Kertas Pandora yang didedahkan oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) pada tahun lalu menunjukkan isteri, anak-anak dan rakan perniagaan Tun Daim Zainuddin memiliki aset sebanyak 141 juta.
Itu nilai harta mereka. Belum lagi sembang soal harta peribadi Tun Daim. Walaupun nama beliau tidak disenaraikan dalam senarai manusia terkaya di Malaysia, namun timbul pelbagai pendedahan tentang jumlah kekayaan dimiliki olehnya.
Tun Daim dikatakan memiliki kekayaan berbilion Ringgit dan mempunyai pegangan di berpuluh cawangan bank seluruh dunia.
'Sungguh hebat' bukan Tun Daim? Bukan calang-calang orangnya. Mampu kaut wang sebanyak itu, malahan boleh diletakkan dalam senarai manusia terkaya dunia.
Bagaimana Tun Daim mampu memiliki kekayaan sebanyak itu? Mari kita bongkar apa taktik kotor dan licik manusia bernama Daim Zainuddin ini.
Sumber: https://thecoverage.my/richest-man-in-malaysia-worth-rm-65-billion-in-the-bursa-malaysia/
Rasanya ramai sedia maklum, Tun Daim adalah orang kanan atau proksi Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Daim pernah jadi Menteri Kewangan di bawah pemerintahan Mahathir sebanyak dua kali. Beliau pernah juga menjadi Bendahara UMNO di bawah Mahathir.
Kedua-dua mereka sangat licik. Soal penyelewengan umpama makanan buat Mahathir dan Tun Daim.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendedahkan Tun Daim pernah memindahkan RM1 bilion ke dalam sebuah akaun di sebuah bank di Switzerland sebelum Malaysia mengenakan kawalan ke atas mata wang Ringgit.
Anwar melaporkan perkara itu kepada Mahathir tetapi Mahathir hanya mendiamkan diri.
Rupa-rupanya, akaun berkenaan adalah milik bersama Mahathir dan Tun Daim. Begitu licik permainan Mahathir dan Tun Daim.
Dikatakan ketika ini, nilai harta Mahathir dan Tun Daim bernilai kira-kira RM200 bilion di luar negara.
Gaji sebagai Perdana Menteri dan Menteri bukanlah banyak sehingga mampu mengumpul harta ratusan bilion Ringgit.
Kalau dihitung pun, hanya mampu cecah kira-kira juta Ringgit sahaja jika dikira tempoh perkhidmatan kedua-dua 'anasir' tersebut dalam kerajaan.
Sumber: https://www.thethirdforce.net/how-daim-moves-his-billions/
Ketika kebanyakan kanak-kanak lelaki memiliki peranti dan alat permainan, anak kepada Tun Daim menjadi pemilik firma Kepulauan Virgin Britain pada usia sembilan dan 12 tahun.
Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim lahir pada tahun 1995 dan 1998 masing-masing menjadi pemegang saham Newton Invest & Finance Limited (BVI) pada tahun 2007, yang memiliki hartanah di London bernilai GBP10 juta waktu itu.
Menurut Kertas Pandora, mereka adalah pemegang saham bersama dengan ibu mereka, Naimah Abdul Khalid, yang merupakan isteri ketiga bekas menteri kewangan itu.
Menjelang tahun 2017, ketika adik beradik ini menjangkau usia awal dua puluhan, mereka menjadi pemilik beberapa syarikat luar pesisir yang ditubuhkan di tempat perlindungan cukai itu, termasuk Splendid International Ltd (BVI) yang memiliki hartanah London bernilai GBP12 juta (kira-kira RM65 juta pada kadar pertukaran 2017).
Newton Invest & Finance Limited (BVI) dan Splendid International (BVI) adalah antara senarai firma pemegang amanah dan syarikat berkaitan dengan Daim yang diperbadankan di tempat perlindungan cukai berkenaan.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/593928
Tun Daim juga menjadi antara 'orang penting' yang terlibat dalam skandal Forex BNM sehingga mengakibatkan negara kerugian RM30 bilion antara 1992-1994.
Dalam buku tulisan Barry Wain bertajuk 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', penulis mendedahkan Mahathir meletakkan wang hasil skandal berkenaan sebanyak RM60 bilion di bawah nama Tun Daim.
Mahathir dan Tun Daim juga menggunakan Anwar sebagai 'benteng' untuk mereka menutup segala kebenaran tentang skandal tersebut.
Sayangnya, Mahathir dan Tun Daim tidak pernah dihukum berhubung skandal berkenaan, sebaliknya Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaffar Hussein pada ketika itu, dipaksa meletakkan jawatan.
Sejak pemergian Jaffar pada 1998, Mahathir dan Tun Daim masih selamat daripada dikenakan sebarang hukuman. Betapa licik dan kejamnya mereka.
Gara-gara permainan politik wang mereka yang kotor, orang lain menjadi mangsa.
Sumber: https://www.malaysia-today.net/2017/02/01/mahathir-and-daim-used-anwar-to-hide-the-us10-billion-forex-loss/
Tun Daim sehingga ke hari ini, berlagak seperti tokoh korporat yang suci. Walhal, beliaulah individu yang memanipulasi pasaran saham dan melakukan kerja-kerja kotor dengan Mahathir.
Selagi Mahathir bernyawa, sukar untuk kita lihat orang tua keparat seperti Tun Daim meringkuk dalam penjara.
Beliau kelihatan seperti seorang yang 'low profile' tetapi hakikatnya dalang di sebalik skandal ketirisan wang yang berlaku di negara ini.
Kerajaan sepatutnya tubuh satu badan siasatan khas menyiasat kembali semua skandal yang berlaku ketika era pemerintahan Mahathir dan Tun Daim. Biar mereka juga meringkuk di dalam penjara besi.
Friday, September 23, 2022
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mahathir Perlu Terima Hukuman Hilang Pulau Batu Puteh
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan berdepan siasatan berhubung isu kehilangan Pulau Batu Puteh pada 2018. Isu ini...
-
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin terus menerus menyerang Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim. Mahathir menggunakan be...
-
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil Mirzan Mahathir bagi membantu siasatan berhubung isu aktiviti perniagaan...
-
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Ra...