Monday, May 30, 2022

Syed Saddiq, Tolong Jangan Terus Hipokrit!

Selepas Datuk Zuraida Kamaruddin 'lompat parti' daripada Bersatu ke Parti Bangsa Malaysia (PBM), Syed Saddiq pun 'memunculkan' dirinya dengan menafikan dia adalah katak politik.

Dakwanya, dia digugurkan daripada Bersatu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, dia mendakwa tidak pernah mengkhianati mandat diberikan oleh rakyat kepadanya dalam PRU-14.

Namun Syed Saddiq lupa bahawa banyak perbuatannya selama ini seumpama 'cakap tak serupa bikin'.

Apakah Syed Saddiq lupa bahawa dia pernah mempelawa Khairy Jamaluddin untuk menyertai Bersatu pada 2019?

Tak ada pula nak ungkit tentang 'khianat mandat rakyat' pada ketika itu? Sekarang baru nak ungkit?

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/582021/syed-saddiq-pelawa-kj-sertai-bersatu

https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1530744755696836609

Syed Saddiq juga jangan lupa bahawa dia membawa masuk Nurainie Haziqah, seorang katak politik muda yang memang terkenal dengan pelbagai parti yang disertainya sejak 2018.

Rujuk sahaja gambar di bawah ini. Berapa banyak parti yang disertai oleh Nurainie dalam tempoh empat tahun.

Amat ironi apabila MUDA sendiri yang menarik diri daripada bertanding dalam PRN Melaka atas alasan tidak mahu bekerjasama dengan katak-katak politik, tetapi sanggup menerima kehadiran Nurainie dalam parti mereka, bahkan juga memberi jawatan kepada Nurainie dalam barisan kepimpinan!

Amat bodoh jika mantan Menteri Belia dan Sukan kita ini tidak sedar betapa bencinya rakyat Malaysia terhadap katak-katak politik sikap hipokrit Syed Saddiq.

Apa keperluan MUDA untuk serap masuk katak politik seperti Nurainie, yang sebelumnya tidak pernah membuat apa-apa sekalipun untuk rakyat Malaysia? Ini langsung tidak menguntungkan rakyat, dan tidak mencerminkan wadah baru politik yang rakyat Malaysia perlukan.

Amat jauh lagi perjalanan MUDA jika ia ingin menjadi sebuah parti bertauliah.

Agak lama kita mendengar tentang visi politik baharu yang akan dibawakan oleh MUDA, namun sehingga ke hari ini masih lagi tiada perubahan.

Namun ramai juga yang sedia maklum bahawa parti ini hanyalah sebuah keldai yang ditunggang oleh Syed Saddiq untuk kekal relevan, dan juga dipergunakan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memecahkan sokongan anak muda terhadap parti-parti lain, selain untuk mengukuhkan posisi beliau dan kroni-kroni seangkatan beliau.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2021/04/warisan-pejuang-muda-boleh-bentuk-kerajaan-baharu/

Syed Saddiq kata dia dipecat, namun Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan pada 2020 mengesahkan bahawa Syed Saddiq keluar dengan sendirinya.

Kalau mentornya, Mahathir keluar dari Bersatu, tentu dia pun akan ikut sekali bukan. Mana boleh berenggang, kedua-duanya ada agenda politik yang perlu 'dilunaskan' oleh mereka.

Maka, Syed Saddiq tak perlu nak buang masa untuk tegakkan benang yang basah. Sudah terang-terangan dia keluar dengan sendirinya bersama Mahathir.

Katak tetap katak, akui sahaja.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/05/28/tun-m-mukhriz-syed-saddiq-antara-yang-dipecat-dari-bersatu

Syed Saddiq mengatakan dia adalah seorang individu yang berprinsip dan tidak akan membuat sesuatu perkara membuta tuli serta mendakwa 'katak politik' berada dalam kerajaan hari ini.

Adakah Syed Saddiq masih lupa bahawa dia antara 'manusia paling gembira' apabila Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin menyertai Bersatu?

Kena banyak makan kismis ini, banyak sangat Syed Saddiq lua apa yang pernah dia buat sebelum ini. Bahkan 'tweet' dia menyokong Mustapa dan Mas Ermieyati sudah dipadam daripada Twitter miliknya? Kenapa padam? Malukah?

Namun, tiada yang pelik tentang Syed Saddiq, semua apa yang dikatakan adalah hipokrit semata-mata.

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/05/29/syed-saddiq-panas-hati-dilabel-antara-ahli-parlimen-lompat-parti/

Ramai juga yang lupa tentang janji Syed Saddiq untuk mewujudkan satu juta pekerjaan jika beliau berjaya diundi sebagai wakil rakyat pada 2018 dan pelbagai lagi janji-janji manis yang ditaburi.

Namun, janji tinggal janji. Anak muda Malaysia tidak mendapat peluang pekerjaan yang lebih mampan, malah lebih teruk lagi apabila graduan kita terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah di Singapura manakala Syed Saddiq masih sempat untuk membuka francais Santan baru beliau.

Sumber: https://freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/12/05/malaysian-grads-working-as-rubbish-collectors-shine-in-spore/

https://ohbulan.com/syed-saddiq-buka-kedai-makan-jual-nasi-lemak-nasi-ayam

Seterusnya, dia telah mewujudkan Youth Power Club, sebuah NGO yang dipimpin kroninya dan menyalurkan RM50 juta kepada Youth Power Club (YPC) yang sehingga hari ini tidak nampak adanya satu sumbangan kepada golongan belia mahupun inisiatif membangunkan golongan itu. Sudah tentu duit itu telah ditelan oleh Syed Saddiq dan kroni-kroninya.

Ramai yang mungkin telah lupa tentang 'kehilangan' wang Syed Saddiq di rumah beliau pada tahun lalu yang berjumlah lebih kurang RM 250,000.

Logik jika kita kata yang duit di rumah Syed Saddiq itu mungkin adalah duit haram yang diselewengkan daripada peruntukkan YPC ketika Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Sehingga ke hari ini, Syed Saddiq masih tidak menjelaskan kepada orang ramai dari mana dia mendapat duit tersebut dan mengapa dia simpan duit tersebut di rumah beliau. Malangnya, orang ramai seakan-akan lupa tentang kejadian ini dan masih lihat Syed Saddiq sebagai sosok politik yang diperlukan oleh anak muda Malaysia.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/585644/sprm-siasat-kes-hilang-duit-milik-syed-saddiq

Hipokrit dan Syed Saddiq bagaikan irama dan lagu, tak boleh berpisah. Sekejap kata itu, sekejap kata ini.

Berpendirian teguhlah Syed Saddiq, barulah rakyat akan percaya kata-kata anda!

Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Tak perlu lagi menyorokkan kenyataan atau fakta bahawa anda sebenarnya katak politik.

No comments:

Post a Comment