Tuesday, April 16, 2024

Daim Bolot Hak Rakyat


Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset dan satu akaun amanah saham pada Disember tahun lalu.

Dia juga mencabar keabsahan pertuduhan terhadapnya mengikut Akta SPRM dan Akta Pengubahan Wang Haram.

Daim didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 bertarikh 8 November 2023.

Notis itu dihantar kepada Daim oleh SPRM pada 14 November 2023. Notis berkenaan adalah notis Daim gagal mengisytiharkan harta di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 13 Disember 2023.

Harta itu membabitkan aset antaranya akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB); tujuh kenderaan seperti Jaguar serta Rolls Royce, 38 syarikat dan 25 hartanah/tanah di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

SUMBER: https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/03/21/daim-files-application-to-challenge-validity-of-macc-charges


Mengapa Daim takut untuk mengisytiharkan hartanya? Semestinya kerana takut pihak berkuasa tahu sumber wang yang diperoleh daripada kerja kotor Daim selama ini.

Daim memulakan kerja kotornya selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1984.

Daim turut memiliki kumpulan sokongannya atau kroni sendirinya yang dikenali sebagai 'Daim's Boys'.

Kumpulan itu terdiri daripada individu berpengaruh dalam pelbagai sektor seperti perbankan dan hartanah.

Mereka dikatakan akan mendapat 'habuan' daripada Daim jika menurut apa sahaja yang dimahukan oleh bekas Menteri Kewangan itu.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/440415


Daim sangat licik dalam menyakau duit kerajaan bersama-sama isterinya, Naimah Abdul Khalid.

Daim akan mengagihkan wang negara sebagai Menteri Kewangan kepada keluarganya manakala Naimah digelar sebagai taikun besar dalam dunia perniagaan.

Naimah sebelum ini adalah pemegang saham majoriti Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd (SPK).

Daim sebagai Menteri Kewangan akan memberikan kontrak kepada SPK berbilion ringgit selama beberapa tahun.

Daim dan Naimah juga mempunyai orang kanan mereka iaitu Josephine Premla Suvaretnam yang berperanan menjadi pengarah di beberapa buah syarikat milik pasangan suami isteri itu.

Josephine juga menguruskan urusan pelaburan luar negara bagi pihak Daim seperti di Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Kemboja.

Pendek kata, Daim dan Naimah sangat 'teliti' dalam menyakau wang negara secara senyap-senyap.

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/23/daims-wife-naimah-charged-with-failure-to-declare-assets-to-macc/113995


Daim pernah menganugerahkan tender kerajaan bernilai RM4 bilion untuk membina sekolah-sekolah di negara ini kepada empat buah syarikat.

Syarikat-syarikat berkenaan adalah Kinta Samudra Sdn. Bhd; Worldworth Sdn. Bhd; Ambangan Height Sdn Bhd dan Umi-Ross Project Management Sdn.Bhd.

Sebenarnya, kesemua syarikat tersebut adalah milik Daim menerusi wakil yang dilantik oleh dirinya.

Seorang bekas pegawai Kementerian Kewangan merupakan pemegang saham majoriti yang rasmi dalam Umi-Ross Project Management Sdn.Bhd. Syarikat itu diberikan kontrak sebanyak RM2 bilion oleh Daim.

Namun persoalannya bagaimana seorang pegawai kerajaan memiliki pengalaman sebagai kontraktor sehingga boleh mendapat kontrak sebanyak itu?

Daim juga memberikan kontrak bernilai RM2 bilion kepada tiga lagi buah syarikat terbabit.
Daim menyalahgunakan kedudukannya sebagai individu yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga kewangan negara.

Dia lebih rakus memenuhkan poketnya sendiri daripada melihat kemajuan rakyat dan negara.

Memang sewajarnya dia disiasat atas semua sumber hartanya yang diperoleh selama ini.

Rakyat tidak akan lupa apa yang Daim telah lakukan. Daim juga jangan ingat dia boleh terlepas daripada hukuman.

Tuesday, March 5, 2024

Keldai-Keldai Mahathir, Daim Sebar Kebencian


Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin terus menerus menyerang Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim.

Mahathir menggunakan bekas Setiausaha Politiknya, Muhammad Zahid Md Arip untuk menyerang YDPA berhubung kenderaan baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Anwar dilihat menaiki kereta Mercedes berwarna hitam dengan nombor pendaftaran VEV 1158 yang didaftarkan atas nama YDPA di Parlimen.

Muhammad Zahid dan seorang lagi aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegu Bard terang-terangan menyerang YDPA dan Perdana Menteri dalam satu video di media sosial.

Apa tujuan mereka menyebarkan kebencian terhadap institusi diraja dan kerajaan?

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/03/1219447/polis-siasat-chegu-bard-muhammad-zahid-md-arip-berhubung-kenderaan-mewah


Kita tahu Mahathir dan Daim cuba menumbangkan YDPA dan kerajaan kerana kedua-dua Tun takut bahana akan berlaku terhadap mereka.

Tengoklah sekarang, Daim dan isterinya dihadapkan ke mahkamah kerana gagal isytihar harta.

Anak-anak Mahathir pula disiasat oleh SPRM. Sebab itu, mereka merancang untuk menjatuhkan YDPA dan Perdana Menteri.

Sehinggakan kereta baharu Perdana Menteri menjadi isu untuk diserang oleh puak-puak kedua-dua Tun.

Kalau Mahathir dan Daim mahu membangkitkan isu konflik berkepentingan, cermin diri sendiri dulu.

Bukankah Mahathir dan Daim kerap kali sogok ahli politik dan pernah cuba menyogok YDPA sebelum ini untuk menukar kerajaan ikut pintu belakang?

Kalau perbuatan tersebut disifatkan sebagai apa? Cerminlah diri sendiri.

SUMBER: https://www.malaysia-today.net/2023/12/30/lokman-adam-confirms-langkah-dubai-does-exist-and-mahathir-daim-behind-it/


Mahathir dan Daim akan menggunakan apa jua cara untuk mencapai 'objektif' mereka.

Kali ini, mereka berdua menggunakan keldai-keldainya untuk menyebarkan kebencian serta hasutan kepada rakyat.

Cuba memburukkan YDPA dan Perdana Menteri supaya kedua-dua Tun dapat berkuasa semula.

Chegu Bard antara orang yang menyokong Mahathir ketika ini dan paling kuat mengkritik Perdana Menteri.

Dia pernah mendakwa Mahathir tidak mempunyai kepentingan peribadi apabila melaksanakan Himpunan Proklamasi Melayu.

Tapi kita semua tahu Mahathir menggunakan naratif tersebut untuk cuba meraih kembali sokongan terhadap dirinya yang makin pudar.

Mengapa ketika menjadi Perdana Menteri ke-4 dan ke-7, Mahathir langsung tidak memperjuangkan kaum Melayu secara bersungguh-sungguh?

SUMBER: https://malayadaily.com/berita/mahathir-tiada-kepentingan-bila-mulakan-proklamasi-orang-melayu-chegu-bard/


Mahathir dan Daim tahu mereka tidak mempunyai masa yang panjang lagi.

Kedua-dua Tun itu hanya menunggu masa diheret ke penjara. Daim juga gagal dalam mencabar siasatan SPRM terhadap dirinya.

Daim mendakwa dia merupakan ahli perniagaan yang kaya sebelum menceburi bidang politik.

Tapi bukankah Daim gagal dalam perniagaan garamnya dan diberikan plot tanah di Kuala Lumpur untuk membuka syarikat hartanahnya sendiri?

Apabila masuk politik, bukankah Daim juga pemanipulasi pasaran dan menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk memastikan kroni-kroni serta syarikatnya mudah lulus pinjaman bank?

Kaya kerana hasil usaha sendiri? Tidak sama sekali.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/698149


Serangan kedua-dua Tun terhadap institusi diraja dan kerajaan tidak akan terhenti selagi mereka tidak berkuasa semula.

Mereka tahu cara untuk menyelamatkan diri sendiri adalah menggunakan taktik politik kotor.

Kedua-dua Tun akan menggunakan keldai-keldainya yang lain untuk menyebarkan lagi kebencian dalam kalangan rakyat.

Rakyat perlu tahu kedua-dua Tun ini bukan lagi manusia yang boleh dipercayai. Jangan percaya naratif dibawa oleh keldai-keldai mereka.

Sepatutnya kedua-dua Tun sudah lama meringkuk dalam penjara kerana mengkhianati rakyat dan negara.

Friday, January 19, 2024

Sepandai-Pandai Tupai Melompat...


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil Mirzan Mahathir bagi membantu siasatan berhubung isu aktiviti perniagaannya pada 1990-an.

Aktivitinya itu didedahkan oleh Kertas Panama pada 2022 dan SPRM sudah mengeluarkan notis untuk Mirzan mengisytihar hartanya di dalam dan luar negara.

Elok sangatlah SPRM bertegas dan mengarahkan Mirzan berbuat demikian. Lama sangat 'dilindungi' oleh bapanya, Mahathir.

Anak-anak Mahathir sudah banyak menyakau kekayaan di negara ini namun tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.

Sebab itu, Mahathir bersungguh-sungguh mahu merampas jawatan Perdana Menteri sekali lagi kerana hendak melindungi anak-anaknya.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/18/mirzan-disiasat-berkait-laporan-kertas-panama/


Pada 1992, Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta.

Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (PKB).

Ketika itu, PNSL dikenali sebagai sebuah syarikat perkapalan terbesar Malaysia dan banyak mengikat kontrak jangka masa panjang dengan entiti besar negara seperti BERNAS, Perwaja dan Tenaga Nasional Berhad.

Disebabkan itu, Mirzan nampak PNSL akan menjadi lubuk duit utama buat KPB kerana potensi syarikat tersebut yang stabil dan keuntungannya terjamin.

Ketika krisis ekonomi Asia berlaku pada 1997-1998, Mirzan terpaksa menjual PNSL kepada Petronas menerusi Malaysia International Shipping Corporation (MISC).

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/expkr-youth-chief-alleges-dr-mahathir-bailed-his-sons-kpb-1998-59960


Kenapa Mirzan menjual syarikat yang memiliki potensi besar seperti itu kepada Petronas dan kenapa Petronas sanggup membelinya?

Mirzan suka berhutang sana sini. Tak cukup berhutang dengan bank tempatan, Mirzan juga suka meminjam dengan bank-bank asing untuk mengembangkan perniagaan KPB.

Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira AS$230 juta kerana membeli syarikat Hong Kong, Pacific Basin Bulk Shipping pada 1996.

Ketika itu, bukan Malaysia sahaja lumpuh, ekonomi Hong Kong turut terjejas.

Bukan itu sahaja, nilai pinjaman Mirzan turut meningkat ketika membeli Pacific Basin selepas ringgit Malaysia merosot kepada RM4.80 berbanding AS dolar sewaktu krisis ekonomi Asia.

Mirzan hampir muflis dan Mahathir sebagai 'penyelamat' mengarahkan Petronas membeli syarikat KPB sebanyak RM900 juta.

SUMBER: https://alditta.blogspot.com/2023/04/how-mahathir-enriched-his-son.html#


Mahathir sanggup merancang untuk melaksanakan satu skema khas dengan mengambil dana kira-kira RM2 bilion daripada Kumpulang Wang Amanah untuk membantu KPB pada masa itu.

KPB ketika itu memiliki hutang sebanyak RM1.6 bilion. Menteri Kewangan pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang habis-habisan idea berkenaan.

Namun, Mahathir dikatakan mengarahkan pembelian KPB dibuat menerusi pintu belakang tanpa saluran rasmi.

Anwar meminta Mahathir membentangkan bajet tambahan untuk 'bail-out' KPB di Parlimen tapi Mahathir tidak mahu kerana ingin menjaga air mukanya.

Mahathir sebaliknya mengarahkan Petronas membeli KPB menggunakan dana kerajaan tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan.

Licik sungguh permainan anak beranak ini. Sebab itu, Mirzan masih kekal dalam golongan elit negara, walhal dia hampir muflis suatu masa dahulu.

SUMBER: http://www.financetwitter.com/2023/04/court-battle-how-mahathir-enriched-his-son-by-bailing-out-rm1-7-billion-debt-laden-konsortium-perkapalan-bhd.html


Namun, zaman sudah berubah dan Mirzan tidak boleh selama-lamanya selamat daripada disoal siasat.

Licik macam mana sekali pun, kebenaran pasti terbongkar juga. Bukan satu perkara kecil apabila menggunakan duit rakyat untuk 'bail-out' syarikat kroni.

Rakyat membayar cukai dan menyimpan wang persaraan dalam badan milik kerajaan bukan untuk suka-suka.

Tapi, Mirzan dan Mahathir menyalahgunakan wang itu untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.

Ini baru satu perkara yang terbongkar, mungkin ada banyak lagi yang mereka dah lakukan tapi kita tidak tahu.

Pastinya, bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Sunday, December 17, 2023

Sultan Johor Membangun Negeri, Mengispirasi Rakyat


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menunjukkan kepimpinan dan sumbangan yang signifikan, sekali gus memberikan impak besar kepada Bangsa Johor serta negeri berkenaan.

Baginda dikenali sebagai pemimpin yang berwibawa dan berdedikasi. Komitmen dan usaha Sultan Ibrahim berjaya membangunkan dan memakmurkan Johor.

Selain itu, Baginda turut berjaya memupuk perpaduan dan keharmonian dalam kalangan Bangsa Johor.

Sultan Ibrahim bukan sahaja memerintah tetapi juga memberi bakti kepada Bangsa Johor, menerusi pelbagai inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Melalui kepimpinan Sultan Ibrahim memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, Johor dijadikan contoh kemajuan di negara ini.

Salah satu pencapaian terbesar Sultan Ibrahim dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini adalah Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-17.

Pelantikan Sultan Ibrahim merupakan penghormatan yang tinggi dan menandakan peranan penting Baginda dalam kepimpinan negara.

Sultan Ibrahim bakal memulakan tugasnya sebagai YDPA pada 31 Januari 2024, menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahannya pada 30 Januari tahun yang sama.

Meskipun belum memulakan tugas secara rasmi, Baginda telah melakukan banyak usaha dan pertemuan bersama menteri-menteri kerajaan serta Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan.

Sultan Ibrahim turut bertitah tidak akan berlembut kepada sebarang pihak yang cuba melakukan 'onar' kepada rakyat dan negara sepanjang Baginda menjadi YDPA.

Pelantikan Baginda sebagai YDPA menggembirakan dan memberi keterujaan kepada rakyat negara ini yang sedia maklum dengan kepimpinan Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim merupakan pemerintah yang sangat mementingkan kebajikan rakyat.

Baginda sering menekankan kepentingan dalam membantu kehidupan orang ramai agar kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Baginda adalah individu pertama yang akan turun padang serta menghulurkan bantuan kepada Bangsa Johor sekiranya ditimpa bencana atau musibah.

Sewaktu pandemik Covid-19 melanda negara ini, Sultan Ibrahim memberikan sumbangan 300,000 pelitup muka dan bekalan perubatan kepada Kerajaan Negeri Johor bagi meringankan beban Bangsa Johor ketika saat-saat sukar tersebut.

Baginda turut memberikan sumbangan peribadi sebanyak RM5 juta bagi membeli peralatan keperluan hospital di Johor dalam menangani pandemik Covid-19.

Bukan itu sahaja, Sultan Ibrahim turut bermurah hati memberi sumbangan kepada mangsa banjir, mangsa ribut serta mangsa kebakaran di Johor.

Malah, Sultan Ibrahim pernah mengurniakan lebih bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bernilai RM1.4 juta bagi tahun 2019 kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) untuk membantu Bangsa Johor yang kurang berkemampuan.

Sayangnya Baginda kepada Bangsa Johor juga terlihat apabila kerap kali pasukan perubatan peribadi Sultan Ibrahim memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa-mangsa kemalangan.

Sultan Ibrahim pernah bertitah kepada pasukan perubatannya untuk sentiasa menolong rakyat yang berada dalam kecemasan.

Sultan Ibrahim sangat mementingkan perpaduan antara kaum dan menghormati sentimen keagamaan di Johor.

Baginda acapkali memberi penekanan kepada semua Bangsa Johor agar tidak menyebarkan virus perpecahan yang menggangu kestabilan negeri berkenaan.

Sultan Ibrahim menitahkan agar mana-mana penceramah agama yang hendak menyampaikan ceramah di Johor perlulah memiliki tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi mengelakkan sebarang penyebaran ilmu Islam yang songsang.

Baginda juga pernah menolak penubuhan cawangan Muhammadiyah bagi mengelak kekeliruan, perbalahan dan perpecahan umat Islam di Johor.

Selain itu, Sultan Ibrahim berkenan menjadi pendamai dalam mencari penyelesaian terhadap isu perobohan sebuah kuil Hindu di Seri Alam, Johor pada 2018.

Baginda bertitah satu lokasi baharu disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk membina semula kuil berkenaan dan turut memberikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada jawatankuasa kuil tersebut.

Sultan Ibrahim pada setiap tahun turut memberi amaran kepada ahli-ahli politik Johor untuk tidak saling berbalah atau Baginda akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Baginda kerap memberi pesanan dan nasihat kepada ahli-ahli politik serta penjawat awam di Johor agar memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat.

Sultan Ibrahim tidak pernah sesekali berkompromi sekiranya ada ahli politik yang cuba mengganggu gugat kestabilan di Johor.

Ketegasan Baginda menjadi bukti apabila Kerajaan Negeri Johor tidak pernah mengalami pergolakan sesama Exco negeri atau perbalahan dalam sidang DUN.

Walaupun berbeza pendapat atau pandangan politik, Kerajaan Negeri Johor sangat efisien dalam menjalankan tugas masing-masing.

Kepimpinan Sultan Ibrahim amat diperlukan dalam situasi kurang stabil negara ketika ini.

Jadikan Johor sebagai contoh terbaik. Sangat jarang mendengar Johor bergolak di bawah pimpinan Sultan Ibrahim.

Kepimpinan Sultan Johor yang berdedikasi dan tegas demi kesejahteraan Bangsa Johor telah menyumbang kepada situasi aman di negeri tersebut.

Apabila Sultan Ibrahim ditabal secara rasmi sebagai YDPA pada tahun depan, ketegasan Baginda paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Di bawah kepimpinan Sultan Ibrahim, negara akan memasuki era baharu yang lebih stabil dan maju.

Monday, October 30, 2023

Kes Syed Saddiq: Rakyat Mahu Keadilan Segera!


Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa atas empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram berjumlah RM1.12 juta.

Pada 22 Julai 2021, Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan iaitu bersubahat untuk melakukan pecah amanah dana Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA) berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 8 Mac 2018 dan 6 Mac 2019 di CIMB Bank Berhad di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pada 5 Ogos 2021, Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 6 Mac 2019 di CIMB Bank Berhad di Jalan Dato' Abdullah Tahir di Johor.

Kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama dengan dua pertuduhan sebelumnya.

Berdasarkan kronologi, kes ini telah berlangsung sejak Julai 2021 dan sehingga kini masih belum mendapat keputusan muktamad daripada mahkamah.

Mengapa mahkamah lambat membuat keputusan terhadap kes Syed Saddiq meskipun semua bukti sudah dikemukakan?

Sumber: https://www.thesundaily.my/cerita/berita/kronologi-kes-pecah-amanah-ubah-wang-haram-salah-guna-harta-syed-saddiq-PF10048403


Apakah impak atau kesan apabila mahkamah membuat keputusan terhadap kes Syed Saddiq?

Kes Syed Saddiq mencetuskan ketidakpastian dan ketegangan dalam situasi politik serta sosial selain mengganggu proses demokrasi dan keadilan dalam negara.

Kes berkenaan melibatkan peranan atau kedudukan Syed Saddiq sebagai seorang pemimpin politik yang berpengaruh di negara ini.

Malah, kes terbabit membabitkan implikasi atau akibat yang besar kepada imej negarakepada negara asing. Pelabur khususnya akan melihat Malaysia tidak efisien menyelesaikan kes rasuah terutamanya melibatkan ahli politik di negara ini.

Justeru, kes Syed Saddiq sewajarnya perlu diselesaikan dengan segera oleh mahkamah tanpa sebarang penangguhan yang terlalu lama.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1076734/kes-pecah-amanah-syed-saddiq-pembelaan-tutup-kes


Dalam pada itu, Syed Saddiq dilihat menggunakan pelbagai strategi untuk memanjangkan tempoh perbicaraan kes tersebut.

Contohnya, pada 23 Ogos 2021, Syed Saddiq memohon empat pertuduhan yang dihadapinya itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Syed Saddiq mendakwa bahawa dia mempunyai hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan saksama selain percaya Mahkamah Tinggi lebih sesuai untuk menangani kesnya yang kompleks serta rumit.

Pada 24 Mac 2022, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pindaan berhubung kes pecah amanah dan menyalahgunakan wang milik ARMADA.Dia mendakwa tidak bersubahat dengan mana-mana pihak untuk melakukan pecah amanah atau salah guna harta tersebut dan hanya menjalankan tugasnya sebagai Ketua ARMADA pada masa itu.

Syed Saddiq juga mendakwa tidak mengetahui atau terlibat dalam pengubahan wang haram tersebut dan hanya menggunakan wang tersebut untuk tujuan-tujuan yang sah dan bermoral.

Pada 21 Jun 2022, Syed Saddiq membela diri di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid.

Dia mendakwa dia adalah mangsa fitnah dan persekongkolan politik serta dan tidak melakukan apa-apa kesalahan yang dituduhkan ke atas dirinya.

Namun, semua dakwaan itu sehingga kini belum dapat dibuktikan secara sahih.

Malahan, taktik pasukan pembelaan menggunakan ibu bapa Syed Saddiq sebagai saksi pembelaan turut menjadi persoalan.

Adakah ini satu usaha pasukan pembelaan untuk mempengaruhi emosi juri dan hakim terhadap Syed Saddiq?

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-bapa-syed-saddiq-dakwa-anaknya-ditekan-sokong-muhyiddin-367459

https://harakahdaily.net/index.php/2022/03/24/syed-saddiq-berdepan-dua-pertuduhan-pindaan/


Pada 19 Januari 2022, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menasihati Syed Saddiq agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung kes berkenaan.

Hakim memberikan nasihat itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, memberitahu mahkamah, Syed Saddiq sebelum ini ada membuat hantaran di Facebook mengenai perjalanan kesnya di media sosial, seolah-olah ia adalah pembelaan awal dalam kes sedang dihadapi beliau.Teguran itu perlu dilakukan oleh pihak mahkamah kerana Syed Saddiq cuba menggunakan media sosialnya sebagai taktik untuk mempengaruhi pendapat orang ramai dan cuba menyembunyikan kebenaran.

Malah, tindakan terburu-buru Syed Saddiq mengeluarkan hantaran sedemikian di media sosialnya menunjukkan bahawa dia seolah-olah resah dengan perjalanan perbicaraan kes tersebut.

Mengapa perlu resah sekiranya yakin tidak bersalah? Hanya orang yang bersalah sahaja akan merasa resah atau bimbang.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/913230/bukan-larang-cuma-nasihat-orang-lebih-matang-kepada-syed-saddiq


Mahkamah perlu membuat keputusan yang cepat berhubung kes Syed Saddiq.

Kelambatan keputusan kes bukan sahaja mencerminkan keseluruhan sistem kehakiman semata-mata tetapi juga mempengaruhi persepsi rakyat terhadap keadilan serta pemerintahan negara.

Kes Syed Saddiq adalah berprofil tinggi dan mahkamah perlu membuat keputusan dengan segera bagi menafikan sebarang cakap-cakap bahawa sistem kehakiman dibayangi oleh politik.

Bukti sudah dikemukakan tetapi sehingga kini tiada keputusan yang dibuat.

Ketika rakyat menunggu keputusan, banyak spekulasi dan persepsi negatif akan berlegar-legar dalam fikiran orang ramai.

Jangan biarkan wujud ruang untuk persepsi dan dakwaan tidak berasas orang ramai sehingga menjejaskan kestabilan dan kepercayaan rakyat terhadap institusi pemerintahan negara.

Tuesday, September 5, 2023

Annuar Zaini Makan Gaji Buta


Ahli Dewan Negara Perak merangkap Penasihat Sultan Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berhentilah bermain politik.

Masih ramai rakyat Perak tidak menikmati kemudahan asas. Bayangkan untuk mendapatkan kemudahan Internet di Perak pun kena tunggu lawatan rasmi Perdana Menteri.

Bila Perdana Menteri suruh, barulah terhegeh-hegeh mahu buat kerja.

Sepatutnya Mohd Annuar duduk berbincang di meja bulat bersama-sama Exco Perak untuk mengenalpasti permasalahan rakyat Perak.

Bentangkan kepada Istana Perak untuk diambil tindakan segera. Tak perlu tunggu wakil Kerajaan Pusat turun padang.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kampung-orang-asli-tonggang-bakal-dapat-starlink-pm-anwar-434379


Sebagai individu yang paling hampir dengan Sultan Perak, sepatutnya Mohd Annuar mengambil inisiatif untuk menasihati atau memberi idea kepada Sultan Perak agar menggesa kerajaan negeri Perak untuk menangani isu terbabit dengan kadar segera.

Sebaliknya, Mohd Annuar lebih berminat untuk campur tangan dalam urusan politik kerajaan Perak.

Sehinggakan Mohd Annuar sanggup mengatakan fitnah kepada ahli politik yang tidak disukainya semata-mata mahu membentuk kerajaan acuannya sendiri di Perak.

Apa sahaja kerajaan yang dibentuk di Perak, semuanya ada campur tangan Mohd Annuar.

Sebab itu, Perak sering kali berdepan dengan krisis politik. Semuanya berpunca daripada campur tangan Mohd Annuar.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1030104/annuar-zaini-minta-maaf-kepada-setiausaha-bersatu-perak


Mohd Annuar juga menggunakan pengaruh media untuk mengeluarkan pelbagai kenyataan tentang bermacam-macam isu.

Masakan tidak, anaknya sendiri adalah penulis bagi sebuah portal terkenal di negara ini.

Dia akan menggunakan nama anaknya sebagai medium untuk melontarkan pandangannya dalam portal berkenaan.

Salah satu isu adalah Mohd Annuar mendesak YDPA untuk mempercepatkan pelantikan Perdana Menteri baharu pada 2021.

Siapakah Mohd Annuar untuk mendesak YDPA? Apakah tugas dia sebenarnya? Adakah dia merupakan penasihat YDPA?

Sewajarnya Mohd Annuar tidak boleh mencampuri apa jua urusan berkaitan pelantikan atau pemecatan Perdana Menteri.

Mungkin disebabkan dia adalah penasihat Sultan Perak, maka dia merasakan berhak untuk campur tangan atau melontarkan komen yang sebenarnya tidak perlu untuk dibangkitkan oleh dirinya.

Mohd Annuar sepatutnya fokus dalam menguruskan tanggungjawabnya di Perak sebagai Ahli Dewan Negara dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Sumber: https://www.thevibes.com/articles/news/36370/king-has-less-than-48-hours-to-remove-pm


Soal pertikaian tentang isu tanah rizab Melayu di Perak juga gagal diselesaikan oleh Mohd Annuar.

Sebanyak 3,412 hektar tanah rizab Melayu direkodkan bukan milik Melayu seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2019 Siri 2 Negeri Perak.

Laporan itu turut mendedahkan sebanyak 3,417 hektar tanah rizab Melayu adalah milik perseorangan Cina.

Sebagai Yang diPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Mohd Annuar sepatutnya melindungi pemilikan tanah milik orang Melayu dan Islam di negeri itu.

Namun, Perak dikatakan gagal mematuhi Enakmen Rizab Melayu 142 dan membiarkan golongan bukan Melayu untuk memperoleh tanah rizab Melayu secara tidak sah.

Sumber: https://themerdekatimes.com/news/2023/01/3214-hektar-tanah-rizab-melayu-perak-dimiliki-bukan-melayu


Sebagai individu yang berpengaruh di Perak, sepatutnya Mohd Annuar lebih memikirkan soal kesejahteraan rakyat Perak berbanding sibuk mencampuri urusan politik negeri itu.

Mohd Annuar gagal melindungi hak orang Melayu di Perak walaupun itu adalah tugas hakikinya.

Dia lebih berminat menambah koleksi jawatannya dari masa ke semasa.

Tak guna pegang 10 atau 20 jawatan, kalau amanah itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk rakyat.

Tuesday, August 22, 2023

PAS Lupa Matlamat Sebenar


PAS sekali lagi cuba bermain dengan sentimen agama untuk menarik perhatian orang ramai.

Kali ini, PAS mahu menyerang rakyat Johor pula. Tak pelik apabila PAS tiba-tiba menyerang rakyat Johor kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bakal berlangsung tidak lama lagi.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa rakyat Johor kurang kesedaran politik Islam menyebabkan parti itu gagal menawan hati rakyat Johor.

Mengapa mahu membangkitkan isu kurangnya kesedaran politik Islam?

Penting ke perkara itu untuk diamati oleh orang ramai dalam memilih atau menyokong sesebuah parti politik khususnya rakyat di Johor?

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/pas-hadi-awang/


Abdul Hadi mengatakan Johor merupakan negeri terawal penubuhan parti itu.

Dia kena sedar pandangan orang ramai terhadap sesebuah parti sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

Pada awal penubuhan PAS, parti itu bermatlamat memperjuang nilai Islam dan menyubur perpaduan dalam kalangan rakyat.

Namun, matlamat itu kini tidak selari dengan perjuangan PAS sekarang.

PAS lebih gemar bermain isu perkauman dan agama semata-mata mahu menjatuhkan lawan politiknya.

Rakyat tidak mahu parti sebegitu, sebaliknya rakyat memilih parti politik yang menjamin kesejahteraan kehidupan mereka khususnya dalam era penuh mencabar ini.

Sumber: https://www.getaran.my/artikel/politik/31300/pas-mainkan-retorik-agama-kaum-demi-kuasa-cakap-tak-serupa-bikin


PAS atau Abdul Hadi sudah boleh berhenti menggunakan Islam sebagai senjata politik mereka.

Tak perlu menilai keperibadian dan akhlak rakyat sekiranya memilih untuk tidak menyokong PAS.

Rakyat bebas memilih sesiapa yang mereka suka dan tidak semestinya menyokong parti lain, iman dalam diri komuniti Islam di negara ini berkurangan.

Jangan terlalu tamakkan kuasa, sehingga membuat tuduhan tak berasas kepada orang lain terutamanya kepada orang ramai.

Politik hanya politik, jangan gunakan Islam untuk kepentingan peribadi dan menyemai hasutan dalam diri rakyat.

Sumber: https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/11/pas-sudah-boleh-berhenti-main-sentimen-hukum/


Daripada sibuk berbicara soal rakyat negeri lain, tiada salah PAS memberi fokus kepada rakyat di negeri yang diperintah oleh mereka.

Lupakah tentang isu air di Kelantan yang masih belum selesai sejak berdekad lamanya?

Ada rakyat Kelantan meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial dengan isu air di negeri itu yang tidak selesai.

Keperluan asas rakyat adalah satu perkara penting perlu dititikberatkan oleh seseorang pemerintah.

Kalau menjaga keperluan asas rakyat pun gagal, tak usah sibuk tentang hal rakyat di negeri lain.

Cukup-cukuplah PAS, jangan terlalu galak menggunakan retorik agama sebagai bahan politik.

Islam tidak mengajar umatnya untuk saling menghasut atau memburukkan orang lain.

PAS perlu berbalik kepada matlamat asalnya iaitu mengamalkan politik sihat.

Parti itu wajar menyedari bahawa rakyat menolak PAS kerana telah lari daripada matlamat asal.

PAS juga perlu tahu, bukannya PAS satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di negara ini.

Mahathir Licik Alih Kontroversi Dirinya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini mengumumkan siasatan pengisytiharan harta terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr...