Wednesday, April 6, 2022
HIPOKRASI POLITIKUS DALAM MEMBICARAKAN TAMBAKAN LAUT
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/614727
Projek yang dimaksudkan adalah Maharani Energy Gateway, yang merupakan satu inisiatif untuk menjadikan Muar sebagai sebuah hab tenaga dan pelabuhan laut dalam. Projek ini sebenarnya telah pun melepasi peringkat “environmental impact assessment” (EIA) dan konsultasi bersama lebih 482 responden.
Majoriti daripada mereka tidak membantah. Apa tidaknya, projek ini akan membawa nilai pembangunan setinggi RM99 bilion dalam masa 10 tahun! Bahkan, sebanyak 26,769 jumlah pekerjaan baharu akan tercipta – dan kebanyakannya akan dapat dipenuhi oleh penduduk tempatan yang rata-ratanya tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
Sumber: https://malaysia.news.yahoo.com/johor-sultans-sea-reclamation-venture-020255988.html
Walaupun demikian, MP seperti Syed Saddiq tidak habis-habis mengecam perkembangan ekonomi yang boleh dibawa projek ini. Beliau pandai menggunakan media sosial dan menghebahkan kepada semua pandangan terpencil terhadap projek ini. Beliau langsung tidak mengendahkan limpahan ekonomi dan pembangunan yang dapat disumbangkan kepada penduduk sekitar Muar, Tangkak dan sebagainya. Ini lah masanya untuk penduduk berdiri di kaki sendiri dalam mencari rezeki!
Sebenarnya, politikus seperti beliau bersikap pilih kasih dalam isu projek tambakan tanah. Pernahkan anda mendengar beliau mempersoalan projek-projek lain yang bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, tetapi juga melibatkan korupsi besar-besaran? Sudah tentu tidak.
Kita ambil contoh Projek Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang. Umum sedia maklum bahawa dalam proses pembidaan projek ini, mantan Menteri Kewangan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, telah meminta 10% daripada keuntungan projek ini dibayar kepada beliau. Perkara ini telah didedahkan oleh Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group sendiri dalam bicara kes ini di mahkamah. Bukan itu sahaja, Guan Eng juga telah dituduh oleh pihak pendakwaraya atas kesalahan menerima wang rasuah sejumlah RM3.3 juta.
Sumber: https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2021/12/755255/businessman-reveals-how-guan-eng-asked-10pct-profit-bribe
Tetapi, pernahkan politikus seperti Saddiq mempersoalkan integriti mereka yang terlibat dalam projek ini. Kenapa tidak Saddiq pernah mempersolkan bagaimana projek ini tidak pernah pun melepasi pentaksiran EIA? Ini kerana pihak kerajaan negeri Pulau Pinang sedia maklum bahawa projek ini boleh mengancam ekosistem laut perairan negeri itu. Yang lebih menarik, peguam kepada Guan Eng itu sendiri juga merupakan seorang politikus pembangkang. Nampak sangat berat sebelah!
Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/s/35194
Tahukah anda bahawa kerajaan negeri Kedah sudah pun menerima pembayaran komitmen sebanyak RM4.5 juta untuk meluluskan projek tambak laut yang melibatkan pembinaan 99 buah pulau dalam satu kerjasama antara Widad Business Group dan sebuah syarikat asing dari United Arab Emirates? Antara komponen projek ini adalah rumah kelab dan padang golf, projek perumahan dan pusat beli belah.
Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/23/projek-tambak-laut-rm40-bilion-langkawi-seperti-dirancang-kata-sanusi/
Apa kaitan projek-projek sebegini dengan pembangunan Langkawi – yang merupakan sebuah pulau yang kaya dengan keindahan alam sekitar? Menurut aktivis-aktivis alam sekitar, projek ini akan menjahanamkan kestabilan ekosistem marin perairan Langkawi, seperti mana yang terjadi di negara-negara Arab di Timur Tengah. Bahkan, ada kemungkinan pasir dan batu juga akan dikuari dari Langkawi itu sendiri dan mengakibatkan pencemaran udara kepada penduduk setempat.
Sumber: https://www.thevibes.com/articles/news/42633/99-reclaimed-islands-a-death-knell-for-langkawi-environment-tourism-warn-ngos
Sudah terang lagi bersuluh. Tetapi, tidak pula nampak batang hidung politikus seperti Saddiq dalam mempertikaikan projek ini. Jelasnya, politikus sebegini hanya berminat untuk menghentam projek-projek yang menguntungkan rakyat Johor. Kerana mereka ini telah termakan dengan umpan politik Tun Mahathir yang telah lama menzahirkan rasa iri hati terhadap kedudukan strategik negeri Johor. Sebagai rakyat, kita harus berhati-hati daripada dipengaruhi oleh politikus hipokrit sebegini.
Tuesday, March 29, 2022
Amira Aisya Tidak Layak Jadi Adun
Di sebaliknya, wakil ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd. Aziz dengan sikap lepas tangan telah memberitahu mangsa kebakaran bahawa pejabat ADUN Puteri Wangsa tidak dapat membantu kerana “YB belum mengangkat sumpah”. Hebatnya!
Sejak bila wakil rakyat perlu menunggu upacara majlis angkat sumpah baru nak membantu rakyat? Apakah ini sikap malas dan angkuh yang menunjukkan diri yang sebenar Amira Aisya dan parti MUDA? KDYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor telah berkenan mencemar duli ke kawasan kebakaran dan turut menitahkan bahawa baginda berkenan membiayai kos pembaikan untuk kesemua premis yang terbabit.
Amira Aisya hanya turun ke kawasan selepas kunjungan KDYMM Sultan Johor! Adakah ini sikap wakil rakyat parti MUDA? Kalau nak terus begitu baik tak payah jadi calon pada PRU nanti! Mengapakah perlu menunggu angkat sumpah dan kunjungan dari KDYMM Sultan Johor baru nak bertungkus lumus bergerak ke kawasan kebakaran? Ini boleh dikatakan biadap!
Apa-apa pun, sememangnya peranan seorang ADUN adalah untuk bertindak pantas mencari penyelesaian atau bantuan untuk rakyat yang meminta tolong. Bukan untuk mengambil alih tugasan pihak bomba mahupun polis, tetapi supaya dilihat sebagai prihatin rakyat dengan terus ke kawasan kejadian untuk memastikan keadaan terkawal dan membantu dalam koordinasi usaha menghulurkan bantuan. Amira Aisya dan parti MUDA? Masih beria-ria di Kuala Lumpur agaknya..
Perlu ditanya soalan ini – Adakah parti MUDA dan Amira Aisya betul-betul sedia menggalas tugasan dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat? Nampaknya dalam episod kejadian kebakaran ini, mereka langsung tidak bersedia mahupun berhati perut untuk membantu rakyat.
Macam mana pun nak keluarkan penafian bahawa wujudnya kenyataan wakil pejabat yang menyatakan Amira Aisya tidak dapat membantu, perlu kita fokus pada reaksinya dalam waktu sejurus selepas kebakaran berlaku. Tiada apa pun kenyataan dari Amira Aisya mengenai pelan tindakan yang akan atau telah diambilnya untuk menangani isu ini. Memandangkan ini merupakan isu hangat, kenapakah respons Amira Aisya begitu lambat sehingga tertimbul soalan-soalan mengenai kecekapannya? Ini bukan soal tiada pengalaman. Amira Aisya merupakan Setiausaha Agung MUDA sejak penubuhan parti, dia kononnya juga banyak pengalaman membantu Syed Saddiq di Muar. Tapi adakah pengalaman itu sekadar menjalankan ops gambar supaya persepsi awam terhadap MUDA kekal positif? Pokoknya, Johor dan negara kita memerlukan wakil rakyat yang benar-benar mahu membantu dan membela nasib rakyat marhaen.
Kita tidak mahu wakil rakyat yang hanya reti memberi alasan. Lagi-lagi alasan itu suatu yang tidak munasabah. Takkan Amira Aisya ini juga seorang kaki kencing seperti Syed Saddiq? Namun, tidak hairanlah kalau benar. Belum sebulan sudah keluar perangai buruk tidak mahu tolong rakyat. Bayangkan ada 4-5 tahun lagi warga Puteri Wangsa kena hadapi. Rugi gila.
Jika Amira Aisya tidak ingin menolong warga Puteri Wangsa, baik dia undur diri dan memberi ruang kepada mereka yang ada hati dan azam baik untuk menyandang jawatan wakil rakyat. Cukup-cukuplah dengan perangai buruk dan keikhlasan palsu. Rakyat tidak perlu lagi menderita dengan pimpinan yang gagal oleh parti MUDA.
Tuesday, March 15, 2022
Onn Hafiz Pilihan Terbaik Untuk Masa Depan Johor Yang Cerah
Susulan kemenangan besar untuk Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Johor beberapa hari yang lepas, khabar angin kini kencang dengan berita hangat bahawa akan adanya Menteri Besar Johor yang baru. Khabar angin ini disahkan apabila Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad dalam satu kenyataan telah memohon agar orang muda diberi laluan untuk memimpin Kerajaan Negeri Johor.
Kempen Barisan Nasional yang menekankan kestabilan masa depan memerlukan pemimpin yang dinamik dan lebih memahami cabaran hidup rakyat yang kini sering berubah.
Antara
nama-nama yang di senarai pendek adalah Datuk Onn Hafiz Ghazi, cicit
kepada pengasas UMNO dan Menteri Besar Johor yang ke-7, Dato’ Onn
Jaafar. Jika dilantik sebagai Menteri Besar ke-19, beliau mengulangi
sejarah moyangnya itu yang memegang jawatan sama selepas dilantik pada 1
Jun 1947.
Onn Hafiz yang kini berumur 44 tahun merupakan calon
paling sesuai untuk dilantik sebagai Menteri Besar kerana beliau sudah
cukup berpengalaman menjaga kepentingan rakyat walaupun masih muda lagi.
Onn Hafiz juga merupakan anak saudara kepada Menteri Kanan
Pertahanan dan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein, anak kepada Perdana Menteri Ke-3, Tun Hussein Onn. Tidak boleh
dinafikan bahawa Onn Hafiz berasal dari keluarga yang telah banyak
menyumbang kepada pembangunan negara dan kini beliau mengikuti dalam
jejak moyangnya untuk meneruskan legasi keluarga beliau, dan akan
menjadi Menteri Besar Johor yang ke-5 dalam keluarga yang tersohor itu,
selepas Dato’ Jaafar Muhammad, Dato’ Abdullah Jaafar, Dato’ Mustapha
Jaafar, dan Dato’ Onn Jaafar.
Beliau telah bertanding buat kali
pertamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada tahun 2018
dengan memenangi kerusi DUN Layang-Layang. Setelah Barisan Nasional
kembali memegang tampuk kuasa pada awal tahun 2020, beliau di lantik
sebagai ahli EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan di bawah pentadbiran
kerajaan negeri pimpinan Datuk Hasni Mohammad.
Jika Onn Hafiz dilantik sebagai Menteri Besar, maka beliau boleh menyandang jawatan itu untuk jangka masa yang lebih panjang bagi memastikan kestabilan politik di negeri Johor. Ini akan membawa manfaat yang besar dalam membangunkan ekonomi tempatan dan menarik pelaburan asing ke Johor. Pelantikan beliau juga berpotensi menarik para belia untuk mengambil peranan yang lebih besar dalam politik Johor dan negara, memandangkan terdapat lebih kurang 750,000 orang belia di Johor dan angka ini kian meningkat setiap tahun.
Pelantikan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor bukan sahaja menjadi tali perhubungan dengan sejarah Johor, malah menjadi penentu hala tuju masa depan Johor untuk membangun secara makmur dan berwawasan. Sememangnya masa depan Johor cerah di bawah pimpinan Barisan Nasional dan pemimpinnya yang mengetengahkan rakyat secara keseluruhan, tidak kira kaum, agama, mahupun umur.
Mahathir Licik Alih Kontroversi Dirinya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini mengumumkan siasatan pengisytiharan harta terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr...

-
Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda sekian lama didakwa mempunyai kaitan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibbuu pada ...
-
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri ketika ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan kecenderungan sebag...
-
Peguam dan aktivis sosial, Latheefa Koya baru-baru ini menggesa kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kes dua ind...