Saturday, November 12, 2022

Syed Saddiq Sekutu Zionis

Malaysia sememangnya tidak menyokong Israel dalam apa jua bentuk hubungan antarabangsa.

Rejim Zionis berbuat sesuka hati dengan melaksanakan kekejaman terhadap rakyat Palestin sehingga kini.

Namun, di Malaysia, ada juga pengkhianat yang cuba untuk menjalinkan hubungan dengan rejim Zionis laknatullah.

Pengkhianat itu pula, bukannya golongan rakyat biasa tetapi golongan figura awam yang sepatutnya berusaha menyekat sebarang kemasukan anasir-anasir luar negatif seperti orang Yahudi ke negara ini.

Malangnya, sebaliknya berlaku demi untuk kepentingan peribadi figura-figura berkenaan.

Salah seorangnya adalah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=329893424343861&set=pcb.329893501010520

Kelakarnya, sebelum itu, Syed Saddiq mengutuk Israel sebagai hipokrit terbesar dunia.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan pada 2019.

Alih-alih, dia bergambar pula dengan Pengerusi Yahudi Israel Sedunia, Alex Soros. Siap dibawa meronda seluruh Putrajaya.

Alex Soros adalah anak kepada hartawan Yahudi terkemuka dunia iaitu George Soros.

Siapa yang hipokrit sekarang ini, Syed Saddiq? Anda atau Israel?

Sumber: https://www.facebook.com/gerakanmuafakat/videos/4978763618877269/

Alex Soros turut memuji Syed Saddiq sebagai pemimpin muda Malaysia yang berwibawa dalam hantaran Instagram miliknya.

Mengapa Alex Soros begitu bangga dengan Syed Saddiq, yang terbukti tidak pernah membuat apa-apa semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH)?

Atau ada konspirasi di sebalik hubungan Alex Soros dan Syed Saddiq?

Berkemungkinan parti MUDA yang ditubuhkan oleh Syed Saddiq adalah 'alat' untuk menggerakkan aspirasi politik liberalnya.

Keinginan Syed Saddiq dan MUDA dalam membawa agenda liberal boleh dilihat dengan jelas sekali. Pelantikan peguam-peguam liberal, serta penglibatan golongan anti-Raja Raja Melayu, golongan yang menentang hak istimewa orang Melayu dan agama Islam.

Aspirasi seperti itu sudah tentu mendapat sokongan oleh golongan rejim Zionis bagi menjayakan agenda mereka untuk menyebarkan dakyah liberal di negara ini.

Sumber: https://www.thepatriots.asia/ketuanan-melayu-sudah-berakhir-syed-saddiq/

Pada Mac lalu, aktivis LGBT dan hak asasi manusia, Datuk Ambiga Sreenavasan dilihat menyokong MUDA ketika PRN Johor.

Ambiga juga merupakan Presiden BERSIH yang sering menganjurkan protes bagi membantah sesuatu isu di negara ini.

Namun hakikatnya, BERSIH pernah menerima dana daripada sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh George Soros iaitu Open Society Foundation.

Selain itu, Syed Saddiq juga bersekongkol dengan PH yang sebelum ini dikaitkan dengan ejen Mossad.

Bagi yang tidak tahu, Mossad merupakan kumpulan perisikan rejim Zionis dan mereka terbabit dalam satu insiden penculikan warga Palestin di negara ini.

Maknanya di sini, hubungan Syed Saddiq dan rejim Zionis sememangnya tidak boleh disangkal lagi.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1014808/pru15-ph-kerjasama-dengan-muda

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1015303/penahanan-ejen-mossad-pendirian-anwar-dipersoal

Sewajarnya, pengkhianat seperti Syed Saddiq yang hanya mahu menjayakan agenda liberalnya di negara ini, tidak lagi disokong.

Tambahan pula, dia cuba menjalinkan hubungan dengan rejim Zionis yang sememangnya terkenal dengan keganasan mereka terhadap penduduk Islam Palestin.

Syed Saddiq sebagai seorang beragama Islam, seharusnya malu dengan diri sendiri.

Hanya kerana tamakkan kuasa dan pengaruh, sampai sanggup bersekongkol dengan rejim Zionis laknatullah.

Kalau perlu usir Syed Saddiq, seharusnya usir sahaja dia dari negara ini demi kepentingan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment