Tuesday, August 9, 2022

Siapa Raja Segala Kroni Sebenarnya?

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nampaknya tidak berhenti menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang masih belum siap.

Syed Saddiq meminta Najib menjelaskan siapakah kroni yang berada di belakang syarikat pembinaan kapal tersebut iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

Malangnya, Syed Saddiq sebelum hendak 'menjatuhkan hukum' kepada pihak lain, selidik dahulu siapa pemilik syarikat berkenaan.

Bak kata orang, jangan main terjah sahaja.

Kalau Syed Saddiq baca artikel ini, mohon hadam betul-betul fakta yang diberikan.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/08/08/syarikat-boustead-milik-ltat-tu-kroni-siapa-tanya-najib-kepada-syed-saddiq/

Pemilik kepada syarikat tersebut adalah Amin Shah Omar Shah.

Untuk pengetahuan Syed Saddiq sendiri, Amin Shah adalah kroni kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim.

Amin Shah merupakan 'boneka' yang berselindung di sebalik permainan kotor Tun Daim sendiri ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.

Amin Shah digelar sebagai 'Mr. MOU'. Mengapa digelar sedemikian? Kerana Amin Shah hanya ditugaskan oleh Tun Daim untuk berada di hadapan kamera setiap kali MOU ditandatangani.

Mudah bukan kerjanya?

Secara ringkasnya, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd merupakan hasil kerja kotor Tun Daim dan Amin Shah.

Asas untuk mengambil alih projek pengkalan tentera laut di Lumut, Perak telah bermula jauh sebelum tahun 1993 lagi.

Mula-mula Menteri Kewangan dan TUDM menubuhkan syarikat usahasama Naval Dockyard Sdn. Bhd. pada tahun 1990, ketika Daim menjadi Menteri Kewangannya.

Langkah itu memang diatur untuk mengambil alih kesemua projek membina dan menyelenggara kapal tentera di Lumut.

Pada awal 1991, Amin Shah dan dua adik beradiknya telah menubuhkan syarikat Business Focus Sdn. Bhd.

Setahun kemudian dia membeli 100% kepentingan dalam Penang Shipbuilding Corp. Sdn. Bhd (PSC) dengan kos RM29 juta yang dibayar melalui pinjaman bank dengan saham PSC sebagai kolateral.

Pada tahun 1993, permainan korporat ini semakin mula menyerlah dengan Business Focus merancang untuk mencantumkan PSC dengan Sedap Food & Confectionary Bhd, untuk membolot kontrak membina dan menyelenggara kapal TUDM itu.

Sedap Food & Confectionary Bhd juga merupakan syarikat yang bersangkut paut dengan Daim.

Kalau Syed Saddiq masih buat-buat tidak nampak juga, tidak tahulah. Patut soalan berkenaan kroni ini, ditanyakan kepada Mahathir dan Daim.

Sumber: http://lib.perdana.org.my/PLF/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1996-1998/1996aj/business%20focus%20adds%20tema.pdf

Kalau bercakap tentang kroni ini, Mahathirlah 'pemenangnya'.

Banyak kontrak-kontrak kerajaan diberikan kepada anak-anak dan sekutu rapatnya.

Paling hampir, melibatkan Mukhriz dan Mokhzani.

Pada 1994, Sarawak memberikan kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada syarikat Tanjung Tiara Sdn Bhd.

Ironinya, pengerusi syarikat berkenaan adalah Mukhriz.

Anda semua boleh meneka siapa Perdana Menteri ketika itu, bukan?

Seterusnya, adakah kontrak-kontrak yang diberi kepada Mokhzani ketika Mahathir merupakan penasihat Petronas adalah hasil daripada usaha Mokhzani sendiri? Sudah tentu tidak.

Sumber: https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/

Mahathir sebelum ini tidak segan silu menyatakan sokongannya kepada projek tambak laut milik Widad Business Group Sdn Bhd di Langkawi.

Mahathir mendakwa ia merupakan projek yang baik dan menerima jumlah pelaburan yang tinggi.

Jika tidak silap, projek yang sama ditangguhkan ketika beliau menerajui kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Menurut para aktivis alam sekitar, projek ini akan menjahanamkan kestabilan ekosistem marin perairan Langkawi.

Namun sebenarnya, pemaju hartanah yang mengetuai projek tersebut adalah Ting Pek Khiing. Pek Khiing merupakan sekutu rapat kepada Mahathir dan salah seorang ‘ahli kartel lama’ Mahathir, Tun Daim Zainuddin.

Mahathir pernah meminta Pek Khiing menyiapkan sebuah projek pembinaan hotel di Langkawi dan didakwa turut terlibat dalam membina sebuah rumah Mahathir di Langkawi.

Banyak lagi projek yang ‘dianugerahkan’ oleh Mahathir kepadanya ketika era pemerintahan Mahathir selama dua dekad, termasuklah pembinaan Empangan Bakun di Sarawak pada 1994.

Sumber: https://www.thevibes.com/articles/news/3079/sarawak-tycoon-ting-pek-khiing-dies

https://www.nst.com.my/business/2018/05/375256/ting-pek-khiing-start-rm30b-langkawi-new-city-project

Tan Sri Lee Kim Yew yang merupakan pengasas dan pemegang saham terbesar The Mines Resort dan Country Heights Holdings, adalah sekutu Mahathir juga.

Kalau anda tak percaya, boleh rujuk sendiri rekod SSM.

Bukan sahaja Mahathir mempunyai lebih daripada 1 juta pegangan saham Golden Horse Palace Berhad, Mahathir juga merupakan salah satu daripada Pengarah kepada syarikat FlyJet Sdn. Bhd.

Syarikat terbabit adalah firma penerbangan jet peribadi yang turut dikongsi bersama Kim Yew.

Projek beliau di The Mines Resort di Seri Kembangan tidak akan berjalan jika bukan disebabkan pengaruh Mahathir.

Sumber: https://pakdin.my/mahathir-pemegang-saham-syarikat-jet-peribadi-flyjet-sdn-bhd/?amp=1

Apa lagi mahu dikatakan? Sudah terang lagi bersuluh, sekutu Mahathir juga yang terbabit dalam pelbagai isu melanda negara.

Syed Saddiq sewajarnya selidik dahulu sebelum mahu tuding jari pada orang lain.

Orang lain punya kerja, orang lain yang salah. Sehingga kini, Mahathir tidak langsung bersuara.

Takutkah dibongkar segala rahsia, Mahathir?

Sunday, July 17, 2022

‘Backup’ Kroni Ya, Syed Saddiq?

Pada Januari lalu, Kementerian Kesihatan menerusi Menterinya, Khairy Jamaluddin menyatakan komitmen untuk melaksanakan undang-undang larangan penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada mereka yang dilahirkan selepas tahun 2005.

Menurut Khairy, cadangan itu bagi memastikan negara dapat melahirkan generasi yang tidak merokok dan mengekang Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).

Tambah Khairy, Rang Undang-Undang (RUU) pelaksanaan larangan itu bakal dibentangkan pada Julai di Parlimen.

Namun, ada seorang insan yang berlagak seperti 'hero' cuba untuk membantanh cadangan tersebut.

Insan itu tidak lain, tidak bukan adalah Syed Saddiq.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/01/27/kerajaan-cadang-haramkan-penjualan-rokok-kepada-mereka-yang-lahir-selepas-2005-kata-kj/

Syed Saddiq memberi alasan bahawa larangan itu akan memberi kesan kepada peniaga kecil serta bakal menjejaskan produk lain seperti minuman beralkohol.

Selain itu, Syed Saddiq mendakwa bahawa larangan itu hanya akan 'mengembangkan' lagi penyeludupan rokok secara haram.

Kalau Syed Saddiq ada masa, belek-beleklah ruangan kesihatan di media massa atau media elektronik.

Sejak beberapa tahun lalu, pakar-pakar kesihatan sudah memberi amaran bahawa kadar penyakit NCD berada pada tahap membimbangkan.

Mengapa Syed Saddiq perlu menggalakkan orang ramai untuk membeli rokok lagi? Bukankah Syed Saddiq sebagai seorang figura awam, perlu memberi mesej yang baik kepada orang ramai?

Kalau imej yang ditonjolkan tidak baik, alamatnya tiada siapa nak sokong anda.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/873938/kes-penyakit-tidak-berjangkit-meningkat

Setiap tindakan Syed Saddiq mestilah datang dengan sebab. Kalau tidak, bukan Syed Saddiq namanya.

Kalau nak tahu, salah seorang ahli parti MUDA merupakan kakitangan di sebuah syarikat tembakau iaitu Japan Tobacco International.

Tambahan pula, individu itu adalah bekas setiausaha sulit Syed Saddiq ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan dulu.

Kalau larangan rokok dikenakan, tentu syarikat tembakau itu mengalami kerugian dan akhirnya bakal ditutup bukan?

Sebab itu, Syed Saddiq menentang sekeras-kerasnya larangan itu. Tak mahu kroninya hilang sumber rezeki.

Bukankah Syed Saddiq baik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad? Kalau kroninya hilang kerja, mintalah tolong Mahathir, apa susah!

Sumber: https://twitter.com/msiaterkini/status/1547115450131431424?s=24&t=SroZqMBoMeu-KXVXs9Uxlg

Tiada apa yang pelik tentang Syed Saddiq berhubung isu-isu rokok, arak dan dadah ini.

Sebelum ini, selamba sahaja ahli MUDA minum arak dan tidak segan-silu menayangkan perbuatan mereka di media sosial.

Paling memalukan, pergaulan bebas juga dilakukan dalam rakaman video berkenaan.

Jawapan Syed Saddiq, perkara itu tidak salah selagi tidak melanggar undang-undang.

Syed Saddiq memberi alasan parti itu boleh bertoleransi dengan pencemaran budaya sedemikian kerana ahli-ahlinya berbilang bangsa serta agama.

Dangkalnya alasan Syed Saddiq! Beliau perlu faham bahawa Malaysia merupakan negara Islam, agama rasmi juga Islam.

Di mana akidah Syed Saddiq apabila melihat ahli-ahli MUDA meneguk air syaitan itu? Sebagai seorang ketua atau khalifah di muka Bumi, sepatutnya Syed Saddiq lebih tegas dan menegah perbuatan itu!

Sumber: https://www.malaysianow.com/my/news/2022/01/05/apa-salahnya-ahli-minum-arak-kata-syed-saddiq

Perbuatan haram memang disukai oleh Syed Saddiq, agaknya. Sebab itu sanggup ambil rasuah berjuta ringgit.

Bagi alasan pula, duit itu digunakan untuk membaiki rumah.

Bak kata rakyat marhaen, Syed Saddiq ini hanya 'sembang kencang'!

Sebelum ini, minta orang Melayu jangan dekati rasuah tetapi hakikatnya, beliau sendiri mengambil rasuah.

Cukup-cukuplah mengeluarkan kata-kata berbentuk hipokrit. Rakyat sendiri muak.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/858677/syed-saddiq-arah-lupuskan-rm1-juta-saksi

Daripada beliau membantah cadangan Kementerian Kesihatan, apa kata beliau hanya duduk diam sahaja.

Ada sebab mengapa kerajaan membangkitkan cadangan itu. Masa anda jadi kerajaan, tak ada fungsi pun.

Sempat lagi bermain golf dan PS4 di pejabat. Nasihat untuk Syed Saddiq: berhentilah menjadi politikus!

Friday, June 24, 2022

Jangan Berlagak Suci, Syed Saddiq!

Ibu bapa kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa anak mereka dipaksa memberi sokongan kepada mantan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Keterangan itu dibuat ketika kes perbicaraan pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram terhadap Syed Saddiq.

Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, pada 6 Mac 2020.

Pengeluaran wang itu dibuat tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang sebanyak RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Armada Bumi Bersatu Enterprise merupakan syarikat yang didaftarkan atas nama Rafiq yang ditahan SPRM pada Jun 2020.

Armada Bumi Bersatu Enterprise dilaporkan telah tamat pendaftaran pada 3 Januari 2018 namun masih mengutip sumbangan dan derma menggunakan akaun syarikat tersebut serta menerima dana kempen PRU-14 sebanyak RM120,000.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, Kuala Lumpur, antara 8 hingga 21 April 2018.
Tidak cukup dengan itu, beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang sebanyak RM100,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan berkenaan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/854024/pendakwaan-akan-buktikan-syed-saddiq-berniat-jahat-tidak-jujur

Tahun lalu, Syed Saddiq sempat membuat 'live' di media sosial beliau untuk merayu sumbangan daripada orang ramai dalam menjelaskan ikat jamin beliau sebanyak RM 330,000.

Pada pandangan beliau, beliau tidak mempunyai duit untuk menjelaskan ikat jamin tersebut serta kos-kos guaman yang lain.

Adakah Syed Saddiq ini bodoh? Bukankah beliau sendiri sebelum itu mengatakan bahawa seluruh negara sedang mengalami kesan buruk daripada pandemik COVID-19?

Justeru, ramai orang sedang berada dalam keadaan susah dan mungkin juga tidak mempunyai duit langsung.

Inilah hipokrisi yang sering ditayangkan oleh Syed Saddiq. Tatkala orang ramai tengah susah, sempat pula dia ni meminta wang untuk hal sendiri seperti kos guaman – sedangkan beliau sering melakukan pelbagai gimik kononnya hanya beliaulah yang membantu penduduk Muar.

Apa yang rakyat Malaysia ataupun rakyat Muar akan dapat dengan menyumbang kepada 'fundraiser' beliau?

Sepanjang sesi bersama media dan di video live beliau pula, kita boleh nampak yang Syed Saddiq sedang bertungkus-lumus untuk mengalihkan perhatian daripada dua dakwaan ke atas beliau, kononnya semua ini hanyalah sebuah intimidasi politik.

Syed Saddiq turut menarik nama pemimpin-pemimpin BN yang lain, atas sebab apa?

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/615834

https://www.kosmo.com.my/2021/07/23/syed-saddiq-berjaya-kumpul-rm715573-dalam-masa-sehari/

Pada 2020, Syed Saddiq membuat laporan polis selepas wang dari peti besi di rumahnya sebanyak RM250,000 hilang.

Syed Saddiq menafikan wang berkenaan milik Bersatu.

Anehnya, wang itu hilang tanpa sebarang kesan pecah rumah dan kata kunci peti besi tersebut hanya diketahui oleh dirinya sahaja.

Persoalan yang timbul adalah milik siapakah wang berkenaan jika bukan milik Bersatu?

Bagaimana Syed Saddiq mampu mempunyai wang sebanyak itu sedangkan beliau hanya menjadi Menteri Belia dan Sukan selama 22 bulan?

Adakah wang berkenaan hasil dari Youth Power Club sebanyak RM50 juta, sebuah NGO yang dipimpin kroninya yang sehingga hari ini tidak nampak memberikan sumbangan kepada golongan belia mahupun inisiatif membangunkan golongan itu.

Sudah tentu duit itu telah ditelan oleh Syed Saddiq dan kroni-kroninya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/585644/sprm-siasat-kes-hilang-duit-milik-syed-saddiq

Syed Saddiq semakin bermain wayang apabila menyuruh ibu bapanya 'berbohong' tentang beliau dipaksa menyokong Muhyiddin.

Sekiranya Syed Saddiq tidak bersalah, bagaimana empat pertuduhan dikenakan terhadapnya?

Jangan berlagak seperti anda terlalu suci, Syed Saddiq. Anda mungkin ingat anda boleh selamat sekiranya berada di bawah Mahathir, namun anda silap.

Hentikan sandiwara anda selama ini kerana hakikatnya anda seorang pengamal rasuah!

Monday, May 30, 2022

Syed Saddiq, Tolong Jangan Terus Hipokrit!

Selepas Datuk Zuraida Kamaruddin 'lompat parti' daripada Bersatu ke Parti Bangsa Malaysia (PBM), Syed Saddiq pun 'memunculkan' dirinya dengan menafikan dia adalah katak politik.

Dakwanya, dia digugurkan daripada Bersatu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, dia mendakwa tidak pernah mengkhianati mandat diberikan oleh rakyat kepadanya dalam PRU-14.

Namun Syed Saddiq lupa bahawa banyak perbuatannya selama ini seumpama 'cakap tak serupa bikin'.

Apakah Syed Saddiq lupa bahawa dia pernah mempelawa Khairy Jamaluddin untuk menyertai Bersatu pada 2019?

Tak ada pula nak ungkit tentang 'khianat mandat rakyat' pada ketika itu? Sekarang baru nak ungkit?

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/582021/syed-saddiq-pelawa-kj-sertai-bersatu

https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1530744755696836609

Syed Saddiq juga jangan lupa bahawa dia membawa masuk Nurainie Haziqah, seorang katak politik muda yang memang terkenal dengan pelbagai parti yang disertainya sejak 2018.

Rujuk sahaja gambar di bawah ini. Berapa banyak parti yang disertai oleh Nurainie dalam tempoh empat tahun.

Amat ironi apabila MUDA sendiri yang menarik diri daripada bertanding dalam PRN Melaka atas alasan tidak mahu bekerjasama dengan katak-katak politik, tetapi sanggup menerima kehadiran Nurainie dalam parti mereka, bahkan juga memberi jawatan kepada Nurainie dalam barisan kepimpinan!

Amat bodoh jika mantan Menteri Belia dan Sukan kita ini tidak sedar betapa bencinya rakyat Malaysia terhadap katak-katak politik sikap hipokrit Syed Saddiq.

Apa keperluan MUDA untuk serap masuk katak politik seperti Nurainie, yang sebelumnya tidak pernah membuat apa-apa sekalipun untuk rakyat Malaysia? Ini langsung tidak menguntungkan rakyat, dan tidak mencerminkan wadah baru politik yang rakyat Malaysia perlukan.

Amat jauh lagi perjalanan MUDA jika ia ingin menjadi sebuah parti bertauliah.

Agak lama kita mendengar tentang visi politik baharu yang akan dibawakan oleh MUDA, namun sehingga ke hari ini masih lagi tiada perubahan.

Namun ramai juga yang sedia maklum bahawa parti ini hanyalah sebuah keldai yang ditunggang oleh Syed Saddiq untuk kekal relevan, dan juga dipergunakan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memecahkan sokongan anak muda terhadap parti-parti lain, selain untuk mengukuhkan posisi beliau dan kroni-kroni seangkatan beliau.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2021/04/warisan-pejuang-muda-boleh-bentuk-kerajaan-baharu/

Syed Saddiq kata dia dipecat, namun Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan pada 2020 mengesahkan bahawa Syed Saddiq keluar dengan sendirinya.

Kalau mentornya, Mahathir keluar dari Bersatu, tentu dia pun akan ikut sekali bukan. Mana boleh berenggang, kedua-duanya ada agenda politik yang perlu 'dilunaskan' oleh mereka.

Maka, Syed Saddiq tak perlu nak buang masa untuk tegakkan benang yang basah. Sudah terang-terangan dia keluar dengan sendirinya bersama Mahathir.

Katak tetap katak, akui sahaja.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/05/28/tun-m-mukhriz-syed-saddiq-antara-yang-dipecat-dari-bersatu

Syed Saddiq mengatakan dia adalah seorang individu yang berprinsip dan tidak akan membuat sesuatu perkara membuta tuli serta mendakwa 'katak politik' berada dalam kerajaan hari ini.

Adakah Syed Saddiq masih lupa bahawa dia antara 'manusia paling gembira' apabila Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin menyertai Bersatu?

Kena banyak makan kismis ini, banyak sangat Syed Saddiq lua apa yang pernah dia buat sebelum ini. Bahkan 'tweet' dia menyokong Mustapa dan Mas Ermieyati sudah dipadam daripada Twitter miliknya? Kenapa padam? Malukah?

Namun, tiada yang pelik tentang Syed Saddiq, semua apa yang dikatakan adalah hipokrit semata-mata.

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/05/29/syed-saddiq-panas-hati-dilabel-antara-ahli-parlimen-lompat-parti/

Ramai juga yang lupa tentang janji Syed Saddiq untuk mewujudkan satu juta pekerjaan jika beliau berjaya diundi sebagai wakil rakyat pada 2018 dan pelbagai lagi janji-janji manis yang ditaburi.

Namun, janji tinggal janji. Anak muda Malaysia tidak mendapat peluang pekerjaan yang lebih mampan, malah lebih teruk lagi apabila graduan kita terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah di Singapura manakala Syed Saddiq masih sempat untuk membuka francais Santan baru beliau.

Sumber: https://freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/12/05/malaysian-grads-working-as-rubbish-collectors-shine-in-spore/

https://ohbulan.com/syed-saddiq-buka-kedai-makan-jual-nasi-lemak-nasi-ayam

Seterusnya, dia telah mewujudkan Youth Power Club, sebuah NGO yang dipimpin kroninya dan menyalurkan RM50 juta kepada Youth Power Club (YPC) yang sehingga hari ini tidak nampak adanya satu sumbangan kepada golongan belia mahupun inisiatif membangunkan golongan itu. Sudah tentu duit itu telah ditelan oleh Syed Saddiq dan kroni-kroninya.

Ramai yang mungkin telah lupa tentang 'kehilangan' wang Syed Saddiq di rumah beliau pada tahun lalu yang berjumlah lebih kurang RM 250,000.

Logik jika kita kata yang duit di rumah Syed Saddiq itu mungkin adalah duit haram yang diselewengkan daripada peruntukkan YPC ketika Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Sehingga ke hari ini, Syed Saddiq masih tidak menjelaskan kepada orang ramai dari mana dia mendapat duit tersebut dan mengapa dia simpan duit tersebut di rumah beliau. Malangnya, orang ramai seakan-akan lupa tentang kejadian ini dan masih lihat Syed Saddiq sebagai sosok politik yang diperlukan oleh anak muda Malaysia.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/585644/sprm-siasat-kes-hilang-duit-milik-syed-saddiq

Hipokrit dan Syed Saddiq bagaikan irama dan lagu, tak boleh berpisah. Sekejap kata itu, sekejap kata ini.

Berpendirian teguhlah Syed Saddiq, barulah rakyat akan percaya kata-kata anda!

Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Tak perlu lagi menyorokkan kenyataan atau fakta bahawa anda sebenarnya katak politik.

Saturday, May 14, 2022

MUDA Hanya ‘Bercakap Kosong’, Apa Jadi Janji Parti Itu?

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada PRN Johor lalu mengumumkan lima teras dalam manifesto mereka.

Lima teras yang digariskan adalah kepimpinan bertenaga dan pantas; mengamalkan demokrasi prorakyat; membela golongan pertengahan (M40), merapatkan jurang kelas masyarakat dan kemajuan ekonomi untuk semua.

Ujar parti berkenaan, lima teras tersebut dibuat bersandarkan kepada suara rakyat Johor pada waktu itu.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/03/07/prn-johor-muda-umum-manifesto-janji-wakil-rakyat-pantas-responsif/

Sejak penubuhannya, parti Muda menjadi antara parti yang aktif melontarkan desakan, gesaan atau kecaman kepada segala sistem yang dirasakan tidak wajar dipraktikkan lagi di Malaysia.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/04/20/clp-exam-a-waste-of-time-says-muda-veep/
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/04/14/muda-calls-for-reforms-after-15th-custodial-death-this-year/

Namun Muda juga perlu memahami istilah 'Gajah di hadapan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak'.

Baru-baru ini, Muda mendesak agar kerajaan memberi perhatian kepada kesihatan mental susulan kematian seorang doktor pelatih di Pulau Pinang.

Parti tersebut turut menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan terperinci dan mengumumkan laporan secara telus kepada rakyat.

Sumber: https://twitter.com/mudapulaupinang/status/1522160327403929600

Namun, ada pihak mengecam tindakan parti berkenaan.

Menurut ciapan seorang warganet, parti itu seharusnya lebih kolektif dalam 'menyantuni' masalah rakyat dan bukan sekadar mengikut arus semata-mata.

Parti terbabit sepatutnya menjalankan kajian lebih mendalam berkaitan kakitangan KKM dan bukannya sekadar memberi fokus kepada para doktor sahaja.

Malahan, ada juga pihak yang mempersoalkan 'kehilangan' Muda ketika rakyat mendesak agar kerajaan membenarkan Pengeluaran Khas KWSP sebelum ini.

Jika dilihat, salah satu teras manifesto Muda PRN Johor adalah membela golongan M40. Mengikut statistik, golongan M40 paling ramai memohon Pengeluaran Khas tersebut iaitu sebanyak 59 peratus.

Maka, tindakan Muda yang 'mendiamkan diri' di kala rakyat mendesak kerajaan untuk membenarkan Pengeluaran Khas KWSP sebelum ini, mengecewakan sebilangan orang ramai.

Selain itu, Muda turut dikecam oleh sebuah pertubuhan yang memperjuangkan nasib golongan autisme turut mempersoalkan agenda sebenar Muda untuk meraih sokongan orang ramai.

Menurut pertubuhan itu, Muda sering memperjuangkan tentang isu diversiti namun tidak memberikan sokongan sewajarnya ketika diminta berbuat demikian.

Sumber: https://twitter.com/AutsomeKch/status/1512007001429397508

Sebelum ini, Muda dipuji kerana merupakan antara pihak terawal yang menghulurkan bantuan ketika bencana banjir besar di Lembah Klang pada Disember tahun lalu.

Namun, pelbagai isu kurang enak didengari menyebabkan kredibiliti Muda turut tercalar dalam sekelip mata.

Syed Saddiq sebelum ini pernah berkata, golongan pengundi kini lebih bijak memilih dan bukan jaminan bagi Muda untuk mendapat sokongan daripada pengundi muda khususnya.

Syed Saddiq dan ahli partinya perlu berusaha lebih keras bagi memastikan apa yang cuba dijanjikan dapat dikotakan.

Jangan sekadar cakap sahaja, rakyat sudah muak bak kata Syed Saddiq sendiri.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/198562/BERITA/Politik/Rakyat-muak-dengar-sasaran-kerusi-politik-Syed-Saddiq

https://www.sinarharian.com.my/article/186375/Pilihan-Raya/PRN-Johor/Muda-tidak-ambil-mudah-kehadiran-750000-pengundi-baharu

Muda merupakan parti yang tidak sampai setahun jagung namun untuk bersaing dan melaksanakan manifesto atau janji-janji yang dilontar, nampaknya masih jauh lagi perjalanan parti tersebut.

Tambahan pula, untuk meraih sokongan orang ramai, Muda perlu melakukan strategi yang lebih dinamik selain hanya 'pandai berkata-kata' di media massa dan elektronik.

‘Isi perjuangan’ Muda juga perlu diteliti semula. Hakikatnya, MUDA sudah gagal. Parti itu sebelum ini memperjuangkan isu hak kebebasan bersuara dan LGBT.

Namun ideologi liberal mereka tidak padan dengan aspirasi pengundi muda luar bandar. Perjuangan mereka jauh lebih padan dengan keperluan orang muda di bandar.

Perjuangan untuk agenda liberal sama sekali tidak akan membawa pembangunan kepada masyarakat luar bandar.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2021/04/28/masalah-parti-muda-adalah-syed-saddiq/

Thursday, May 5, 2022

End of Mahathir and Bersatu

It seems that we keep some folks are just so desperate for attention that they are willing to say anything just to elicit a response.

In another Malaysiakini interview, Mahathir to the shock of no-one, admitted that the PN government was trying to get him on board.

This is nothing new of course, after all, it was Mahathir’s own folly that gave us this government in the first place.
Who can forget the shocking turn of events at the start of the pandemic, where the resignation of Tun Dr Mahathir following his party BERSATU’s withdrawal from the Pakatan Harapan coalition led to the fall of the 22-month-old government?

What was more shocking was his U-turn to burn all bridges with either MN or PH, by calling for a unity government without the inclusion of many of his cabinet members from Pakatan Harapan.

This of course cements the theory that it was a power grab by Tun Dr Mahathir all along. This is eerily reminiscent of the 1988 judicial crisis, which saw the judiciary of the country shaken to the point of no recovery.

Why should we continue entertaining the old man?

In his pursuit of his “imagined” Malaysia, Mahathir had turned UMNO and the component parties of Barisan Nasional into a powerful patronage machine – a literal “one-stop shop for handouts and favors”. In order to push whatever “reforms” he saw necessary he crippled every single institution that was supposed to serve as a check and balance to an overreaching executive.
He often sacrificed integrity to secure obedience–and when he couldn’t hand an institution to a loyalist, he would bypass them altogether.

The check and balances established by our founding fathers were dismantled by the same individual who holds power today and ironically it seems that he’s trying to “reform” it in Malaysia Baru in the same manner.

Now it will take time to reform the fundamental flaws our constitutional system in Malaysia that Mahathir created in his first term, but should we trust him alone to fix the system that he broke? On top of the long list of items on the reform agenda?

These include the agenda to correct the national economy and finances and the monumental task to clean up the mess of 1MDB, FGV, Felcra, TH, LTAT and many other mega scale scandals that have bled the nation dry.

Last but not least, there is the need to work out a greater understanding and consensus with royalty on the rule of law and system of constitutional monarchy as the foundation to our democracy.

If we are really to move towards Malaysia Baru, then it will perhaps require a rethink of how what kind of check and balances are required in an objective manner – and that means ignoring the narratives that were prevalent in the Mahathir era.

It must be disheartening for Tun Dr Mahathir to see his one last gambit to fall apart, as his final moments in power ended. One year on, we are still reminded that we are infinitely better off without him.

Wednesday, April 6, 2022

HIPOKRASI POLITIKUS DALAM MEMBICARAKAN TAMBAKAN LAUT

Baru-baru ini, Ahli Parlimen (MP) Muar, Syed Saddiq membuat kecoh berkenaan projek tambak laut di luar perairan pantai Muar, Johor. Kata Saddiq, projek tersebut bakal memberi kesan kepada alam sekitar dan mata pencarian 1,000 orang nelayan yang tinggal di kawasan tersebut.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/614727

Projek yang dimaksudkan adalah Maharani Energy Gateway, yang merupakan satu inisiatif untuk menjadikan Muar sebagai sebuah hab tenaga dan pelabuhan laut dalam. Projek ini sebenarnya telah pun melepasi peringkat “environmental impact assessment” (EIA) dan konsultasi bersama lebih 482 responden.

Majoriti daripada mereka tidak membantah. Apa tidaknya, projek ini akan membawa nilai pembangunan setinggi RM99 bilion dalam masa 10 tahun! Bahkan, sebanyak 26,769 jumlah pekerjaan baharu akan tercipta – dan kebanyakannya akan dapat dipenuhi oleh penduduk tempatan yang rata-ratanya tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Sumber: https://malaysia.news.yahoo.com/johor-sultans-sea-reclamation-venture-020255988.html

Walaupun demikian, MP seperti Syed Saddiq tidak habis-habis mengecam perkembangan ekonomi yang boleh dibawa projek ini. Beliau pandai menggunakan media sosial dan menghebahkan kepada semua pandangan terpencil terhadap projek ini. Beliau langsung tidak mengendahkan limpahan ekonomi dan pembangunan yang dapat disumbangkan kepada penduduk sekitar Muar, Tangkak dan sebagainya. Ini lah masanya untuk penduduk berdiri di kaki sendiri dalam mencari rezeki!

Sebenarnya, politikus seperti beliau bersikap pilih kasih dalam isu projek tambakan tanah. Pernahkan anda mendengar beliau mempersoalan projek-projek lain yang bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, tetapi juga melibatkan korupsi besar-besaran? Sudah tentu tidak.

Kita ambil contoh Projek Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang. Umum sedia maklum bahawa dalam proses pembidaan projek ini, mantan Menteri Kewangan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, telah meminta 10% daripada keuntungan projek ini dibayar kepada beliau. Perkara ini telah didedahkan oleh Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group sendiri dalam bicara kes ini di mahkamah. Bukan itu sahaja, Guan Eng juga telah dituduh oleh pihak pendakwaraya atas kesalahan menerima wang rasuah sejumlah RM3.3 juta.

Sumber: https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2021/12/755255/businessman-reveals-how-guan-eng-asked-10pct-profit-bribe

Tetapi, pernahkan politikus seperti Saddiq mempersoalkan integriti mereka yang terlibat dalam projek ini. Kenapa tidak Saddiq pernah mempersolkan bagaimana projek ini tidak pernah pun melepasi pentaksiran EIA? Ini kerana pihak kerajaan negeri Pulau Pinang sedia maklum bahawa projek ini boleh mengancam ekosistem laut perairan negeri itu. Yang lebih menarik, peguam kepada Guan Eng itu sendiri juga merupakan seorang politikus pembangkang. Nampak sangat berat sebelah!

Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/s/35194

Tahukah anda bahawa kerajaan negeri Kedah sudah pun menerima pembayaran komitmen sebanyak RM4.5 juta untuk meluluskan projek tambak laut yang melibatkan pembinaan 99 buah pulau dalam satu kerjasama antara Widad Business Group dan sebuah syarikat asing dari United Arab Emirates? Antara komponen projek ini adalah rumah kelab dan padang golf, projek perumahan dan pusat beli belah.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/23/projek-tambak-laut-rm40-bilion-langkawi-seperti-dirancang-kata-sanusi/

Apa kaitan projek-projek sebegini dengan pembangunan Langkawi – yang merupakan sebuah pulau yang kaya dengan keindahan alam sekitar? Menurut aktivis-aktivis alam sekitar, projek ini akan menjahanamkan kestabilan ekosistem marin perairan Langkawi, seperti mana yang terjadi di negara-negara Arab di Timur Tengah. Bahkan, ada kemungkinan pasir dan batu juga akan dikuari dari Langkawi itu sendiri dan mengakibatkan pencemaran udara kepada penduduk setempat.

Sumber: https://www.thevibes.com/articles/news/42633/99-reclaimed-islands-a-death-knell-for-langkawi-environment-tourism-warn-ngos

Sudah terang lagi bersuluh. Tetapi, tidak pula nampak batang hidung politikus seperti Saddiq dalam mempertikaikan projek ini. Jelasnya, politikus sebegini hanya berminat untuk menghentam projek-projek yang menguntungkan rakyat Johor. Kerana mereka ini telah termakan dengan umpan politik Tun Mahathir yang telah lama menzahirkan rasa iri hati terhadap kedudukan strategik negeri Johor. Sebagai rakyat, kita harus berhati-hati daripada dipengaruhi oleh politikus hipokrit sebegini.

Syed Saddiq Terus Bersikap ‘Hollywood’

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini sekali lagi menjadi tumpuan selepas cuba mendedahkan isu pelaburan syarikat ...