Monday, February 13, 2023

Pemimpin MUDA Dan Tanggungjawab Wakil Rakyat


Tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen sangat besar.

Ahli Parlimen merupakan individu yang membawa medium penyampaian pendapat dan kehendak rakyat.

Ahli Parlimen juga merupakan penggubal undang-undang serta menjadi sebahagian mekanisme semak dan imbang ke atas kuasa eksekutif.

Sebagai wakil rakyat, antara peranan utama Ahli Parlimen adalah mewakili rakyat kawasan Parlimennya.

Maka, wakil rakyat menggalas tanggungjawab atau amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan jujur dan bijaksana seperti dimahukan oleh para penduduk kawasan Parlimen tersebut.

Sumber: https://www.malaysiasedar.com/2021/12/06/apa-sebenarnya-tugas-wakil-rakyat-bekas-ahli-parlimen-ini-jelaskan/


Baru-baru ini, Ahli Parlimen Puteri Wangsa, Amira Aisya Abdul Aziz mengumumkan dia akan menyertai International Visitor Leadership Program (IVLP) di Amerika Syarikat (AS) sehingga 27 Februari.

Pengumuman itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet dan orang ramai.

Terdapat warganet yang mempersoalkan tindakan Amira Aisya untuk meninggalkan kawasan Parlimennya selama sebulan.

Sebagai seorang wakil rakyat, Amira Aisya perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Puteri Wangsa.

Wakil rakyat perlu sentiasa responsif kepada keperluan rakyat. Tambahan pula, fenomena monsun yang sedang berlaku ketika ini, bila-bila masa sahaja boleh melanda kawasan sekitar Johor termasuklah Puteri Wangsa.

Tempoh sebegini yang perlu dititikberatkan oleh Amira Aisya. Sebagai wakil rakyat, Amira Aisya perlu mencurahkan tenaganya mempersiapkan Puteri Wangsa dengan sebarang keadaan yang tidak diingini.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/243647/berita/politik/adun-puteri-wangsa-terpilih-sertai-ivlp-di-as


Terdahulu, Amira Aisya mengatakan MUDA akan memberi fokus kepada suara rakyat sejurus Pilihan Raya Umum (PRU) tamat pada November tahun lalu.

Namun, tindakan Amira Aisya yang meninggalkan Puteri Wangsa selama sebulan tidak mencerminkan semangatnya untuk membawa suara rakyat.

Malah, program yang disertai itu atas kapasiti peribadi dan bukannya untuk menguruskan hal ehwal negara.

Amira Aisya seharusnya bijak untuk membezakan agenda yang lebih mustahak atau tidak.

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Amira Aisya sudah bermula dan tempoh selama beberapa tahun yang diberikan oleh penduduk Puteri Wangsa perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh beliau.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1034767/muda-fokus-kepada-suara-rakyat-selepas-tersisih-daripada-kabinet


Kelantangan Amira Aisya terhadap sesuatu isu terserlah menerusi hantaran dan ciapan di media sosialnya.

Namun, kritikan juga perlu dilemparkan kepada Amira Aisya kerana gagal mengulangi prinsipnya.

Wakil rakyat bukan dinilai daripada kritikannya tetapi kepada hasil usahanya menyantuni permasalahan rakyat.Masih banyak isu berbangkit yang belum diselesaikan oleh Amira Aisya di Puteri Wangsa.

Sewajarnya, Amira Aisya boleh menggunakan tempoh masa selama sebulan untuk menyelesaikan isu rakyat di Puteri Wangsa dan menolak dengan baik jemputan kedutaan Amerika Syarikat.

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/31/apabila-adun-muda-johor-sibuk-serang-kelantan/


Wakil rakyat diplih untuk membawa suara dan aspirasi rakyat untuk didengari demi kebaikan negara.

Sebagai rakyat, sudah pasti kita meletakkan harapan untuk wakil rakyat dipilih dapat menjalankan amanah dengan baik.

Jika wakil rakyat 'hilang' selama sebulan, rakyat umpama hilang tempat untuk bergantung dalam menyelesaikan isu yang dihadapi oleh mereka.

Masih banyak perlu dipelajari oleh Amira Aisya tentang tugas dan tanggungjawab sebenar seorang Ahli Parlimen.

Amira Aisya tidak boleh terlalu selesa dengan peluang yang sudah diberikan. Amira Aisya harus bertindak lebih matang serta agresif untuk menambat hati rakyat.

No comments:

Post a Comment