▼
Tuesday, March 21, 2023
Mahathir Resah, Cuba Mencampuri Pelantikan YDPA
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini cuba menjalankan program perhimpunan yang didakwa mempromosikan sentimen perkauman serta agama.
Himpunan 'Proklamasi Melayu' itu bagaimanapun dibatalkan oleh pihak penganjur sebanyak tiga kali.
Mahathir dikatakan bakal hadir ke program berkenaan untuk membincangkan tentang isu komuniti Melayu.
Namun elok juga dibatalkan kerana program itu didakwa mempunyai agenda tersendiri di sebalik penganjurannya.
Sumber: https://majoriti.com.my/berita/2023/03/19/tiga-venue-batal-tempahan-himpunan-proklamasi-melayu---sumber
Wujud dakwaan bahawa program itu dijalankan bagi merancang untuk menggulingkan kerajaan ketika ini.
Mahathir didakwa mahu menggulingkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pintu belakang kerana enggan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) pada tahun hadapan.
Mahathir takut rahsia besarnya bakal terbongkar. Mahathir takut rahsianya menjual dan melelong kedaulatan negara bakal terbongkar sekiranya Sultan Johor dilantik menjadi YDPA.
Sampai sekarang Mahathir tidak memberikan penjelasan lebih lanjut tentang tindakannya menjual Pulau Batu Puteh kepada Singapura.
Dia hanya memberi alasan bahawa keputusannya itu adalah berdasarkan nasihat oleh para peguam yang dilantik.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/168174/berita/nasional/isu-pulau-batu-puteh-dr-mahathir-tidak-jawab-persoalan-sebenar
Mahathir dikatakan tergesa-gesa membatalkan permohonan semakan tuntutan Pulau Batu Puteh itu sejurus Pakatan Harapan berkuasa pada 2018.
Sejurus Mahathir mengangkat sumpah pada 10 Mei 2018, beliau mengarahkan pembatalan permohonan semakan tuntutan itu pada 15 Mei 2018.
Pada 21 Mei 2018, sepucuk surat telah dihantar kepada Singapura, memaklumkan bahawa Malaysia akan menggugurkan tuntutan berkenaan.
Tindakan Mahathir itu sangat mencurigakan, ditambah Mahathir memecat Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Mahathir juga menggunakan khidmat peguam asing untuk membatalkan tuntutan itu.
Pada 29 Mei 2018, Singapura dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan Malaysia menarik diri daripada prosiding berkenaan.
Persoalan yang timbul sehingga kini, mengapa Mahathir terburu-buru membatalkan permohonan itu?
Tambahan pula, Malaysia memiliki bukti baharu untuk dikemukakan kepada ICJ ketika itu.
Tindakan Mahathir yang mahu campur tangan dalam urusan pelantikan Sultan Johor sebagai YDPA menunjukkan dia tidak berasa hormat kepada lambang ketua negara.
Apakah Mahathir tidak sedar bahawa mencampuri sebarang urusan pelantikan YDPA hanya akan mengganggu kestabilan politik dan keselamatan negara?
Apakah Mahathir masih tidak 'khatam' Perlembagaan Malaysia yang terkandung catatan bahawa pelantikan YDPA adalah proses yang diatur oleh undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan serta politikus seperti Mahathir tidak mempunyai sebarang hak untuk mencampuri proses berkenaan?
Politikus seperti Mahathir yang membahayakan dan menjejaskan kestabilan negara.
Jangan beri pengaruh buruk kepada rakyat untuk tidak mentaati Raja-Raja Melayu di negara ini hanya kerana dendam peribadi kepada sistem monarki.
Portfolio Sultan Ibrahim bukan calang-calang, malahan Sultan Ibrahim sudah membuktikan bahawa Baginda boleh membawa kemajuan serta menjadi ketua negara yang disegani.
Sultan Ibrahim dikenali sebagai raja yang berjiwa rakyat dan sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Sultan Ibrahim juga lantang dalam mengetengahkan pelbagai isu terutamanya permasalahan yang berlaku di Johor.
Kemajuan Johor juga banyak didorong oleh sumbangan Sultan Johor dalam mengembangkan wilayah Iskandar Malaysia, yang menjadi pusat perdagangan dan pelaburan di Malaysia.
Disebabkan itu, rata-rata rakyat di negara ini sememangnya menanti Sultan Johor dilantik menjadi YDPA seterusnya.
Namun, masih wujud anasir seperti Mahathir yang mahu menjadi pengacau dan tergamak ingin menggulingkan kerajaan serta mencampuri urusan pelantikan Sultan Johor.
Berani buat, berani tanggung.
Mahathir sudah menjual kedaulatan negara kepada Singapura tanpa memikirkan impaknya pada kemudian hari.
Sampai sekarang, rakyat tidak tahu apakah plot dan konspirasi Mahathir sehingga sanggup menjual Pulau Batu Puteh.
Selain itu, tidak usah menjadi batu api kepada rakyat untuk tidak mentaati sistem monarki negara.
Mengapa mahu menjadi pengkhianat bangsa dan negara di hujung-hujung usia? Lebih elok sekiranya masa yang ada sekarang ini digunakan untuk berehat sahaja di rumah.
Sudah-sudahlah Mahathir. Rumah kata pergi, kubur kata mari.
No comments:
Post a Comment