Friday, June 6, 2025

Sampai Bila Mahathir Nak Tipu Melayu?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengumumkan satu lagi gerakan yang kononnya memperjuangkan kaum Melayu.

Bukankah dulu Mahathir pernah menubuhkan gagasan Gerakan Tanah Air pada 2022?

Kononnya untuk memperjuangkan kaum Melayu ketika itu, namun apa jadi dengan gagasan berkenaan?

Mahathir mendakwa terlalu banyak kumpulan yang mahu menyatukan orang Melayu namun hanya membawa kepada perpecahan dan menggagalkan matlamat perjuangan.

Adakah Mahathir bercakap tentang dirinya sendiri? Bukankah dia sendiri yang mencetuskan perpecahan dalam kalangan orang Melayu?
Mahathir lupa perpecahan orang Melayu telah bermula sejak dia mengedarkan surat layang kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa rusuhan kaum 1969.

Mahathir mendakwa Tunku Abdul Rahman adalah punca kepada berlakunya peristiwa itu dan memintanya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dia turut mendakwa orang-orang kerajaan serta ahli-ahli UMNO serta PAS telah hilang kepercayaan kepada Tunku Abdul Rahman.

Namun, tindakan Mahathir itu disifatkan sebagai kurang ajar dan dia dipulau oleh ahli-ahli UMNO.

Tunku Abdul Rahman merasa sedih dengan tindakan Mahathir dan mengatakan surat layang tersebut telah memusnahkan jasa serta sumbangannya selama 17 tahun.

Surat layang itu menjadi salah satu punca Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri setahun kemudian.

SUMBER: https://thepatriots.asia/surat-terbuka-tun-dr-mahathir-kepada-tunku-abdul-rahman/


Mahathir punca parti-parti Melayu berpecah. Paling ketara adalah tindakan Mahathir terhadap UMNO.

Mahathir menyebarkan hasutan kepada ahli-ahli UMNO untuk membenci pemimpin yang menggantikan dirinya.

Mahathir bertelagah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Pertelagahan itu menyebabkan perpecahan serta melemahkan orang Melayu.

Disebabkan pertelagahan berkenaan, wujudlah parti-parti seperti PKR, Bersatu dan sebagainya.

Mahathir sendiri tubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) kerana kecewa dengan Bersatu.

Salah siapa? Tentulah salah Mahathir. Perbuatan dia sendiri telah melemahkan UMNO atau golongan Melayu sehingga ke hari ini.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/630819


Perjuangan Mahathir untuk orang Melayu hanya retorik semata-mata sehingga kini.

Bermacam dakwaan dia keluarkan berkenaan orang Melayu. Melayu malas, Melayu hilang segala-galanya.

Walhal, ketika dia memerintah negara selama 22 tahun, apa sahaja yang dibuat oleh Mahathir untuk orang Melayu?

Mahathir sendiri mengatakan dia gagal membantu orang Melayu. Bagaimana tidak gagal kalau asyik memberi 'kelebihan' kepada kroninya sahaja?

Orang Melayu yang dibantunya hanya kenalan rapatnya sahaja termasuk keluarganya sendiri.

Mahathir sebenarnya sangat hipokrit terhadap orang Melayu!

SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/proklamasi-melayu-tanda-tun-m-pernah-pinggir-melayu/

https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/


Sudah-sudahlah bermain dengan naratif 'perjuangan Melayu'.

Melayu sendiri sudah mampu berusaha untuk memajukan diri mereka di negara ini.

Kaum Melayu tidak memerlukan pemimpin lapuk seperti Mahathir.

Mahathir hanya merosakkan dan memecahbelahkan kaum Melayu.

Dia sebenarnya hanya berjuang untuk dirinya sendiri, bukan untuk orang Melayu.

Friday, April 11, 2025

Mahathir Diktator Sebenar Negara


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri ketika ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan kecenderungan sebagai diktator.

Dia mendakwa parti-parti politik di negara ini terutamanya pembangkang perlu 'mendengar cakap' Perdana Menteri.

Ada sahaja yang tidak kena di mata Mahathir. Daripada hal sekecil-kecil kuman sehinggalah sebesar saiz gajah, semuanya salah.

Kalau hendak sebut siapakah pemimpin paling diktator dalam sejarah Malaysia, ramai sudah tahu siapakah orangnya.
Tiada pemimpin yang lebih diktator daripada Mahathir di Malaysia ini.

Siapa boleh lupa peristiwa Ops Lalang yang dijalankan oleh Mahathir pada 1987?

Gara-gara tidak berpuas hati dengan pihak yang cuba mencabar kepimpinannya dalam UMNO pada masa itu, Mahathir mengarahkan Ops Lalang dilaksanakan.

Lebih 100 orang aktivis, wartawan dan ahli politik ditahan ketika itu, tanpa dibicarakan di mahkamah.

Susulan Ops Lalang, Mahathir memperkenalkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk menyekat media daripada mengkritik kerajaan.

Setiap media perlu memperbaharui lesen setiap tahun dan jika dibatalkan, pembatalan itu tidak boleh dicabar di mahkamah.

Penerbit berita boleh dipenjara sehingga tiga tahun sekiranya menyebarkan berita palsu.

Akta itu hanya digunakan sebagai alasan Mahathir untuk mengetatkan lagi kebebasan berpolitik serta bersuara.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/columns/155852


Gara-gara tidak berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir melakukan pindaan ke atas perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988.

Mahathir berbuat demikian bagi menyekat kuasa badan kehakiman serta menyusun semula kedudukan mahkamah dalam sistem pentadbiran negara.

Pada masa yang sama, Mahathir bersama sekutunya menyerang dan memburukkan hakim mahkamah secara terbuka menerusi media.

Dalam pada itu, pihak mahkamah yang diketuai oleh Tun Salleh Abas memohon Yang Di-Pertuan Agong supaya bertitah agar campur tangan kerajaan dalam badan kehakiman dihentikan.

Namun, Mahathir lebih licik dan memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong agar Tun Salleh Abas digantikan atas faktor kesihatan serta tidak mampu lagi membuat sebarang keputusan mahkamah dengan baik.

SUMBER: https://iluminasi.com/bm/krisis-perlembagaan-1988-pertembungan-dr-mahathir-melawan-tun-salleh-abas.html


Allahyarham mantan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Noor yang memimpin PAS dari 1989 hingga akhir hayatnya pada 2002 pernah menceritakan betapa zalimnya Mahathir.

Mahathir menjadi dalang kepada tragedi Memali pada 1985 yang menyebabkan 14 orang terkorban.

Peristiwa itu berlaku selepas Mahathir mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menyerang kampung tersebut kerana dia mendakwa penduduk di situ menyokong PAS.

Mahathir juga dikatakan berada di Malaysia ketika peristiwa terbabit, bukannya di China seperti disebarkan kepada orang awam sebelum ini.

Allahyarham mengatakan orang zalim seperti Mahathir tidak akan mendapat rahmat Allah.

SUMBER: https://harakahdaily.net/index.php/2018/05/07/kisah-ustaz-fadzil-ahmad-awang-tentang-mahathir

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/373618/rci-memali-tiada-maaf-untuk-mahathir

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/08/312781/tun-m-dihantui-tragedi-memali


Zaman pemerintahan Mahathir lebih bersifat diktator daripada kerajaan sekarang.

Semua orang dikunci mulut dan tidak dibenarkan menentang Mahathir.

Sesiapa yang menentang, bakal menerima hukuman yang berat daripada Mahathir.

Jika ada perkara yang tidak memihak kepada dirinya, Mahathir akan campur tangan dan merombak struktur kerajaan.

Mahathir sebenarnya adalah diktator paling dahsyat di Malaysia.

Monday, March 3, 2025

Mahathir Yang Cuai, Tak Perlu Tuding Jari


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi meratib tentang isu Perjanjian Air Malaysia-Singapura.

Apa yang dia tidak berpuas hati dengan perjanjian berkenaan?

Mengapa ketika dia menjadi Perdana Menteri, Mahathir tidak mempercepatkan usaha rundingan semula perjanjian tersebut sekiranya benar sudah bertemu dengan Presiden negara berkenaan?

Kalau hendak bercakap tentang kerugian, sudah dijelaskan bahawa negara tidak berdepan sebarang kerugian berkaitan perjanjian berkenaan.

Apa sebenarnya yang Mahathir tidak berpuas hati tentang perjanjian tersebut?
Punca kegagalan perjanjian air itu adalah daripada Mahathir sendiri.

Mengapa Mahathir tidak membuat rundingan terhadap perjanjian terbabit pada 1987?

Kalau Mahathir hendak bercakap tentang kerugian sebanyak RM3 bilion kepada negara, bagaimana pula dengan kerugian yang terpaksa ditanggung akibat kegagalan rundingan itu?

Negara terpaksa menanggung kerugian hampir RM100 bilion kerana tidak mengkaji semula perjanjian berkenaan.Perjanjian yang ditandatangani pada 1962 itu menetapkan harga penjualan air mentah dari Malaysia kepada Singapura boleh dikaji semula selepas 25 tahun, iaitu pada 1987.

Namun, Mahathir yang menjadi Perdana Menteri bermula Julai 1981 hingga Oktober 2003, tidak melakukan sebarang kajian semula.

Tidak ada cadangan dibuat pada Singapura oleh Mahathir untuk kaji semula harga itu.

Sepatutnya, ketika inflasi pada 1987, negara sudah boleh jual air mentah pada harga RM1 untuk 1,000 gelen kepada Singapura jika perjanjian itu dikaji semula.

Tetapi kecuaian Mahathir menyebabkan negara kerugian mencecah RM100 bilion sepanjang tempoh 75 tahun.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/372175/dr-mahathir-punca-negara-rugi-hampir-rm100-bilion


Mengapa kerajaan sedia ada tidak mengadakan rundingan semula mengenai perjanjian itu?

Hal ini kerana, kos untuk Malaysia merawat sendiri air mentah adalah lebih tinggi berbanding sekiranya dibeli terus daripada Singapura.

Secara puratanya, kerajaan perlu membelanjakan sekitar 1.80 sen bagi setiap meter padu.

Justeru, ada timbal balik positif dalam perjanjian berkenaan, bukan negatif seperti didakwa oleh Mahathir.

Secara matematiknya, harga ditetapkan bagi membeli air terawat daripada Singapura adalah 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Dahulu Malaysia berjanji untuk membeli lima juta gelen sehari (MGD), tetapi negara beli sehingga 16 juta MGD ketika ini.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331563/kos-rawat-air-mentah-lebih-tinggi-berbanding-beli-dari-singapura


Sebenarnya, wujud dakwaan bahawa Mahathir menandatangani perjanjian untuk membenarkan Singapura mengambil-alih tanah Johor seluas 54,000 ekar atau 216 kilometer persegi untuk membina empangan di Sungai Linggiu.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Mahathir pada 1990.

Singapura hanya perlu membayar RM320 juta ganti-rugi, premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi.

Di bawah perjanjian tersebut, Singapura juga dibenarkan untuk mengambil air tanpa had dari Malaysia.

Mahathir juga mahu membina jambatan menghubungkan Malaysia dan Singapura namun ditolak oleh Singapura.

Timbul dakwaan bahawa syarikat milik kroni Mahathir yang terbabit dalam projek berkenaan.

Maka, tidak hairan mengapa Mahathir marah sangat dengan Singapura.

SUMBER: https://theunspinners.blogspot.com/2017/12/tun-daim-tahu-madey-keling-jual-negara.html


Mahathir sepatutnya memberi jawapan kepada persoalan mengapa dia tidak mengkaji semula harga air dijual Malaysia kepada Singapura ketika itu.

Wujud banyak spekulasi pasaran mengenai perjanjian pintu belakang tentang mengapa perjanjian air itu tidak dikaji semula pada 1987, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Gara-gara kecuaian Mahathir, negara terpaksa menunggu sehingga 2062 untuk mengkaji semula harga air tersebut.

Mengapa Mahathir mahu menuding jari kepada orang lain disebabkan kegagalannya sendiri?

Mahathir patut ingat kembali salah siapa dalam soal rundingan harga air tersebut.

Tuesday, January 28, 2025

Apa Motif Razak Baginda?


Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda sekian lama didakwa mempunyai kaitan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibbuu pada 2006.

Penglibatannya dalam kes berkenaan menjadi perdebatan hangat dalam kalangan rakyat negara ini.

Malah kes tersebut terus menjadi topik popular di dalam dan luar negara khususnya apabila melibatkan pembelian aset pertahanan Malaysia.

Kontroversi kes terbabit bukan hanya memberi imej yang kurang baik kepada negara, tetapi sistem keadilan Malaysia turut menerima impak buruk.

Ada pengkritik yang mendakwa berlakunya layanan 'double standard' berhubung hukuman terhadap Abdul Razak.
Abdul Razak merupakan pengarah syarikat yang dinamakan sebagai Terasasi (Hong Kong) Ltd.

Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.

Syarikat itu pada mulanya diperbadankan sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd pada Jun 2002.

Sejumlah AS$1.2 bilion jualan kapal selam Scorpene yang diperoleh daripada Kementerian Pertahanan Malaysia disalurkan kepada Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.

Abdul Razak pula mengakui menerima kira-kira 30 juta euro bagi khidmat konsultasi dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.

Namun, sebanyak 114 juta euro telah dibayar sebagai 'yuran' oleh syarikat Perancis dikenali sebagai DCNS kepada syarikat perunding Perimekar Sdn. Bhd.

Syarikat perunding tersebut sangat meragukan kerana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/194290


Abdul Razak dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya.

Model itu dikatakan tidak pernah menjadi jurubahasa untuk perjanjian pembelian kapal selam berkenaan atau terlibat dalam sebarang rundingan kontrak.

Abdul Razak sebenarnya memiliki motif peribadi untuk membunuh Altantuya.

Altantuya didakwa mengganggu Abdul Razak untuk mendapatkan bayaran sebanyak AS$500,000 daripada hasil perjanjian Scorpene dan syarikat perunding tersebut.

Namun Abdul Razak 'rimas' dengan perbuatan Altantuya dan mangsa ditembak mati serta diletupkan pada Oktober 2006.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/236909


Abdul Razak bagaimanapun masih belum dihukum sehingga kini dan hanya perlu membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa.

Namun Abdul Razak tetap gagal membayar ganti rugi tersebut, sehinggakan keluarga mangsa memfailkan notis kebankrapan terhadapnya.

Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dijatuhi hukuman mati.

Abdul Razak pula hanya dituduh bersubahat namun kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Sepatutnya Abdul Razak juga perlu menerima hukuman yang sama seperti Azilah dan Sirul Azhar.

Motif Abdul Razak adalah kuat iaitu dia mahu 'mendiamkan' mangsa daripada terus mengganggunya.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1270070/penafian-abdul-razak-baginda-tidak-bermakna-tanpa-testimoni-mahkamah


Kontroversi menyelubungi pembelian kapal selam Scorpene dan Abdul Razak penuh dengan tanda tanya.

Namun satu perkara yang jelas adalah pembelian kapal selam itu menyebabkan seorang manusia tidak berdosa maut.

Abdul Razak sewajarnya disiasat dengan lebih menyeluruh kerana dia memiliki motif yang kukuh.

Dia tidak sepatutnya dibebaskan tanpa menerima hukuman yang setimpal.Hanya kerana duit, Abdul Razak berubah menjadi manusia bertopengkan syaitan dan membunuh individu tidak berdosa.

Tuesday, December 10, 2024

Mahathir Perlu Terima Hukuman Hilang Pulau Batu Puteh


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan berdepan siasatan berhubung isu kehilangan Pulau Batu Puteh pada 2018.

Isu ini sangat penting memandangkan Pulau Batu Puteh merupakan simbol kedaulatan negara namun hilang di tangan negara lain sebegitu sahaja.

Mahathir memang wajar disiasat kerana keputusannya untuk menarik balik permohonan semakan kehakiman Pulau Batu Puteh, sejurus dilantik menjadi Perdana Menteri ketujuh amat diragui.

Dia terlalu memandang enteng usaha kerajaan terdahulu yang mahu mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh.

Mengapa Mahathir sewenang-wenangnya membiarkan Pulau Batu Puteh?

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1162900/siasatan-jenayah-boleh-dimulakan-terhadap-tun-m-berkaitan-kehilangan-pulau


Pulau Batu Puteh bukanlah sebarangan pulau, tetapi mempunyai kelebihan tersendiri.

Kedudukan Pulau Batu Puteh amat strategik di timur Johor iaitu laluan utama antara timur dan barat melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan manakala di barat Johor pula, ada Pulau Pisang.

Para nelayan sebelum ini menggelarkan kawasan berkenaan sebagai lubuk emas mereka mendapatkan hasil lautan.

Kira-kira lebih 1,000 orang nelayan berdaftar dengan Persatuan Nelayan Pengerang menangkap ikan di kawasan tersebut sebelum tidak dibenarkan berbuat demikian selepas perairan itu dikawal oleh kapal peronda Singapura sejak kira-kira 20 tahun lalu.

Sekiranya Pulau Batu Puteh menjadi milik Malaysia, para nelayan sudah tentunya gembira dengan khabar berkenaan dan mampu menuai hasil lautan di perairan terbabit.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/701237/berita/politik/tun-m-perlu-dikenakan-denda-sebab-kehilangan-batu-puteh---puad-zarkashi


Jika Pulau Batu Puteh tidak dituntut, Singapura bebas melakukan apa sahaja di pulau itu termasuklah melancarkan operasi ketenteraan dan penambakan.

Pada 1986, Singapura sudah mula melancarkan operasi ketenteraannya di pulau berkenaan dan meletakkan kapal perang berhampiran Pulau Batu Puteh.

Singapura juga menjadikan kawasan sekitarnya sebagai kawasan larangan sehingga menyebabkan para nelayan Malaysia tidak dapat melakukan aktivit itu.

Singapura pernah mengeluarkan kenyataan untuk membangunkan Pulau Batu Puteh.

Saiznya yang sebesar satu padang bola sepak, tidak mustahil boleh menjadi 20-30 saiz padang bola sepak selepas dibangunkan.

Malahan, Singapura dilaporkan mahu membina pangkalan tenteranya di kawasan tersebut, sekali gus akan mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia tentang soal keselamatan negara.

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/07/835894/singapura-mula-bangunkan-pulau-batu-puteh


Mahathir memberi alasan demi alasan untuk menyelamatkan diri tetapi kita semua tahu siapakah petualang yang menjual kedaulatan negara.

Banyak tindakannya mencurigakan. Dia menggantung tugas Peguam Negara dan Mahathir tidak membincangkan perkara itu ke Kabinet.

Alih-alih, keluar laporan Malaysia tidak akan meneruskan permohonan berkenaan.

Senang-senang sahaja Mahathir melepaskan kedaulatan Malaysia kepada negara lain.

Mahathir merancang sesuatu di belakang tabir.

Tidak mungkin Mahathir tidak mendapat sebarang 'pulangan' daripada hasil menjual kedaulatan negara kepada pihak lain.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/700831/berita/politik/pulau-batu-puteh-amanah-johor-sokong-tun-mahathir-disiasat


Mahathir setakat ini menafikan dia bersalah dalam hal kehilangan Pulau Batu Puteh.

Manusia seperti Mahathir memang tidak akan mengaku apa-apa walaupun terang-teranganya dia adalah penyebab hilangnya Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Siasatan perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan sebenar.

Mahathir perlu dijadikan 'pengajaran' untuk pemimpin muda supaya tidak mudah untuk 'melelong' kedaulatan negara sebegitu sahaja.

Kalau semua kedaulatan negara 'dilelong', apa sahaja yang tinggal untuk Malaysia?

Justeru, Mahathir wajar disiasat dalam apa jua cara sekali pun.

Tuesday, October 29, 2024

Latheefa 'Berat Sebelah' Soal RCI


Peguam dan aktivis sosial, Latheefa Koya baru-baru ini menggesa kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kes dua individu yang masih menunggu keadilan atas dakwaan serangan melibatkan kerabat diraja.

Latheefa mendakwa penubuhan RCI penting kerana polis dan Peguam Negara gagal menjalankan tanggungjawab berhubung dua kes tersebut.

Dia turut mendakwa prinsip kedaulatan undang-undang negara ini lemah.

Namun adakah Latheefa memahami bahawa RCI hanya digunakan untuk kes-kes bersifat nasional?

Tidak cukupkah beberapa mekanisme yang berperanan di negara ini untuk menangani isu-isu keadilan serta hak asasi manusia seperti Suhakam dan sebagainya?
RCI ditubuhkan untuk menangani isu nasional seperti skandal kewangan.

Contohnya isu melibatkan kerugian wang negara akibat skandal Forex membabitkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pada 1990-an.

Daim juga gagal mengisytiharkan hartanya yang dianggarkan berbilion ringgit Malaysia.

Mengapa Latheefa tidak menggesa Daim disiasat di bawah RCI?

Bukankah skandal kewangan yang dicetuskan oleh Daim menyebabkan negara kerugian berbilion dolar?

Isu Daim lebih bersifat nasional dan penting untuk disiasat secara menyeluruh di bawah RCI.

Adakah kerana Latheefa merupakan 'keldai' Daim sehingga dia 'lupa' untuk membangkitkan soal RCI berhubung kes bekas Menteri Kewangan?
Ketika pelbagai pihak mendesak siasatan dijalankan terhadap kehilangan Pulau Batu Puteh di tangan Singapura oleh Mahathir, di manakah Latheefa sewaktu itu?

Mengapa dia berdiam diri tentang isu berkenaan?

Adakah kehilangan kedaulatan negara tidak penting buat Latheefa?

Atau Latheefa terpaksa mendiamkan diri kerana pelakunya adalah Mahathir, rakan karib kepada Daim?

Hal ini menunjukkan Latheefa hanya berani membangkitkan soal RCI kepada pihak yang tidak memiliki kepentingan kepadanya.
Sejarah Latheefa dan kedua-dua ahli politik berkenaan sangat panjang serta rapat.

Latheefa bekerja dengan firma guaman Daim & Gamany, firma guaman yang berkaitan dengan Daim.

Daim menggunakan pengaruhnya ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh untuk meminta Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tanpa melalui jawatankuasa Parlimen.

Malah, pelantikan itu juga seolah-olah dibuat secara tergesa-gesa memandangkan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelumnya iaitu, Dato' Seri Shukri Abdul belum tamat lagi.

Mahathir mendakwa Shukri sendiri mahu meletakkan jawatan namun sebaliknya dia ingin menyelamatkan kroninya dengan melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya.

Semestinya, Latheefa Koya tidak akan mendakwa Daim serta konco-konconya dalam apa jua pertuduhan kerana mempunyai hubungan yang sangat baik dengan bekas Menteri Kewangan itu.

Perkara sama turut berlaku ketika ini apabila Latheefa mengunci mulut untuk menggesa RCI ditubuhkan terhadap kes membabitkan Mahathir dan Daim.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/571422/pelantikan-kp-sprm-tidak-dirujuk-jawatankuasa-parlimen


Tolonglah Latheefa. RCI bukan boleh ditubuhkan untuk kes-kes kurang kompleks.

Sekiranya RCI kerap ditubuhkan untuk kes-kes kecil, suruhanjaya siasatan itu tidak lagi eksklusif untuk isu-isu besar bersifat nasional.

Negara memiliki banyak mekanisme siasatan melibatkan kes-kes individu.

Biarkan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab mereka.Kenapa hanya berani bersuara tentang RCI apabila melibatkan kes-kes oleh pihak lain?

Sebaliknya mendiamkan diri apabila Daim dan Mahathir terbabit dalam kes lebih besar.

Friday, September 13, 2024

Mahathir Punca Parti-Parti Politik Berpecah


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti UMNO kini sudah menjadi pengikut Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Mahathir mengatakan UMNO tidak seperti dahulu yang mendominasi arena politik tanah air.

Namun, Mahathir lupa faktor atau punca UMNO menjadi seperti sekarang.

Faktor utamanya adalah Mahathir sendiri. Kalau bukan kerana Mahathir, UMNO tidak akan berada dalam keadaan sekarang.

Sedarkah Mahathir tentang kesilapannya kepada UMNO?
Mahathir punca parti UMNO berpecah. Mahathir menyebarkan hasutan kepada ahli-ahli UMNO untuk membenci pemimpin yang menggantikan dirinya.

Mahathir bertelagah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Pertelagahan itu menyebabkan perpecahan serta melemahkan orang Melayu.

Disebabkan pertelagahan berkenaan, wujudlah parti-parti seperti PKR, Bersatu dan sebagainya.

Mahathir sendiri tubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) kerana kecewa dengan Bersatu.

Salah siapa? Tentulah salah Mahathir. Perbuatan dia sendiri telah melemahkan UMNO atau golongan Melayu sehingga ke hari ini.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/630819


Kalau disingkap semula, Mahathir hanya menyatakan 'taat setianya' kepada sesuatu parti sekiranya tujuannya tercapai serta demi kepentingannya sendiri.

Sebagai contoh, Mahathir hanya menggunakan UMNO untuk menjalankan agendanya sahaja seperti mendapatkan 'kekayaan' untuk keluarganya.

Mahathir juga sanggup memecahbelahkan UMNO untuk mendapatkan kedudukannya. Apabila UMNO tidak lagi mengikut telunjuknya, Mahathir menubuhkan Bersatu.

Selepas 'menggunakan' Anwar dan Pakatan Harapan (PH) untuk mendapatkan semula pengaruh serta kuasanya, Mahathir mengkhianati mereka.

Janji Mahathir untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar tidak pernah ditunaikan kerana itu hanya mainan politiknya semata-mata.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/06/27/dr-m-punca-perpecahan-orang-melayu-kata-penganalisis/


Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mengapa Mahathir sanggup ludah ke muka sendiri apabila mengumumkan kerjasama dengan DAP ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)?

Rakyat percaya bahawa Mahathir hanya menggunakan pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk terus mempromosikan 'agenda Melayu serta Islamnya' selepas ditolak oleh UMNO.

Kit Siang malahan percaya Mahathir sudah berubah namun selepas peristiwa Langkah Sheraton, pemimpin DAP itu nyata kecewa dengan Mahathir.

Kit Siang mula sedar Mahathir hanya mempergunakan beliau dan DAP untuk mempromosikan agendanya sahaja.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/390813


Mahathir punca perpecahan orang Melayu dan UMNO. Itu adalah fakta yang tidak boleh dinafikan.

Mahathir sendiri pernah bekerjasama dengan DAP atau PKR untuk mendapatkan semula kuasa sebagai Perdana Menteri.

Kesilapan Mahathir telah meranapkan sebuah parti Melayu yang dahulunya gah.

Kalau bukan kerana Mahathir, UMNO mungkin boleh mendominasi lagi.

Namun gara-gara Mahathir, UMNO hanya boleh dikenang sebagai parti yang dahulunya gah tapi kini tidak lagi.

Mahathir perlu tuding jari ke arah diri sendiri. Jangan nafikan perkara yang terang-terangan adalah fakta.

Sampai Bila Mahathir Nak Tipu Melayu?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengumumkan satu lagi gerakan yang kononnya memperjuangkan kaum Melayu. Bukank...