Tuesday, November 1, 2022

Konspirasi LGBT Dalam MUDA

Isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kian menjadi-jadi di Malaysia sejak beberapa tahun ini.

Paling membimbangkan, parti politik seperti MUDA cuba menormalisasikan fahaman berbentuk liberal ini kepada khalayak ramai.

Apakah motif sebenarnya parti MUDA cuba menentang norma manusia, di kala Malaysia mengamalkan agama Islam sebagai agama rasmi.

Malahan, agama-agama besar dunia lain selain Islam juga tidak menggalakkan LGBT kerana bertentangan dengan norma seorang manusia normal.

Bayangkan, jumlah golongan itu meningkat hampir dua kali ganda pada 2018. Umpama satu kebetulan apabila ketika itu, Pakatan Harapan memerintah Malaysia dan jumlah tersebut meningkat.

Sumber: https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/08/letak-noktah-bendung-dari-awal-golongan-lgbt/

Syed Saddiq merupakan salah seorang menteri PH. Jangan kita lupa bahawa Syed Saddiq pernah melantik seorang 'pengikut' LGBT sebagai setiausaha akhbarnya ketika dia menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Individu terbabit adalah Nu'man Afifi yang merupakan Pengerusi Pelangi Campaign for Equality. Pertubuhan itu memperjuangkan golongan LGBT secara terang-terangan.

Paling menjijikkan, Nu'man juga pernah menganjurkan acara Big Gay Iftar pada 2017. Individu seperti itu yang dilantik oleh Syed Saddiq?

Mujur, pelantikan Nu'man dikecam oleh rakyat Malaysia ketika itu dan dia meletakkan jawatan hanya beberapa hari selepas menjadi setiausaha akhbar Syed Saddiq.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/446867/isu-gay-numan-afifi-letak-jawatan

Ingatkan Syed Saddiq tidak lagi menyokong LGBT selepas kes membabitkan Nu'man. Rupanya sangkaan itu meleset sama sekali.

Pada Mac lalu, aktivis LGBT dan hak asasi manusia, Datuk Ambiga Sreenavasan dilihat menyokong MUDA ketika PRN Johor.

Umum mengetahui, Ambiga merupakan penyokong tuntutan Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) dalam Penilaian Berkala Sejagat (UPR) oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR) di Geneva, Switzerland.

COMANGO telah mendesak agar kerajaan Malaysia menghormati hak kebebasan beragama dan mengikiraf hak-hak LGBT.

Sebenarnya COMANGO telah difatwakan sebagai ancaman kepada agama Islam dan Malaysia oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Ini bermakna bahawa Majlis Fatwa juga berpendapat tuntutan yang dibawa Ambiga dan sekutunya adalah tidak selari dengan cara hidup masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam dan mengamalkan budaya ketimuran.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/02/14/comango-ancaman-hancurkan-islam--negara--majlis-fatwa

Ambiga juga merupakan Presiden BERSIH yang sering menganjurkan protes bagi membantah sesuatu isu di negara ini.

Namun hakikatnya, BERSIH pernah menerima dana daripada sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh George Soros iaitu Open Society Foundation.

Pertubuhan itu sering menyalurkan wang untuk menyokong aktiviti pembelaan hak asasi manusia di Timur Tengah dan Afrika.

Ironinya, slogan hak asasi manusia digunakan oleh COMANGO juga. Maka jelas di sini bahawa definisi 'hak asasi manusia' yang diperjuangkan bermaksud perjuangan berbentuk liberal dan ingin bebas daripada norma manusia biasa.

Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2012/09/26/bersih-we-got-funds-only-once/

Secara tuntasnya, parti MUDA secara terang-terangan cuba memperjuangkan kembali LGBT dan 'hak asasi manusia' golongan liberal.

Bukti sudah menunjukkan bahawa MUDA yang dipimpin oleh Syed Saddiq masih mempunyai niat tidak baik untuk menghancurkan budaya dan amalan ketimuran di negara ini.

Sewajarnya golongan liberal seperti ini tidak disokong dan dihalau keluar dari Malaysia kerana mencetuskan ketidaktentuan dalam kehidupan rakyat Malaysia yang masih berpegang kepada agama dan budaya masing-masing.

No comments:

Post a Comment