Tuesday, July 23, 2024

Mahathir Patut Berehat


Tarikh 10 Julai 2024 lalu menandakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencapai usia 99 tahun.

Bukan mudah seseorang manusia dapat mencapai usia sedemikian.

Namun, meskipun usianya hampir mencapai satu abad, dia masih belum mahu insaf atau bertaubat.

Sepatutnya seseorang manusia apabila mencapai usia 70-80 tahun ke atas, mereka akan balik kampung dan bercucuk tanam atau menghabiskan sisa kehidupan dengan amal jariah serta fokus beribadat.

Mahathir pula berbeza. Dia masih aktif dengan strategi politiknya yang mahu menjatuhkan institusi diraja dan kerajaan ketika ini.
Sebelum ini, bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor berdoa agar Mahathir dipanjangkan umurnya supaya dia dapat melihat sendiri kerosakan yang dilakukan terhadap negara ini.

Namun, Mahathir lepas tangan dan lebih riak dengan segala tindak-tanduknya kepada negara ini, meskipun ada perkara kurang baik yang dibuatnya.

Mahathir juga kerap menyalahkan orang lain atas semua perkara yang berlaku di negara ini selepas dia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali.

Isu ekonomi teruk, dia menyalahkan orang lain. Isu rasuah berleluasa, orang lain juga dipersalahkan.

Orang Melayu berpecah, salah parti politik. Pulau Batu Puteh terlepas pun disalahkan orang lain.

Walhal, semua perkara tersebut adalah impak atas perbuatan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri. Namun, siapa yang mahu mengaku kesalahan sendiri?

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-pulau-batu-puteh-kemungkinan-terdapat-kecuaian-dr-mahathir-pm-385770


Mahathir dalang perpecahan orang Melayu. Perpecahan itu bermula sejak dia mengedarkan surat layang kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa rusuhan kaum 1969.

Mahathir mendakwa Tunku Abdul Rahman adalah punca kepada berlakunya peristiwa itu dan memintanya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dia turut mendakwa orang-orang kerajaan serta ahli-ahli UMNO serta PAS telah hilang kepercayaan kepada Tunku Abdul Rahman.

Namun, tindakan Mahathir itu disifatkan sebagai kurang ajar dan dia dipulau oleh ahli-ahli UMNO.

Tunku Abdul Rahman merasa sedih dengan tindakan Mahathir dan mengatakan surat layang tersebut telah memusnahkan jasa serta sumbangannya selama 17 tahun.

Surat layang itu menjadi salah satu punca Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri setahun kemudian.

SUMBER: https://thepatriots.asia/surat-terbuka-tun-dr-mahathir-kepada-tunku-abdul-rahman/


Mahathir seperti diketahui umum adalah seorang yang lantang. Namun kelantangannya itu memakan diri sendiri sehingga menjejaskan ekonomi negara.

Disebabkan mengkritik dasar yang tidak adil kepada masyarakat Muslim di India, negara itu bertindak memboikot minyak sawit hasil Malaysia dan menyebabkan pasaran minyak sawit tempatan banyak merosot akibat hilangnya satu sumber pendapatan yang besar.

Tambah memburukkan keadaan, Mahathir 'memujuk' musuh India iaitu Pakistan untuk mengeksport minyak sawit Malaysia.

Sejak itu, keluar bermacam teori seperti menyuruh rakyat Malaysia minum satu sudu minyak sawit tiap-tiap hari dengan alasan untuk menstabilkan kembali harga minyak sawit negara.

Siapa yang terkesan? Sudah tentu para peladang atau pengusaha kelapa sawit. Jika pada tahun 2017, harga sawit mampu mencecah sehingga RM600 satu tan namun turun kepada paras RM300 pada 2018 selepas kerajaan PH mengambil alih negara.

Sumber: http://theunspinners.blogspot.com/2019/11/apamautipulagi-harga-sawit-jatuh-teresa.html


Tahun depan sudah masuk 100 tahun. Mahathir pun kerap keluar masuk wad.

Kalau boleh, duduklah rumah dan jaga kesihatan sendiri adalah lebih baik.

Ini satu nasihat buat Mahathir. Tinggalkan dunia politik selama-lamanya.

Sekarang ini, rakyat pun sudah nampak Mahathir seorang kaki putar belit dan tidak relevan.

Seelok-eloknya duduk rumah diam-diam dan Mahathir patut hayati masa yang dia ada.