Monday, July 21, 2025

Mahathir Membazir Duit Petronas, Rakyat Ditipu Dan Hidup Dalam Kemiskinan


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadikan Petronas sebagai 'sumber utamanya' untuk 'bail-out' projek-projek kroninya.

Perkara itu bukan satu rahsia lagi.

Ramai ahli politik telah mendedahkan betapa rakusnya Mahathir menggunakan kantung kewangan Petronas sesuka hatinya.

Jumlah dana Petronas yang digunakan bukan sedikit iaitu RM529 bilion.

Selama berdekad lamanya wang Petronas dibawa keluar untuk kepentingan Mahathir sepanjang dia menjadi Perdana Menteri.
Wang Petronas digunakan dengan pelbagai tujuan yang berbeza. Salah satunya adalah menutup skandal kewangan yang dicetuskan oleh Mahathir.

Pada tahun 1985, Petronas menyelamatkan Bank Bumiputra dengan suntikan dana RM2.5 bilion.

Pada tahun 1991, Petronas sekali lagi menyelamatkan bank berkenaan dengan menyalurkan dana tambahan sebanyak RM1 bilion.

Skandal Bank Bumiputra melibatkan nilai pinjaman yang besar, berjumlah RM2.5 bilion, diberikan kepada Kumpulan Carrian untuk pelaburan hartanah di Hong Kong.

Dana-dana itu sebenarnya adalah untuk menampung kerugian yang semakin meningkat apabila urus niaga tersebut mengalami kegagalan.

Dana Petronas juga digunakan untuk menampung kerugian RM31.5 bilion akibat skandal Forex negara pada awal 1990-an.

Pertaruhan yang dibuat oleh Mahathir ketika itu untuk membeli mata wang Pound Britain telah memakan diri dan menyebabkan negara mengalami kerugian besar.

Mahathir mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) supaya memaklumkan kerugian yang ditanggung hanyalah RM9.3 bilion.

Namun sebaliknya, pakar-pakar ekonomi mendedahkan kerugian sebenar mencecah lebih RM30 bilion.

SUMBER: https://mfm.news/kisah-skandal-forex-yang-hampir-mufliskan-bank-negara/


Wang Petronas juga digunakan untuk menyelamatkan firma-firma kroni Mahathir.

Pada 1992, Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992.

Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB).

Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira AS$230 juta kerana membeli syarikat Hong Kong, Pacific Basin Bulk Shipping pada 1996.

Mirzan hampir muflis dan Mahathir mengarahkan Petronas membeli syarikat KPB sebanyak RM900 juta.

Mahathir juga sanggup merancang untuk melaksanakan satu skema khas dengan mengambil dana kira-kira RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah untuk membantu KPB.

KPB ketika itu memiliki hutang sebanyak RM1.6 bilion.

Namun, Mahathir dikatakan mengarahkan pembelian KPB dibuat menerusi pintu belakang tanpa saluran rasmi.

Mahathir diminta membentangkan bajet tambahan untuk 'bail-out' KPB di Parlimen tapi dia tidak mahu kerana ingin menjaga air mukanya.

Mahathir sebaliknya mengarahkan Petronas membeli KPB menggunakan dana kerajaan tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/expkr-youth-chief-alleges-dr-mahathir-bailed-his-sons-kpb-1998-59960


Pada November 2012, Petronas menganugerahkan kontrak bernilai RM700 juta kepada Sapura Kencana Petroleum Berhad milik Mokhzani Mahathir.

Ketika itu, Mokhzani merupakan antara individu terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai AS$685 juta.

Malah Mahathir yang ketika memegang jawatan sebagai penasihat Petronas turut mempengaruhi keputusan Petronas menganugerahkan kontrak itu.

Selain itu, Petronas turut dikerah untuk menanggung kos pembinaan Menara Berkembar KLCC sebanyak RM6 bilion dan pembinaan Putrajaya yang menelan kos RM22 bilion.

Lembaga Pengarah KLCC dipaksa membayar harga tanah tapak pembinaan KLCC tanpa dibenarkan berunding.

Mengapa? Kerana tapak pembinaan KLCC itu adalah milik kroni Mahathir dan individu itu untung atas angin berlipat kali ganda.

SUMBER: https://www.malaysia-today.net/2020/01/28/petronas-dipaksa-beli-tanah-klcc-kroni-mahathir-untung-rm600-juta/


Nilai wang yang disakau oleh Mahathir nampak sedikit untuk Mahathir tapi memberi kesan besar untuk jangka masa panjang.

Mahathir secara sembrono menggunakan wang itu demi kepentingan peribadinya.

Apa yang penting kroni-kroninya dapat diselamatkan tanpa memikirkan akibatnya.

Wang tersebut kalau digunakan untuk tujuan pembangunan rakyat, sudah tentu Malaysia lebih maju berbanding sekarang.

No comments:

Post a Comment