Friday, December 12, 2025

Perjuangan Melayu Mahathir Hanya Ilusi

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengumumkan penganjuran Konvensyen Melayu 153 bagi ‘membincangkan’ secara menyeluruh kedudukan serta tafsiran Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Dakwa Mahathir, konvensyen itu menjadi medan penting untuk memperhalusi hak dan keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Perkara 153.

Mahathir turut mendakwa Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) akan memberi implikasi besar terhadap dasar luar serta keselamatan negara.

Dia sebelum ini turut mendakwa perjanjian berkenaan tidak mengikut Perlembagaan dan mengancam keistimewaan Bumiputera.

SUMBER: https://malaysiabangkit.com/perjanjian-art-tengku-zafrul-beritahu-mahathir-jangan-manipulasi-sentimen-bumiputera/

Sekarang baru mahu memperjuangkan tentang tafsiran Perkara 153?

Sebelum ini, Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali dan lebih dua dekad memerintah negara.

Tiada pula Mahathir kisah tentang mahu memperhalusi tafsiran tersebut.

Mahathir sebenarnya mahu memperjuangkan hak orang Melayu atau hendak selamatkan kekayaan diri sendiri dan anak-anaknya?

Sewaktu berkuasa dahulu, berapa ramai orang bukan Melayu yang dia sendiri jadikan sebagai taikun perniagaan?

Mahathir lupa siapa Eric Chia, Ananda Krishnan, Vincent Tan, Lee Kim Yew?

Bukankah individu-individu berkenaan yang menjadi pilihan utama Mahathir apabila ada projek mega yang mahu dibangunkan di negara ini?

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/420694/kronisme-ciptaan-dr-mahathir-lebih-teruk

Di manakah Mahathir ketika para peniaga Melayu merayu supaya mereka diberikan peluang untuk membangunkan perniagaan sendiri?

Ramai usahawan Melayu bertaraf kecil dan sederhana terpaksa berjuang bersendirian tanpa sokongan daripada kerajaan dipimpin Mahathir.

Jika benar mahu memperhalusi Perkara 153, mengapa tidak melakukannya dari dulu?

Mahathir patut memberi peluang sewajarnya kepada peniaga Melayu ketika kuasa berada di tangan.

Sepatutnya itu adalah masa terbaik untuk membuktikan komitmennya terhadap kaum Melayu.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/22-tahun-saya-gagal-ubah-orang-melayu-tun-m-43735

Ketika Mahathir berkuasa, tanah rizab Melayu hanya tinggal 17 peratus.

Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang tamat pada 1990 hanya capai 23 peratus pemilikan ekuiti Melayu-Bumiputera.

Dia juga pernah memaksa dan menghalau penduduk Melayu dari Kg. Semarak, Kg. Abdullah Hukum, Kg. Samudera, Kg. Lindungan, Kg. Pantai Luar dan lebih 30 kampung Melayu di Kuala Lumpur.

Mahathir juga yang memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Maternatik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atas alasan Bahasa Inggeris adalah lingua franca.

Mengapa sekarang mahu menganjurkan konvensyen untuk memperjuangkan orang Melayu?

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/

Berhentilah memakai topeng dan berpura-pura mahu menjadi hero orang Melayu.

Cukup-cukuplah mahu menipu rakyat dengan retorik bahawa orang Melayu kian terancam di bawah kerajaan ketika ini.

Orang Melayu tidak memerlukan bantuan Mahathir kerana sudah mampu berusaha dengan kudrat sendiri.

Orang Melayu boleh bersatu tanpa Mahathir.

Mahathir hanya berkhayal bahawa tanpa dirinya, Melayu akan hancur di negara ini. Berhentilah berilusi, Mahathir.

Perjuangan Melayu Mahathir Hanya Ilusi

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengumumkan penganjuran Konvensyen Melayu 153 bagi ‘membincangkan’ secara menye...