliki motif peribadi untuk membunuh Altantuya.
Altantuya didakwa mengganggu Abdul Razak untuk mendapatkan bayaran sebanyak AS$500,000 daripada hasil perjanjian Scorpene dan syarikat perunding tersebut.
Namun Abdul Razak 'rimas' dengan perbuatan Altantuya dan mangsa ditembak mati serta diletupkan pada Oktober 2006.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/236909
Abdul Razak bagaimanapun masih belum dihukum sehingga kini dan hanya perlu membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa.
Namun Abdul Razak tetap gagal membayar ganti rugi tersebut, sehinggakan keluarga mangsa memfailkan notis kebankrapan terhadapnya.
Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dijatuhi hukuman mati.
Abdul Razak pula hanya dituduh bersubahat namun kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Sepatutnya Abdul Razak juga perlu menerima hukuman yang sama seperti Azilah dan Sirul Azhar.
Motif Abdul Razak adalah kuat iaitu dia mahu 'mendiamkan' mangsa daripada terus mengganggunya.
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1270070/penafian-abdul-razak-baginda-tidak-bermakna-tanpa-testimoni-mahkamah
Kontroversi menyelubungi pembelian kapal selam Scorpene dan Abdul Razak penuh dengan tanda tanya.
Namun satu perkara yang jelas adalah pembelian kapal selam itu menyebabkan seorang manusia tidak berdosa maut.
Abdul Razak sewajarnya disiasat dengan lebih menyeluruh kerana dia memiliki motif yang kukuh.
Dia tidak sepatutnya dibebaskan tanpa menerima hukuman yang setimpal.Hanya kerana duit, Abdul Razak berubah menjadi manusia bertopengkan syaitan dan membunuh individu tidak berdosa.
Tuesday, December 10, 2024
Mahathir Perlu Terima Hukuman Hilang Pulau Batu Puteh
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan berdepan siasatan berhubung isu kehilangan Pulau Batu Puteh pada 2018.
Isu ini sangat penting memandangkan Pulau Batu Puteh merupakan simbol kedaulatan negara namun hilang di tangan negara lain sebegitu sahaja.
Mahathir memang wajar disiasat kerana keputusannya untuk menarik balik permohonan semakan kehakiman Pulau Batu Puteh, sejurus dilantik menjadi Perdana Menteri ketujuh amat diragui.
Dia terlalu memandang enteng usaha kerajaan terdahulu yang mahu mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh.
Mengapa Mahathir sewenang-wenangnya membiarkan Pulau Batu Puteh?
SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1162900/siasatan-jenayah-boleh-dimulakan-terhadap-tun-m-berkaitan-kehilangan-pulau
Pulau Batu Puteh bukanlah sebarangan pulau, tetapi mempunyai kelebihan tersendiri.
Kedudukan Pulau Batu Puteh amat strategik di timur Johor iaitu laluan utama antara timur dan barat melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan manakala di barat Johor pula, ada Pulau Pisang.
Para nelayan sebelum ini menggelarkan kawasan berkenaan sebagai lubuk emas mereka mendapatkan hasil lautan.
Kira-kira lebih 1,000 orang nelayan berdaftar dengan Persatuan Nelayan Pengerang menangkap ikan di kawasan tersebut sebelum tidak dibenarkan berbuat demikian selepas perairan itu dikawal oleh kapal peronda Singapura sejak kira-kira 20 tahun lalu.
Sekiranya Pulau Batu Puteh menjadi milik Malaysia, para nelayan sudah tentunya gembira dengan khabar berkenaan dan mampu menuai hasil lautan di perairan terbabit.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/701237/berita/politik/tun-m-perlu-dikenakan-denda-sebab-kehilangan-batu-puteh---puad-zarkashi
Jika Pulau Batu Puteh tidak dituntut, Singapura bebas melakukan apa sahaja di pulau itu termasuklah melancarkan operasi ketenteraan dan penambakan.
Pada 1986, Singapura sudah mula melancarkan operasi ketenteraannya di pulau berkenaan dan meletakkan kapal perang berhampiran Pulau Batu Puteh.
Singapura juga menjadikan kawasan sekitarnya sebagai kawasan larangan sehingga menyebabkan para nelayan Malaysia tidak dapat melakukan aktivit itu.
Singapura pernah mengeluarkan kenyataan untuk membangunkan Pulau Batu Puteh.
Saiznya yang sebesar satu padang bola sepak, tidak mustahil boleh menjadi 20-30 saiz padang bola sepak selepas dibangunkan.
Malahan, Singapura dilaporkan mahu membina pangkalan tenteranya di kawasan tersebut, sekali gus akan mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia tentang soal keselamatan negara.
Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/07/835894/singapura-mula-bangunkan-pulau-batu-puteh
Mahathir memberi alasan demi alasan untuk menyelamatkan diri tetapi kita semua tahu siapakah petualang yang menjual kedaulatan negara.
Banyak tindakannya mencurigakan. Dia menggantung tugas Peguam Negara dan Mahathir tidak membincangkan perkara itu ke Kabinet.
Alih-alih, keluar laporan Malaysia tidak akan meneruskan permohonan berkenaan.
Senang-senang sahaja Mahathir melepaskan kedaulatan Malaysia kepada negara lain.
Mahathir merancang sesuatu di belakang tabir.
Tidak mungkin Mahathir tidak mendapat sebarang 'pulangan' daripada hasil menjual kedaulatan negara kepada pihak lain.
SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/700831/berita/politik/pulau-batu-puteh-amanah-johor-sokong-tun-mahathir-disiasat
Mahathir setakat ini menafikan dia bersalah dalam hal kehilangan Pulau Batu Puteh.
Manusia seperti Mahathir memang tidak akan mengaku apa-apa walaupun terang-teranganya dia adalah penyebab hilangnya Pulau Batu Puteh kepada Singapura.
Siasatan perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan sebenar.
Mahathir perlu dijadikan 'pengajaran' untuk pemimpin muda supaya tidak mudah untuk 'melelong' kedaulatan negara sebegitu sahaja.
Kalau semua kedaulatan negara 'dilelong', apa sahaja yang tinggal untuk Malaysia?
Justeru, Mahathir wajar disiasat dalam apa jua cara sekali pun.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mahathir Licik Alih Kontroversi Dirinya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini mengumumkan siasatan pengisytiharan harta terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr...

-
Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda sekian lama didakwa mempunyai kaitan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibbuu pada ...
-
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri ketika ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan kecenderungan sebag...
-
Peguam dan aktivis sosial, Latheefa Koya baru-baru ini menggesa kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kes dua ind...