Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada PRN Johor lalu mengumumkan lima teras dalam manifesto mereka.
Lima teras yang digariskan adalah kepimpinan bertenaga dan pantas; mengamalkan demokrasi prorakyat; membela golongan pertengahan (M40), merapatkan jurang kelas masyarakat dan kemajuan ekonomi untuk semua.
Ujar parti berkenaan, lima teras tersebut dibuat bersandarkan kepada suara rakyat Johor pada waktu itu.
Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/03/07/prn-johor-muda-umum-manifesto-janji-wakil-rakyat-pantas-responsif/
Sejak penubuhannya, parti Muda menjadi antara parti yang aktif melontarkan desakan, gesaan atau kecaman kepada segala sistem yang dirasakan tidak wajar dipraktikkan lagi di Malaysia.
Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/04/20/clp-exam-a-waste-of-time-says-muda-veep/
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/04/14/muda-calls-for-reforms-after-15th-custodial-death-this-year/
Namun Muda juga perlu memahami istilah 'Gajah di hadapan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak'.
Baru-baru ini, Muda mendesak agar kerajaan memberi perhatian kepada kesihatan mental susulan kematian seorang doktor pelatih di Pulau Pinang.
Parti tersebut turut menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan terperinci dan mengumumkan laporan secara telus kepada rakyat.
Sumber: https://twitter.com/mudapulaupinang/status/1522160327403929600
Namun, ada pihak mengecam tindakan parti berkenaan.
Menurut ciapan seorang warganet, parti itu seharusnya lebih kolektif dalam 'menyantuni' masalah rakyat dan bukan sekadar mengikut arus semata-mata.
Parti terbabit sepatutnya menjalankan kajian lebih mendalam berkaitan kakitangan KKM dan bukannya sekadar memberi fokus kepada para doktor sahaja.
Malahan, ada juga pihak yang mempersoalkan 'kehilangan' Muda ketika rakyat mendesak agar kerajaan membenarkan Pengeluaran Khas KWSP sebelum ini.
Jika dilihat, salah satu teras manifesto Muda PRN Johor adalah membela golongan M40. Mengikut statistik, golongan M40 paling ramai memohon Pengeluaran Khas tersebut iaitu sebanyak 59 peratus.
Maka, tindakan Muda yang 'mendiamkan diri' di kala rakyat mendesak kerajaan untuk membenarkan Pengeluaran Khas KWSP sebelum ini, mengecewakan sebilangan orang ramai.
Selain itu, Muda turut dikecam oleh sebuah pertubuhan yang memperjuangkan nasib golongan autisme turut mempersoalkan agenda sebenar Muda untuk meraih sokongan orang ramai.
Menurut pertubuhan itu, Muda sering memperjuangkan tentang isu diversiti namun tidak memberikan sokongan sewajarnya ketika diminta berbuat demikian.
Sumber: https://twitter.com/AutsomeKch/status/1512007001429397508
Sebelum ini, Muda dipuji kerana merupakan antara pihak terawal yang menghulurkan bantuan ketika bencana banjir besar di Lembah Klang pada Disember tahun lalu.
Namun, pelbagai isu kurang enak didengari menyebabkan kredibiliti Muda turut tercalar dalam sekelip mata.
Syed Saddiq sebelum ini pernah berkata, golongan pengundi kini lebih bijak memilih dan bukan jaminan bagi Muda untuk mendapat sokongan daripada pengundi muda khususnya.
Syed Saddiq dan ahli partinya perlu berusaha lebih keras bagi memastikan apa yang cuba dijanjikan dapat dikotakan.
Jangan sekadar cakap sahaja, rakyat sudah muak bak kata Syed Saddiq sendiri.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/198562/BERITA/Politik/Rakyat-muak-dengar-sasaran-kerusi-politik-Syed-Saddiq
https://www.sinarharian.com.my/article/186375/Pilihan-Raya/PRN-Johor/Muda-tidak-ambil-mudah-kehadiran-750000-pengundi-baharu
Muda merupakan parti yang tidak sampai setahun jagung namun untuk bersaing dan melaksanakan manifesto atau janji-janji yang dilontar, nampaknya masih jauh lagi perjalanan parti tersebut.
Tambahan pula, untuk meraih sokongan orang ramai, Muda perlu melakukan strategi yang lebih dinamik selain hanya 'pandai berkata-kata' di media massa dan elektronik.
‘Isi perjuangan’ Muda juga perlu diteliti semula. Hakikatnya, MUDA sudah gagal. Parti itu sebelum ini memperjuangkan isu hak kebebasan bersuara dan LGBT.
Namun ideologi liberal mereka tidak padan dengan aspirasi pengundi muda luar bandar. Perjuangan mereka jauh lebih padan dengan keperluan orang muda di bandar.
Perjuangan untuk agenda liberal sama sekali tidak akan membawa pembangunan kepada masyarakat luar bandar.
Sumber: https://malaysiagazette.com/2021/04/28/masalah-parti-muda-adalah-syed-saddiq/
No comments:
Post a Comment