Tuesday, December 10, 2024

Mahathir Perlu Terima Hukuman Hilang Pulau Batu Puteh


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan berdepan siasatan berhubung isu kehilangan Pulau Batu Puteh pada 2018.

Isu ini sangat penting memandangkan Pulau Batu Puteh merupakan simbol kedaulatan negara namun hilang di tangan negara lain sebegitu sahaja.

Mahathir memang wajar disiasat kerana keputusannya untuk menarik balik permohonan semakan kehakiman Pulau Batu Puteh, sejurus dilantik menjadi Perdana Menteri ketujuh amat diragui.

Dia terlalu memandang enteng usaha kerajaan terdahulu yang mahu mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh.

Mengapa Mahathir sewenang-wenangnya membiarkan Pulau Batu Puteh?

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1162900/siasatan-jenayah-boleh-dimulakan-terhadap-tun-m-berkaitan-kehilangan-pulau


Pulau Batu Puteh bukanlah sebarangan pulau, tetapi mempunyai kelebihan tersendiri.

Kedudukan Pulau Batu Puteh amat strategik di timur Johor iaitu laluan utama antara timur dan barat melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan manakala di barat Johor pula, ada Pulau Pisang.

Para nelayan sebelum ini menggelarkan kawasan berkenaan sebagai lubuk emas mereka mendapatkan hasil lautan.

Kira-kira lebih 1,000 orang nelayan berdaftar dengan Persatuan Nelayan Pengerang menangkap ikan di kawasan tersebut sebelum tidak dibenarkan berbuat demikian selepas perairan itu dikawal oleh kapal peronda Singapura sejak kira-kira 20 tahun lalu.

Sekiranya Pulau Batu Puteh menjadi milik Malaysia, para nelayan sudah tentunya gembira dengan khabar berkenaan dan mampu menuai hasil lautan di perairan terbabit.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/701237/berita/politik/tun-m-perlu-dikenakan-denda-sebab-kehilangan-batu-puteh---puad-zarkashi


Jika Pulau Batu Puteh tidak dituntut, Singapura bebas melakukan apa sahaja di pulau itu termasuklah melancarkan operasi ketenteraan dan penambakan.

Pada 1986, Singapura sudah mula melancarkan operasi ketenteraannya di pulau berkenaan dan meletakkan kapal perang berhampiran Pulau Batu Puteh.

Singapura juga menjadikan kawasan sekitarnya sebagai kawasan larangan sehingga menyebabkan para nelayan Malaysia tidak dapat melakukan aktivit itu.

Singapura pernah mengeluarkan kenyataan untuk membangunkan Pulau Batu Puteh.

Saiznya yang sebesar satu padang bola sepak, tidak mustahil boleh menjadi 20-30 saiz padang bola sepak selepas dibangunkan.

Malahan, Singapura dilaporkan mahu membina pangkalan tenteranya di kawasan tersebut, sekali gus akan mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia tentang soal keselamatan negara.

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/07/835894/singapura-mula-bangunkan-pulau-batu-puteh


Mahathir memberi alasan demi alasan untuk menyelamatkan diri tetapi kita semua tahu siapakah petualang yang menjual kedaulatan negara.

Banyak tindakannya mencurigakan. Dia menggantung tugas Peguam Negara dan Mahathir tidak membincangkan perkara itu ke Kabinet.

Alih-alih, keluar laporan Malaysia tidak akan meneruskan permohonan berkenaan.

Senang-senang sahaja Mahathir melepaskan kedaulatan Malaysia kepada negara lain.

Mahathir merancang sesuatu di belakang tabir.

Tidak mungkin Mahathir tidak mendapat sebarang 'pulangan' daripada hasil menjual kedaulatan negara kepada pihak lain.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/700831/berita/politik/pulau-batu-puteh-amanah-johor-sokong-tun-mahathir-disiasat


Mahathir setakat ini menafikan dia bersalah dalam hal kehilangan Pulau Batu Puteh.

Manusia seperti Mahathir memang tidak akan mengaku apa-apa walaupun terang-teranganya dia adalah penyebab hilangnya Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Siasatan perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan sebenar.

Mahathir perlu dijadikan 'pengajaran' untuk pemimpin muda supaya tidak mudah untuk 'melelong' kedaulatan negara sebegitu sahaja.

Kalau semua kedaulatan negara 'dilelong', apa sahaja yang tinggal untuk Malaysia?

Justeru, Mahathir wajar disiasat dalam apa jua cara sekali pun.